Thursday, December 30, 2010

Insya Allah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 28, 2010

Satu dalam Seribu

Tokoh Al-Bajuri 2010
"Diputerakan pada 3 March 1978 di kampong Kuantan, anak ke-enam dari tujuh adik beradik ini menerima pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Sri Langat dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad Banting. Beliau kini berkhidmat di CCM Chemicals , Port Klang.

 Antara sebab utama beliau dipilih menjadi tokoh Keluarga Al-Bajuri adalah kerana sumbangan yang telah di berikan kepada Keluarga yang tiada tolok bandingnya. Antara sumbangan beliau adalah menjadi admin dan senantiasa memastikan blog KAB sarat dengan berita-berita semasa, info terkini serta maklumat yang berguna.

Beliau juga telah membuat satu laman Facebook bagi KAB. Laman ini telah membawa ramai warga AB bersatu tidak kira masa dan jarak.

Jika hendak disenaraikan satu persatu, tidak terkira banyak sumbangan beliau terhadap KAB. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mambawa nama baik AB ke satu persada di mana ia lebih dikenali serta dipandang tinggi oleh masyarakat. Dalam erti kata lain, beliau telah ‘menjenamakan’ KAB dalam erti kata lain, BRANDING.

Sebagai contoh, beliau telah memetarai satu kolaborasi antara KAB dan Rumah anak Yatim, Asnaf. Boleh dikatakan, pada masa ini, Rumah Asnaf telah menjadi seperti ‘Anak angkat’ keluarga ini.
Ini semua adalah disebabkan beliau mempunyai hubungan baik bukan sahaja dengan keluarga, malahan masyarakat setempat.

Beliau merupakan YDP bagi Akademi Seni Silat Kunta Malaysia. Banyak persembahan silat yang telah diadakan dan saya yakin kebanyakan Warga AB (wanita khususnya) telah mendapatkan khidmat pasukan beliau sewaktu menjadi raja sehari.

Beliau juga merupakan ahli Rukun Tetangga yang amat bertanggungjawab diatas keselamatan kawasan serta ahli rakan KOP yang amat perihatin.

Beliau berasal dari sebuah keluarga besar yang sangat perihatin. Bapa kepada sepasang putera & puteri ini merupakah seorang blogger yang tegar. Kenangan terindah menjadi wadah kreativiti serta luahan bicara hatinya.


Beliau dipilih bukan sahaja kerana keperibadian yang ditunjukkan malahan kerana sifat yang sentiasa membawakan imej baik AB..

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan ini.. saya mengumumkan Tokoh Keluarga Al Bajuri bagi tahun 2010 adalah
HAJI ZAWAL AJAM BIN MASHOD atau lebih dikenali sebagai UJI..


ps :
maaf sekiranya terdapat fakta yang salah.. dan maaf sekiranya lagu yang dipilih agak rancak dan menyinggung sesetangah pihak, sesungguhnya ia dipilih berdasarkan tajuknya yang membawa maksud 'Satu dalam Seribu'


Monday, December 27, 2010

Sekadar makluman

Salam,

Saya sempat memeriksa tekanan darah & kandungan gula seramai 46 orang ahli Al-Bajuri pada 25/12/2010 HKAB.

Seramai 14(30%) orang mendapat "bintang" tekanan darah melebihi aras normal.

Seramai 5 (10%) mendapat 'bintang' kandungan gula melebihi tahap normal.

Seramai 3 orang mempunyai kedua-dua tekanan darah dan kandungan gula luar biasa..(ie risiko tinggi untuk serangan jantung, angin ahmar, buah pinggang)



Ingat sebelum kena, jangan ambil ringan kesihatan diri sendiri, fikir2kan anak yang masih kecil & perlu ibubapa yang sihat, jangan terlalu sibuk dengan "dunia", amalkan tabiat kesihatan yang baik, andai anda abaikan kesihatan anda selama ini tidak mungkin doktor yang terbaik pun mampu membantu...

Yang bertugas,


Azmil.

PS: Tahniah warga kerja HKAB. I thoroughly enjoyed it. Small suggestion: next year hadiah untuk pertandingan kanak2 bagi terus pada hari siang. Tempoh hari, pukul 11.20pm baru nak beri.. semua dah tidur & terlepas the excitement of naik pentas terima hadiah.

Sunday, December 26, 2010

disebalik kemeriahan HKAB 2010


rata-rata kita masih lagi teringat akan "kenangan terindah" serta sambutan "luar biasa" Hari Keluarga Al-Bajuri 2010 yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu..menakjubkan!waktu-waktu berlalu TANPA kita sedari..riuh dan gamat dibuatnya..tidak seperti tahun-tahun kebelakangan ini..muram...kredit diberikan kepada team penyelaras HKAB 2010 dan buat julung kalinya penglibatan G3 yang diketuai saudara Azim telah membuatkan warga AB khususnya G2 menjadi "huru-hara"dengan game nya..mau nya tidak,selama ni G2 yang beri game...apa pun syabas!
Ziarah serta bacaan Yaa-sin di tanah perkuburan masih lagi menjadi aktiviti utama program..di sini anak cucu warga AB tau mana pusara atok,nenek,ayah,ibu serta saudaramereka disemadikan..Ucapan YDP juga menarik..ringkas tapi masih PADU,terpulang kepada individu untuk menilaikannya..Waktu solat juga teratur dan cantik,dari segi imam,bilal serta pembaca doa..masing-masing tau akan tugasan masing-masing.Persembahan HKAB juga menarik dengan adanya projector..dan dapat dipaparkan terus di layar..suatu daya usaha yang baik,penghargaan kepada Agus dan Epong yang telah menyediakannya..
Suraya dan Shahrizan..tahniah berjaya menyegarkan suasana..
Periwiro II dan Arkib-Tahniah kerana telah BERJAYA dilancarkan dengan penuh istiadat..
Tapi.....jangan kita lupa disebalik tabir...saya secara peribadi tabik springg buat kekanda Sihabudin (Abang Ndol)...persiapan dan gaya yang tersendiri..siap hulu-balang,siap lagu Kenny G (nasib baik tak lagu Uji Rashid)..semuanya teratur...
Malam yang dingin menjadi panas!maaf saya pohon kepada warga AB,sebab ada juga terdengar "asyik-asyik gambar saya aje..boringlah.."untuk makluman,100% laptop yang digunakan pada malam berkenaan milik saya,dan secara amnya semua slide berada di dalam ini....maaf saya pohon,bukan hendak menunjuk gambar saya sekeluarga..tapi tak kisahlah anda kata apa jua,saya redha dan saya anggap gurauan semata.

demikian catatan saya sepanjang HKAB-ampun dan maaf saya pohonkan andaikata terdapat salah kata secara sengaja atau tidak...hanya gurauan semata.BAHAGIA KAMI AL-BAJURI...LUAR BIASA-hj.zawalajam hj. mashod-

Dari ku untuk mu

Segala pujian kepada Mu ya Rab...memang diluar jangkaan bahawa diri ini menerima anugerah pada hari yang sungguh bermakna ini,walhal ada lagi ahli yang lebih layak untuk menerimanya,walaubagaimanapun jutaan penghargaan kepada panel juri yang telah mencalonkan serta menobatkan saya untuk menerima anugerah yang penuh bermakna sekali dalam diri saya ini.tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada emak,isteri,anak-anak,ahli keluarga serta warga al-bajuri,tanpa anda saya mungkin tidak sampai ke tahap ini..bukan mudah untuk menjadi mudah,pelbagai rintangan dan cemuhan diperolehi namun ianya tak jadi halangan buat saya untuk lakukan apa jua bidang..bukan semua orang suka lakukan kerja sukarela pada ketika ini,zaman kini wang adalah segalanya,namun kerana minat yang mendalam dan sering jadikan idola saya arwah abah,arwah paman sam,arwah paman wik dan ydp sendiri sebagai landasan untuk saya bergerak,kesemua idola saya ni adalah pemimpin yang berjaya..dan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling,maka saya turuti jejak langkah mereka..prinsip saya amat mudah,anda puas,saya puas!.Azam saya tahun 2011 saya akan lipat gandakan lagi apa yang saya ceburi ketika ini,"PEDULI" apa orang nak kata,sebab saya tahu,selepas ini pasti ada cerita-cerita "kurang enak"akan keluar..akhir kata,terima kasih sekali lagi buat semua,jasa dan sumbangan serta dorongan kalian tidak akan saya lupakan,saya tidak berpelajaran tinggi ,namun saya punyai maruah yang tinggi!salam sayang buat semua..sesunggunya yang baik itu dari Allah,yang lrmah serta kekurangan itu datangnya dari saya,Allah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketakwaan,beruntung bagi yang mensucikannya,merugi bagi yang mengotorinya..wassalam
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HKAB MELABUHKAN TIRAINYA...

(Penyelaras sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri-37)
(Penyelaras G3)

(majlis perasmian PERIWIRO II)
12.30 pagi..maka tirai sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 37 selamat melabuhkan tirainya dan dengan jayanya..secara puratanya hampir 90% ahli keluarga hadir dan berikan komitmen yang amat "LUAR BIASA" sekali..Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua..Pada malam yang penuh bersejarah ini juga majalah PERIWIRO II serta ARKIB Keluarga Al-Bajuri telah selamat dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Al-Bajuri,Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri..Warkah Untuk YDP,keputusannya juga turut diumumkan pada malam ini,dimana Cikgu Hamid telah memenangi tempat yang pertama..
(Johan "Warkah untuk YDP)
Syabas juga diucapkan buat Penyelaras Program Hari Keluarga (G3,Saudara Jim-boy)kerana telah BERJAYA membuktikan bahawa G3 sememangnya boleh melakukannya..Tahniah kepada Encik Shamshul Ariffin Hj. Mashood,Penyelaras sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 37 serta seluruh jawatankuasa kerana telah bertungkus-lumus mengatur serta merealisasikan harapan dan impian warga KAB yang inginkan sentuhan "LUAR BIASA" dan tidak lupa juga penghargaan istimewa buat kekanda Sihabudin Hj. Sajadi...
(Tokoh Al-Bajuri 2010)
Dan pada malam ini juga,sejarah tercipta dalam kehidupan saya,apabila telah dinobatkan selaku penerima anugerah Tokoh Al-Bajuri 2010.Memang tidak dijangka.Namun kesyukuran yang tinggi yang mampu saya umgkapkan.Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama serta penilaian.Sesungguhnya,yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri.Apa yang saya lakukan,BUKANlah hendak mengejar gelaran atau pujian,namun apa yang saya lakukan itu datangnya dari dalam diri saya sendiri dan minat..dan juga ingin membuat sesuatu yang baru,walaupun sukar,namun saya pasti akan berkata "Insya Allah".....

Saturday, December 25, 2010

HKAB-Sesi petang




Aktiviti G2..memang BEST!Tahniah pengelola G3..cabutan bertuah juga ada...

Anyam ketupat kita

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jommm sukaannnn

Kini giliran g2 pulaaaakk
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Program Tengahari ni..

Live...Solat Zohor berjemaah..yang diimamkan oleh Abang Ndol dan bilalnya Syafiq..alhamdulillah selesai menunaikannya bersama warga Al-Bajuri..Seterusnya makan tengahari..enak sungguh lauk pauknya..lihatlah,YDP begitu tekun sekali menikmati sup tulang..begitu juga dengan puteri ku..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Doktor dan anda..

Kaunter yang mendapat sambutan "luar"biasa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sana-sini HKAB

Ucapan YDP,sesi memperkenalkan ahli keluarga dan aktiviti kanak-kanak sedang dijalankan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Upacara perasmian

Alhamdulillah,upacara perasmian telah selamat disempurnakan oleh Yang Di-Pertua KAB,Ybhg Dato Dr. Hj Zabir Bajuri..sebelum itu,bagi memberkati majlis doa telah dibacakan oleh saudara Hafizul Haziq Hj. Basuki.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Langsung HKAB

Acara pertama sambutan Hari Keluarga AB - bacaan Yaa-Sin dan Tahlil di pusara keluarga Al-Bajuri diketuai oleh Saudara Shahrim Hj. Satari.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RAPTAI PENUH

24/12/2010-warga AB sedang menjalani raptai penuh sempena sambutan hari keluarga kali yang ke 37 tahun..masing-masing memainkan peranan yang penting demi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.Insya Allah..Tahniah kepada semua!Tahniah kepada kak Imang kerana telah menyediakan "minus one" lagu keramat Keluarga Al-Bajuri..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 23, 2010

TERKINI...


(KLIK UNTUK FOTO YANG LEBIH JELAS)


PERHATIAN!
KEPADA WARGA AB YANG MEMPUNYAI ANAK BERUSIA 3 HINGGA 6 TAHUN BOLEHLAH SERTAI PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM YANG BERKONSEPKAN TAHUN 60an..-hubungi Kak Imang

JUGA KEPADA WARGA KAB YANG BERHASRAT UNTUK MENJUAL SEBARANG PRODUK BOLEHLAH MEMBAWA BARANGAN TERSEBUT PADA HARI KELUARGA NANTI...TEMPAT DISEDIAKAN-hubungi Saudari SURAYA

TIDAK KETINGGALAN JUGA..YURAN ....

Tuesday, December 21, 2010

FROM TAIPING WITH LOVE....NAZ @ SYED

ROMBONGAN DR BANTING...terima kasih atas layanan yg sungguh istemewa dr pihak pengantin lelaki..












Monday, December 20, 2010

Alamak II

Rakaman : 10-12/12/2010 Majlis Persandingan Naz & Syed
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Alamak 1

Rakaman : 10-12 Disember 2010
MAJLIS PERSANDINGN NAZ dan SYED







(ada GAYA ni)

(pejam BUKAN sebarang pejam)

Posting terbaru dari koleksiku..ampun dan maaf dipinta,sekadar hiburan semata-mata.Selama seminggu telah berada di ruang "slide"maka telah sampai masanya turun ke bahagian "posting"