Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi majlis kenduri doa selamat berjalan dengan lancar malam semalam. Saya dan Shaik ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian ahli keluarga Al-Bajuri datang ke rumah kami sempena majlis tersebut.
Di atas kesempatan ini dan sebelum kami berangkat ke tanah suci, kami ingin memohon maaf di atas segala kesilapan yang sengaja mahupun tidak sengaja, sekiranya terkasar bahasa dan tersinggung perasaan, kami mohon kemaafan daripada semua. Minta dihalalkan makan minum ya...Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami di sana. Jazakallahu khairan!
No comments:
Post a Comment