tentu ramai yang sangkut dalam kesesakan lalulintas pada awal pagi ini..boleh dikatakan hampir 4-5 jam lalulintas dari banting menuju klang,klang ke banting kembali pulih dan lancar seperti sediakala..sebab..ada yang tahu,ada yang tak tahu,jika anda layari laman facebook saya,mungkin anda tahu akan sebabnya kerana liputan dibuat secara live..janganlah kata saya ni penyibuk pula yer..saya cuma menyampaikan berita yang berhubung kait dengan kawasan jagaan saya,disamping itu,berkemungkinan anda boleh mengatur masa anda sementara menanti lalulintas lancar kembali..hehehehe.ada yang kata "tak kerja"ke....ishh..sapa kata saya tak kerja,tu lah periuk nasi saya..oklah,sebenarnya saya ada team saya sendiri..team yang cukup hebat dan mantap..mereka ini akan buat liputan serta laporan..tak bergaji pun,sebab ahli-ahli team saya ni macam saya gak..dah minat..apa pun tanggapan orang,kami tak kisah..selagi saya serta rakan-rakan mampu memberikan khidmat,kami akan lakukan..dan apa yang kami lakukan bukan kerana nak kejar nama atau apa jua...
berkisar tentang kesesakan tadi,ia berpunca dari sebuah lori yang sarat dengan muatan scrap telah terbalik di atas jambatan banting,mengakibatkan muatanya tumpah di atas jalanraya.hinggakan ada seorang wanita terpaksa bersalin di dalam ambulan..pemandu lori hantu ini telah melarikan diri sejurus kemalangan ini berlaku..setelah dibuat pemeriksaan,didapati tiada sebarang no pendaftaran.hantu betul!alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..pihak JKR telah dipanggil untuk bersihkan kawasan...
No comments:
Post a Comment