Monday, July 27, 2009

Honeymoon (ke?) mereka...

Sukacita dimaklumkan pasangan pengantin baru & abah dan emak telah berangkat ke Madinah & tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah jam 3.00 petang tadi. Sama-sama kita doakan agar mereka selamat beribadat dan sihat-sihat sepanjang berada di sana. Insya Allah mereka akan pulang ke tanahair pada 080809. Wassalam...

Sunday, July 26, 2009

ADA UBI ADA BATAS..

SALAM WARGA AB,

SETELAH MAJLIS SELESAI,ada dengar cerita ramai tak sempat jamah buttered prawn yang
menggiurkan semasa majlis nikah;ada juga tak puas makan pecal yang sungguh lazat(macam tak pernah jumpa),ada juga yang missed gulai daging salai,danada juga kata dodol Adood boleh diketengahkan,telur pindang ucu pun boleh dikomerselisekan dan....

Sarah Katering pun nampak smart hari tu.letih tapi berbaloi.Cuma nak ingatkan Malek untuk
print tissue paper dengan brand Sarah Catering dan tel no nya.

Agaknya apa cara kita boleh jumpa lagi untuk merealisasikan ketidakpuasan yang tersebut diatas.Sila beri pandangan anda ,mana tau kita boleh buat sesuatu.....Paman

Saturday, July 25, 2009

FARIZA/BILAL--KENANGAN MANIS

Salam semua warga AB.
Dalam apa jua peristiwa yang kita lalui,pasti ada kenangan manis yang seronok untuk di
kongsi bersama.Antara yang teringat untuk dicatat ialah;

1.Tepukan gemuruh para tetamu di majlis aqad nikah,setelah Bilal berjaya melafazkan terima
nikahnya dalam bahasa Melayu,pada cubaan yang kedua.Dia akui pada ketika itu adalah saat yang
paling digeruni.

2.Majlis aqad jua mendapat penghormatan apabila SS Mufti Kerajaan Negeri Selangor telah sudi
mengetuai bacaan doa selamat.Alhamdulillah.

3.Tetamu yang hadir melangkaui jangkaan dan tuan rumah agak gabrah sikit,tapi semua telah
selesai,dimana buttered prawn jadi sebutan menu terlaris,ada yang komplain tak merasa.

4.Family kita kagum dengan creativity dan ketelitian Abob menyediakan menu di meja utama
dengan persembahannya yang luar biasa.Syabas Abob.

5.Family kagum dan amat menghargai sumbangan setiap indibidu yang masing2 memainkan
peranan yang bertugas tanpa kenal jemu dan bosan,..terima kasih yang tak terhingga dari kami.

6.Semasa pencak silat dihadapan pengantin,kita lihat mulut Bilal kumat kamit,ingat dia baca
jampi takut diserang pesilat2 tu.Rupanya dia gemuruh dan banyak baca selawat..Amin.

7.Selepas majlis tammat,ada banyak lagi telur pindang yang terpaksa dihabiskan.Sebahagian\kami hantar kerumah anak yatim shah alam,bakinya kami terpaksa kami makan tiga hari tiga malam mabuk telur pindang,ayo yo..

8.Ada anak yang ikut mak bapaknya,dah sekolah menenengah,tapi dapat gula2.....

9.Walau pun kita sediakan payung sebelum hujan(TQ Ismail TM),tapi hujan turun juga.nasib ada banyak payung.Hujan Rahmat,lepas tu cuaca dingin dan selesa.

10.Kpd CEO,COO ,PA dan semua petugas memang best dan CEO pun tak complain.Kira OK dan patut dapat penghargaan.


Setakat ni dulu,kalau sapa2 ada point eloklah kita kongsi...Paman.

Thursday, July 23, 2009

Dari Fariza dan Bilal.

Assalamualaykum semua ..

Alhamdulillah alhamdulillah, summa alhamdulillah. Syukur alhamdulillah, we are safely married. :) After the many meetings and discussions, tamat sudah majlis..There is so much we want to say, but there are no words that would explain our gratitude to everyone of you. Only Allah can repay your efforts, time , money and everything you showered us with. Cok Tesekkur Ederiz! Moga-moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baiknya inshaAllah. Halalkan makan minum dan segala yang dicurahkan insh.
Bilal said : Makan sedap betul.
: Teh tarik satu!~

InshaAllah we will try to be worthy of your efforts and insh strive to respond to your expectations over us. We love you all so much.

We are young and inexperienced, so please forgive us if we had done some mistakes, overlooked some matters, made some improper actions.

And above everything, please guide us with your kindness and best virtues insh.
We kiss the elderly's hands and the youngsters' eyes.

May Allah be pleased with our deeds insh.

Salam.

Wednesday, July 22, 2009

Alhamdulillah & tesekkur PART 2

Gandingan yang mantap ? hehe..
Mak mertua Ifa - penat tetapi diharapkan gembira dengan layanan kita semua..

Flower girls & boys - letih sungguh kami menggembala !!



HAha... look at his face ! Tengah bersiap sebelum majlis nikah.


Selamat dinikahkan dengan 2 kali lafaz !




Alhamdulillah & tesekkur (terima kasih) :) PART 1

Alhamdulillah. Majlis pernikahan dan resepsi Fariza Ariffah & Bilal Ilhan telah dilangsungkan tanggal 17th July & 19th July. Saya secara peribadi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakan majlis yang bermakna buat keluarga kami. Kami sekeluarga cukup terharu dengan komitmen yang telah diberikan oleh semua warga Al-Bajuri. Hanya Allah yang dapat membalas jasa & budi baik ahli keluarga sekalian.... Sentuhan Abop sungguh kreatif dan kami amat berbangga dengan presentation beliau.
Kedua-dua mempelai amat berseri pada hari bersejarah mereka. Semoga bahagia selalu & berkekalan. Insya Allah.

Amin amin... terima kasih semua ! Suatu kenangan yang teramat indah..



Kak Yam - the master mind. We salute you !


"Pramusaji' kita sedang menjalankan tugas. Well done !
To Uji & Abang Intan,Kak Tayak - thank you. A job well done. Saya rasa abah saya amat puas hati dengan segala kerjasama & komitmen yang telah dicurahkan.
Kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat apa-apa ke'tidak puas hati'an sepanjang berjalannya majlis. Sekiranya ada nama yang tidak disebut, kami juga ingin meminta maaf. Anda di hati kami.
Sesungguhnya semua yang baik daripada Allah s.w.t, yang buruk adalah daripada kami sendiri. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga merasakan it was a very 'well-organized' event & it definitely was a success.. Alhamdulillah.





SALAM PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA WARGA AL BAJURI,

SEMUGA ANDA SEMUA TERUS DIBAWAH LEMBAYUNG KASIH SAYANG DAN
RAHMAT ALLH SWT YANG BERPANJANGAN.

IZINKAN PAMAN UNTUK MELAFAZKAN
KESEMPATAN UNTUK MENYAMPAIKAN RASA SYUKUR KAMI SEKELUARGA ATAS SELESAINYA MAJLIS WALIMATUL URUS FARIZA DAN BILAL PADA 17 DAN 19 JULAI.

UCAPAN PENGHARGAAN SETINGGI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
DARI AWAL HINGGA AKHIR MAJLIS,TENTU MUSTAHIL UNTUK DISENARAIKAN SATU PERSATU.HANYA ALLAH SAHAJA YANG AKAN MEMBERI GANJARAN KEPADA ANDA SEMUA KERANA MEMBANTU,MENYUMBANG,BERKORBAN DAN BERSAMA MENJAYAKAN MAJLIS KAMI DENGAN JAYANYA SEMAMPU KITA.

KAMI AMAT GEMBIRA,BUKAN SETAKAT MAJLIS TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN,MALAH KAMI BANGGA MENYAKSIKAN BAGAIMANA KITA SEMUA WARGA ALBAJURI JELAS BERSATU BERGANDING BAHU DAN TENAGA MENCAPAI MISI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA.KITA BOLEH LAKUKANNYA!DAN TELAH MELAKUKANYA DENGAN JAYA.ALHAMDULILLAH.DENGAN PERANCANGAN,KOMITMENT,MISI YG JELAS DAN SEMANGAT POSITIF BERSEPADU UNTUK CAPAI MATLAMAT,KITA BERJAYA MELAKSANAKANNYA.SUBHANALLAH.

KITA JUGA DAPAT MEMPAMIRKAN SATU TEKAD MENGGUNAKN SEMUA TENAGA KEPAKARAN DARI DALAM KELUARGA SENDIRI UNTUK BERJAYA.MESEJ NYA IALAH KITA PERLU SERLAHKAN POTENSI DIRI DI SATU PEHAK DAN DISATU PEHAK YANG LAIN PULA BERSEDIA UNTUK MEMBERI PELUANG.HUBUNGAN DUA HALA INI PERLU DITERUSKAN.

KETIGANYA,PERLUNYA ORGANISASI TERANCANG DAN TERSUSUN DAN PUNYA HALATUJU YANG JELAS DAPAT MEMUDAHKAN PERLAKSANAAN TUGAS.ADA CEO,COO,DLL MASING DENGAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK BERTUGAS.JADIKAN IA SATU PANDUAN DIMASA DEPAN.

KEEMPAT,PAMAN JUGA MENGHARGAI BAGAIMANA ILTIZAM SETIAP WARGA AB BERTUNGKUS LUMUS TANPA MENGIRA MASA DAN TENAGA UNTUK SAMA BERJAYA.MASING2 DENGAN CARA TERNDIRI.MASA,TENAGA,MATERIAL,NASEHAT,PANDANGAN,GERAKTUBUH ANDA SEMUA TERPANCAR RASA UKHWAH ,KASIH SAYANG DANTOLERANSI SILATURRAHIM YANG MESRA DAN BERTANGGUNGJAWAB.TAHNIAH DAN TERUSKAN KEMURNIAN INI.

KELIMA,ADA BANYAK LAGI,CUKUP DAN MEMADAI LAH KAMI SEKELUARGA RASA BAHAGIA DAN SERONOK DAN BERSYUKUR KEHADHRAT ALLAH SWT ATAS LIMPAH KURNIANYA,IZINNYA DAN KERJASAMA DAN SUMBANGAN SELURUH WARGA AB YANG TELAH BERSAMA2 MENJAYAKAN MAJLIS KAMI,KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.

TERIMA KASIH DAN SALAM KASIH SAYANG DARI PAMAN SEKELUARGA,MOHON BERBANYAK2 AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KESILAPAN,KETERLANJURAN,KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN KAMI SEPANJANG MAJLIS BERLANSUNG(PASTINYA KAMI TIDAK SENGHAJAKAN).

SEGALA PUJIPUJIAN HANYA UNTUK ALLAH SWT.AMIN YA RABBULALAMIN.

SALAM HORMAT PAMAN SEKELUARGA.22.JULAI.2009.

22 Julai 2006 - tarikh keramat buatku

22nd July 2006 - 22nd July 2009 :

exactly 3 years Paman / Wak Wik left us

- time flies so fast but memories last forever... How i wish I could turn back time and UNDO things... but that is impossible n mengaruts...

- apapapun, terima kasih di atas doa kalian buatnya, from the bottom of my heart...

Sunday, July 19, 2009

Dari Turki ke Malaysia

Salam..tajuk ni agak sesuai ku rasakan..al-maklumlah kita semua dapat saudara baru lagi..Alhamdulillah...Apa pun sebelum ku menulis serta memaparkan apa yang berlaku sepanjang majlis ini,ku secara peribadi ingin memohon ampun dan maaf kepada Paman sekeluarga...andaikata sepanjang ku kendalikan majlis bersejarah buat paman sekeluarga terdapat kesilapan dan kesalahan yang ku lakukan..Maaf ye paman..Begitu juga buat seluruh warga AB..bagi ku,aku telah sedaya upaya lakukan yang terbaik...sekiranya ada yang kurang berpuas hati..jangan segan,luahkanlah dalam ruangan comment kat bawah ni....

Secara peribadi tahniah ku ucapkan buat semua AB yang telah bertungkus lumus berganding bahu menjayakan majlis ini...Walaupun diduga dengan keadaan cuaca seawal 12.30 ke atas namun kita semua masih lagi boleh bertugas...sayabas semua...

Acara pada pagi ini dimulakan dengan majlis khatam Quran oleh Ifa.Amat merdu sungguh suaranya..Yang paling menyayat hati,apabila doa dibacakan..Amat mendalam hingga tersentuh hingga meresap ke sanubari setiap insan yang mendengarnya..

(Ifa semasa majlis khatam Quran)

(tersentuh disanubari paman dan bondaku apabila ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan)

Sebelum para jemputan tiba,pihak penanggah diminta untuk menikmati juadah terlebih dahulu..takut nanti keadaan jadi kelam kabut..Oh ye..sajian pada hari ini juga disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering..memang class...

(COO sedang memeriksa kualiti lauk-lauk yang telah disediakan..macam QC lah tu..)

(barisan penanggah telah bersiap sedia untuk memulakan tugas..tapi makan dulu)

(kehadiran Paman Kemat pada hari ini,membuatkan paman rasa sebak dan terharu)

(COO sedang menyampai watikah perlatikan kepada En.Ismail)


(Tidak ketinggalan juga kepada Encik Sham..jangan lari haaa)


(Dua Azmi ni..memang tak boleh dipisahkan..akrab sungguh..)


(Phewwwiittt..itulah Amy Search...Ali Guar..memang class)

Sekitar jam 12.30,rombongan dari pihak pengantin lelaki telah tiba..Kacak sungguh..Langkah tersusun rapi...

(pengantin lelaki (Bilal) sedang menanti dengan sabarnya)

(pengantin perempuan (ifa) sedang diarak keluar sambil diiringi dayang-dayangnya)

(silat sembah khas dijalankan khusus untuk kedua mempelai..)

(Bilal Masjid Negeri sedang membacakab selawat serta doa,pohon keberkatan dari Nya)

(kedua-dua mempelai mengaminkan doa)

(kedua ibu-bapa pengantin lelaki)

(Ybhg Tan Sri Isa Samad antara kenamaan yang hadir)

(Ybhg Dato'Abd Samad Mahrudin,juga antara kenamaan yang hadir)

(turut hadir Alumni ESQ 165..terima kasih ye bapak-bapak)

(Blogger Yunus Badawi serta keluarga,turut hadir..merah lagi tu)

(keluarga Embah Mail)

(Embah Ju serta cucu kesayangannya)

Ada juga paparan disebalik tabir...khas untuk warga AB semua....

(go..go..gight..fight..win..ein kata abang rahim...hehehe..)

(Papa mithali..antara calon)

(Jejak berkasih di villa DZB,terima kasih Atie,kerana hadir)

(kak imang dan atie)

(sebahagian dari petugas-petugas )

(antara orang-orang kuat..)

(perhhh..romantisnya.....)

(juga dikategorikan sebagai pasangan romantis)

(ada gak ye peminat..hehehehe)

(antara tenaga kerja santapan beradab)

(percubaan sahaja ni...masa ku akan tiba tak berapa lama lagi...kata abob...ms abob..kuih tat tu enak lah)

(gambar ini atas permintaan empunya badan...nyammmmmm...p/s jangan saman ye)

(anak ayah..manjenya dia)

Sebagai penutup majlis,paman Zabir telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja dan pohon kemaafan andaikata terdapat kekurangan.

Dari unit tenaga kerja zawalajammashod.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru khas buat Ifa serta Bilal..moga kekal hingga ke akhir hayat..Dan secara peribadi juga,sekali lagi ku ucapkan terima kasih kepada paman kerana beri kepercayaan kepada diri ini untuk mengacarakan majlis..sekiranya terdapat cacat cela disebabkan diri ini,ku susun 10 jari pohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah,dan yang kurang serta lemah itu dari diriku ini...Kepada warga AB,segala catatan yang tertera adalah untuk kenangan terindah ku sahaja...tiada bermaksud untuj sindir sesiapa samada ku sedar atau tidak...kepada COO serta AJK sekelian,tahniah dan syabas....

Dengan ingatan tulus ikhlas dari ku:-

Dari Jalan Dengkil-Banting..

Alhamdulillah,baru sahaja selesai majlis di villa paman Zabir.Malam ni pakaian batik..Selepas sahaja Maghrib seperti kebiasaannya para jemputan yang tidak dapat hadir esok akan datang pada malam ini.Sewaktu ketibaan aku serta keluarga jemputan belumlah ramai lagi,jadi dikesempatan inilah digunakan sebaik mungkin untuk ahli keluarga mahupun tuan rumah menjamu selera.

(Paman Zabir serta Cik Adah sedang menikmati hidangan sambil melayan tetamu yang hadir)

(Dr.Azmil serta Dr.Suhaila dan keluarga)

Lauk-pauk pada malam ini memang BEST!Hidangan pada malam ini telah disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering...ahli keluarga kita jugalah...memang class gitu..memenuhi selera..Rugi siapa yang tak makan malam ni...UNTUK TEMPAHAN sila hubungi saya..hehehehe..

(petugas-petugas Sarah Restaurant & Catering sedang sibuk melayani jemputan)

Makan-makan juga,tapi AWAS!tugasan yang telah diamanahkan perlulah dilaksanakan.Jadi selepas menjamu selera,maka bermulalah tugas..Ada yang menyambut tetamu..ada yang memberi cenderahati kepada tetamu,ada yang mengambil gambar (seperti aku) dan macam-macam lagilah.Tahniah COO...(bodek lagi)..anak buah semua menjalankan tugasan dengan penuh semangat...

(antara petugas-petugas yang memberikan cenderahati kepada jemputan..dari kiri Yasmin@Melur,Kak Hanim (isteri COO)dan yang belakang tu,tak lain,tak bukan COO sedang memeriksa anak-anak buahnya,samada laksanakan tugas atau sebaliknya)

(antara penanggah yang aktif atau calon YB..gaya dah ada..)

Kebiasaannya,selain dari Hari Keluarga yang diadakan setiap tahun,peluang sebeginilah digunakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan sanak saudara,adik-beradik,anak dengan ibu-bapa mahupun menantu,baik dari dekat,mahupun yang jauh..

(gurau senda dari sepupu-sepupu...apalah yang digelakkan..mesti ada agenda sulit ni)

(meh!abah betulkan songkok ni...hehehe)

Berinteraksi juga perlu dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.barulah mesra..namun aku akui tidak dapat berbahasa Turki..atau dalam istilah jawanya aku tak pandai..kang aku tanye lain,Bilal jawab lain..maka khidmat juru bahasa yang telah diundang khas dari Negeri di Bawah Bayu (SABAH) telah dapat menyelamatkan keadaan..

(Bilal sedang memperkatakan sesuatu kepada Ati selaku penterjermah bahasa...oppsss..bukan bahasa Turki,tapi bahasa Cina..sambil diperhatikan oleh paman dan Ifa..lihatlah tersenyum paman dan Ifa)

Lepas sesi berbahasa,tibalah giliran untuk sesi bergambar bersama pengantin..

(Bilal,Ifa dan Ati)

Kehadiran makcik-makcik/wak ke majlis paman ini,menjadikan suasana bertambah meriah..Tentu paman bangga apabila adik-beradiknya turut serta meraikan majlis perkahwinan puterinya.

Juga tidak ketinggalan cucu-cucu saudara...pelbagai telatah dapat dirakamkan.....

(puteri kak imang dan abang rahim...smile..bukan senang nak dapat gambar puteri kak imang ni)

(ni juga putera kak imang dan abang rahim..amboiii..gayut sakan nampak)

SEBELUM BERSURAI AKU JUGA SEMPAT MERAKAMKAN AKSI YANG MENARIK..TAPI TAK BOLEH ULAS LANJUT,SEBABNYA SALAH SATU FOTO NI..EMPUNYA DIRI MERUPAKAN LAWYER..KANG TAK PASAL-PASAL KENA SAMAN..ADEH!!!SUSAH WO!!JADI ANDA SENDIRILAH BUAT ANDAIAN YANG TERSENDIRI..HEHEHEHE...

(line clear...)

(aikk!!apa yang COO buat tu?)

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN JUGA HARUS DIBERIKAN KEPADA PIHAK KESELAMATAN YANG DIKETUAI OLEH EN.AZIZI,TANPA MEREKA AGAK TIDAK TERKAWAL JUGA LALULINTAS..JASAMU DIKENANG..

(BARISAN UNIT KESELAMATAN BERGAMBAR BERSAMA Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir)

_________________________

OKLAH..SETAKAT INI DAHULU CATATAN AKU..AL-MAKLUMLAH JAM MENUNJUKKAN TEPAT JAM 1'45PAGI NI..PANTUN2 NAK KENA CARI...MATA NI PUN KUYU AJE..OK.JUMPA LAGI ESOK..SALAH SILAP MAAF YE..TIADA KENA MENGENA ANTARA SATU SAMA LAIN..SEKADAR GURAUAN DAN PENYEDAP RASA AJE..KERANA "AKU ADALAH AKU"

Wassalammm..