Monday, September 17, 2012

DV 769 masih gah...


DV 769..ye..kereta yang penuh dengan nostalgia..begitu juga dengan bekas empunya kenderaan ini..banyak jasa yang telah ditabur olehnya..banyak cerita yang mungkin dapat kita kongsikan bersama..ada kisah lucu..ada kisah sedih..serta pelbagai lagilah..namun ianya menjadi satu kenangan yang abadi buat kita semua..samada kita sedari atau tidak..bagi admin..ianya satu kenangan manis..walaupun  kini telah bertukar milik..namun secara jujur admin katakan,pabila nampak sahaja kereta ini,admin akan pasti mengalirkan air-mata..terbayang admin akan wajah pemandunya...seoran g insan yang mengambil berat terhadap admin sewaktu kecil dahulu,menjemput serta menghantar admin dan adik ke sekolah setiap hari tanpa rasa jemu dan tanpa mengambil sesen pun daripada keluarga admin..serta banyak lagilah yang sukar admin nak kongsikan bersama..apa pun...kita sedekahkan surah Al-Fatiha serta pahalanya kepada arwah Hj.Samsuri bin Bajuri...

No comments: