kenapa tak makan ikan?
macam mana aku nak makan,
ikan tidak timbul.
ikan oh ikan,
kenapa kau tak timbul?
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
rumput oh rumput,
kenapa panjang sangat?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
kerbau oh kerbau
kenapa tak makan rumput?
macam mana aku nak makan,
perut aku sakit
perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah
nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah
kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah,
hujan timpa aku
hujan oh hujan
kenapa timpa kayu?
macam mana aku tak timpa,
katak panggil aku
katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku.
ular oh ular
kenapa nak makan katak?
macam mana aku tak makan
..........................................
boleh nyanyi ikut rentak sendiri, tapi jangan sampai ada yang tersedar akan "kelunakan" suara anda. ;-P
lihat balik lagu kat atas tu, adakah kita begitu? suka menunding jari ke arah orang lain daripada menunding jari ke arah diri kita sendiri. atau pun dengan kata lain menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku kepada dirinya. that's the human beings. the same goes to "bangau".
saya bukan nak kata manusia itu bangau. is not that point. tetapi saya nak katakan di sini manusia itu boleh diibaratkan seperti perangai bangau tadi. terus menyalahkan ikan tidak timbul sampai ia tak dapat makan ikan. dan ikan pulak menyalahkan rumput sebab panjang, jadi ia tak dapat timbul. bersambungan dengan yang lain pulak. menyalahkah orang lain, jadi diri sendiri tidak salah?
kenapa dengan mudah kita menyalahkan orang lain tanpa sedikit pun menunding jari ke arah diri kita.
sebagai contoh situasi saudari A yang kehilangan dompetnya di masjid. "sapa la yang amik purse aku ni? bukannya murah pun. kat pasar malam berlambak-lambak. kalau duit banyak takpe jugak dalam tu. nak jugak dia amik. takde duit agaknya."
bertubi-tubi persoalan dan kemusykilan diungkitkan. kenapa tidak kepada diri sendiri. kenapa perlu salahkan orang lain. kenapa tidak bermuhasabah, berbaik sangka dengan Allah. apa yang aku dah buat, sampai Allah jadikan aku macam ni? everything is happens because of thousands of reason.
atau pun situasi saudara B ini. "susahnya soalan quiz, kalah mid term. dah la masa kejap je. jalan kira panjang. nak check balik pun tak sempat. ei, geram aku lecturer ni."
Allah, kuatnya salahkan penyebab lain.
jarang sekali kita katakan "memang aku tak study, memang aku study last minute, aku memang malas usaha" dan perkataan2 lain yang menyalahkan diri sendiri. kelemahan diri sendiri pun jarang dilihat apatah lagi untuk mengakuinya. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
confession is a hard thing to do. cuba orang suruh confess sebab mencuri. takda nya kita dengan baik hati cakap " saya curi barang dia" kalau hati tu dah keras. atau cuba confess yang ini, "i love you". senang ke susah ;-P
itulah manusia, walaupun tak semua begitu, tetapi ada yang begitu, atau mungkin majority yang begitu. sikit2 salah orang sikit2 salah orang, then, mana salah kita?
hati tersentak bila dengar "people is like bangau kan?" kata seorang fellow. tersentak bukan sebab marah tetapi tersentak kerana people itu adalah saya juga. teruknya perangai, sangat tidak bersyukur. ALLAH, ALLAH, ALLAH!
mari sama-sama kita bermuhasabah, bersihkan hati kita, dekatkan diri pada ALLAH, bersangka baik dengan semua orang, jangan mudah menyalahkan orang lain. kita kaji balik diri kita, betulkah apa yang kita buat. dan semoga allah menjaga hati-hati kita. semoga Allah kurniakan kita kesabaran untuk tidak mudah menyalahkan sesiapa pun dalam setiap perkara.
"boleh
jadi apa yang tidak engkau sukai adalah yang terbaik bagimu, dan yang
sesuatu yang engkau sukai padahal tidak baik bagimu. Allah maha
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)
'Jika ada orang yang berkata, banyak orang (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak diantara mereka.' (HR. Muslim).
'Jika ada orang yang berkata, banyak orang (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak diantara mereka.' (HR. Muslim).
nota 1 ; jangan jadikan diri kita ibarat bangau yang tidak pernah menyalahkan diri sendiri, tetapi berusaha mencari kesalahan orang lain yang memberi impak kepada kita.
nota 2 : stop pointing others. point at yours first before judging others. ibaratnya satu jari ditunjuk ke arah orang lain, 4 lagi tertunjuk kepada kita.
nota 3 : bangau yang "cerdik dan bijak" akan berusaha mencari solusi lain seandainya ikan tidak timbul tanpa menyalahkan penyebab lain.
nota 4: "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."( 13:11)
mencari kesalahan orang bukan solusi kepada masalah kita. kalau tidak bermula dengan diri sendiri dari mana kita nak bermula?
No comments:
Post a Comment