Tuesday, October 26, 2010

bila Pak Achon berkarya....


dalam kesibukkan beliau bertugas,sempat juga beliau menghasilkan karya sebegini..sekali pandang tak macam puisi (lihat gambar di atas) setelah puas meneliti bait-bait puisinya,inilah dia hasilnya....


KAB….

Lahir dari rasa rindu yang membuku

Damba dan pilu yang menggetap kalbu

Ayah dan ibu bersanding tak berpelamin di pusara batu

Sembilan ( 9 ) anak bersatu membiduk kasih di angin lalu

KAB…

Teratak tua yang digayuti cerita pusaka

Bertatih di kebun kopi yang kini hilang dimamah usia

Dalam kenangan lantas sirah diabadikan

Kemuncak murni kemuliaan insan

KAB…

Jiwamu didewasakan oleh pengalaman

Tidak semua orang mencapai kekuatan sedemikian

Ketabahan yang unik, mempersonakan

KAB

Bersatu! Bermaruah! Bahagia! Laungan keramat

Bahagia Al-Bajuri sentiasa disemat

Untuk kukuh asasnya perlu teguh

Dilanda badai pasti utuh.



Nukilan Rasa:

Shamshul Ariffin @ Pak Achon



6 comments:

Suraia.Ayani said...

saya suka sajak ini menceritakan kelahiran KAB, pengisian dan harapan. Sebak.
Kalau penyajak faham tulisan sendiri dan x tersalah wat uji bakat raja lawak malam tu.. gerenti dapat nombor 4 lah..ooppss...!

achon said...

Kah...kah.. kah... Utk makluman itulah hasilnya ilham yang tiba-tiba datang sewaktu memandu pagi hari itu sewaktu tengah berhenti di trafic light kat KL masa nak pergi majlis perkahwinan...dan tak sempat nak salin semula. Anyway terima kasih atas komen tu... Bila dikenangkan semula tersenyum sendiri... Jangan lupa nantikan kemunculan uji bakat Raja Lawak di musim akan datang....he..he..he..

DZB165 said...

Achon,Honestly,nukilan tu amat menarek dan indah bahasanya,lebih2lagi karya seorang QS.Iktibarnya 1.kalau ada bakat jgn pendam aje.2.Kalau nak dapt hadiah,tulislah elok2.3.semangat nak bertanding memang hebat.4.episode mlm tu memang lawak.salam paman.

mubin said...

Selain sebak, sayu dll membaca bait2 puisi sang QS, rasa kagum dgn QS yg satu ini, punyer jiwa yg halus.. ka ka.. anyway bro, buat satu lg bole..?

achon said...

Kpd YDP dan Pengerusi G2... terima kaseh atas komen anda. YDP terbukti hebatnya. Pengerusi saja tak mahu tunjukkan kebolehannya juga... Apa pun ilham tu datangnya dari Allah... Bukan niat utk bertanding tetapi nak tunjukkan semangat dan saya komited. Harap dpt berikan dorongan perangsang pada G3 juga. Harapnya begitulah...

al-bajuri said...

Salam..
Apa kata untuk HKAB 2010 nanti,dibacakan balik puisi ini..