Monday, October 11, 2010
Soalan dan jawapan merupakan elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu proses interaksi sama ada secara lisan mahupun bertulis. Walaupun banyak pihak menjelaskan bahawa tidak ada istilah ‘Soalan Bodoh’, yang ada hanyalah soalan yang mudah untuk di jawab, itu sebenarnya adalah untuk menggalakkan si penanya tadi supaya tidak terbantut niat untuk bertanya, supaya proses interaksi dapat diteruskan sehingga mencapai maksudnya.
Dalam masyarakat Asia termasuklah komuniti Melayu yang memang dipersetujui agak ‘introvert’ berbanding dengan komuniti di sebelah barat sana, faktor pembentukan budaya juga didapati menyumbang kepada perilaku sedemikian, di mana sejak dari kecil lagi bebudak dan kanak-kanak di tegah dari menyampuk bila orang tua bercakap, jangan menjawab bila di tegur, jangan cakap banyak dan sebagainya yang mana pada akhirnya ianya menjadi satu sikap dan perwatakan identiti sesetengah orang dewasa.
Pernah mengalami situasi ‘soalan bodoh’? Sama ada kita yang menyoal atau kita yang di soal sudah pastinya setiap orang pernah lalui dan biasanya pengalaman tersebut akan terlekat dalam memori dan boleh ingat sampai bila-bila.
Dan biasanya penanya soalan bodoh tidak perasan kebodohan soalan tersebut dalam sekelip mata, hanya selepas beberapa ketika barulah disedari. Pengalaman ‘soalan bodoh’ saya sendiri memang dapat ingat sampai sekarang, masa tu masih belajar dan diletakkan di hostel Abu Bakr College a.k.a Kolej YPM betul-betul di hadapan Jalan Maaruf, Bangsar stesen TV3 yang lama, masa tu TV3 tengah meletup dengan kedai Smartshop.
Jadinya saya yang cuba buat kerja ‘part-time’ sebagai operator telefon Smartshop pergilah dengar taklimat sebelum bertugas, sedang asyik pegawai Smartshop berikan taklimat boleh aja saya tanya dia secara tiba-tiba bagaimana saya nak tahu si pemanggil tu lelaki ke perempuan? selepas terdiam sejenak pegawai tu cakap…good question, kita boleh check melalui suara pemanggil, kalau tak sure baru tanya pemanggil tersebut.
Selepas beberapa minit kemudian baru saya terlintas..laaa, kan ke kalau bercakap telefon kita boleh cam suara pemanggil tu lelaki atau perempuan…apalah bodohnya soalan aku. Sampai sekarang saya ingat lagi peristiwa tu dan jugak muka pegawai Smartshop tu. huhuhu
Manakala ‘Soalan Buat-Buat Bodoh’ ni sebenarnya ‘leading question’ yang mempunyai maksud dan niat tertentu, mungkin niat baik mahupun yang buruk. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan berlakunya soalan buat-buat bodoh ni seperti:
1. Nak suruh nampak aktif dalam sesuatu sessi atau situasi seperti mesyuarat, presentation, perbincangan, forum dan sebagainya;
2. Nak suruh nampak individu yang akan menjawab tampak hebat dan berilmu…pun ada jugak jenis planned question ni;
3. Nak raih simpati dan perhatian dari seseorang;
4. Sebagai intro kepada soalan lain yang lebih susah; dan
5. Nak mengelak daripada di soal, baik tanya dulu sebelum di tanya.
‘Soalan buat-buat bodoh’ ni yang sebenarnya agak merbahaya dan perlu berhati-hati kerana ada maksud dan objektif sebenar yang hendak di capai. Soalan buat-buat bodah ni juga mungkin bertukar menjadi ‘soalan maut’ sekiranya tidak dijawab dengan betul….
sumber:http://myjazmanie.com/2010/antara-soalan-bodoh-dengan-soalan-buat-buat-bodoh/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment