SubhanAllah..tertarik dengan penulisan rakan blogger ku..maka,hasilnya ku kongsikan bersama..mudah-mudahan kita mendapat manfaat..cuma,kadang-kala kita lupa,termasuklah akan diri ini,moga Allah ampunkanku..3 pandangan ini,Insya Allah akan mendapat pahala. Pertama Wajah Ibu..
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)
Kedua : Al-Quran
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati
Ketiga ; Memandang Kaabah
Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.
Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
2 comments:
Tn Hj Zawal,Anda memang rajin dan pandai cari ilham utk dikongsi bersama.Bukan mudah nak jadi Tokoh tau?
Pasal Pandang wajah Ibu,mesejnya ialah sayangi dan hormati sebaik mungkin semasa hayatnya,jgn abaikan peluang ini(ramai org dah takada peluang).
Pasal Memandang AlQuran,banyak yg boleh dilakukan.Pandang pun dpt pahala,apa lagi baca,fahami dan hayati pengajarannya.Cubalah baca setaip hari berterusan dan basahkan lidah kita dgn ayat Alquran.
Pasal Memandang Kaabah,iktibarnya ialah kita kena kerja kuat dan amanah dan doa dimurahkan rezeki utk sampai ke Tanah Suci Makkah dan mengunjungi Kaabah.Pahala solat di mMasjidilharam sama spt 100,000 kali dimasjid lain.Tak terlior ke?
Salam hormat YDP.
Salam buat Paman... buka le akaun FB.. mesti interesting.. Anyway I couldn't agree more with u about "loud music" somehow defeating the purpose of wedding receptions. Kesempatan untuk berjumpa saudara mara dan rakan taulan sedikit sebanyak "terjejas" dengan suasana yang kurang kondusif itu... Harap-harap dalam kalangan KAB akan sensitif berkenaan situasi ini...
Post a Comment