Wednesday, September 26, 2012

Sampai bila....

Kali ni admin nak story sedikit tentang hal-hal semasa.. terpanggil sebagai umat Islam yang tak mahu agama Islam dipersendakan, maka admin ingin berkongsi cerita tentang hal-hal semasa. Baru -baru ini dunia Islam telah digemparkan dengan isu penerbitan video yang terang-terang menghina nabi kita, Nabi Muhammad saw.. dan dapat kita lihat pelbagai pihak tanpa mengira fahaman politik, usia serta kedudukan telah bersatu membantah penerbitan video ini, malah.. admin juga turut serta dalam perhimpunan membantah baru-baru ini.
Namun,belum pun reda dengan isu tersebut.. kita di Malaysia telah dikejutkan dengan satu posting dari laman Twitter oleh seorang pemimpin politik....dan yang terbaharu seorang budak lelaki berbangsa India telah membuat posting dilaman Facebooknya yang kemudian dinafikan oleh budak berkenaan.
Apa nak jadi ni.. relakah kita sebagai umat Islam dan sebagai umat Nabi Muhammad saw lihat agama dan Nabi kita diperlekehkan?
Nampak sangat kita ni tak bersatu..namun admin harap kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Dan admin harap juga agar keluarga kita ini juga dapat bersatu..
YA ALLAH PELIHARALAH KAMI...




Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

No comments: