Monday, January 10, 2011

MESYUARAT KELUARGA AL-BAJURI 01/2011

Salam Warga Al-Bajuri,

Mengumumkan notis Mesyuarat AL-Bajuri 01/2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29hb. Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 3.00ptg
Tempat : Kg. Parit Sawah, Kundang Ulu, Muar Johor (Rumah En. A.Rahim & Puan M.Azlin)
Jamuan : Disediakan oleh tuan rumah (digalakkan membawa buah tangan)
Agenda : Perancangan aktiviti tahun 2011
Aktiviti tambahan : Mandi di kaki Gunung Ledang, tayangan video HAB tahun 80'an (jika berkesempatan)

Dimaklumkan bahawa pihak AJK akan menyediakan sebuah bas bagi tujuan pengangkutan yang berkapasiti 40 orang. Tambang minimum RM10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak. Perbelanjaan selebihnya akan ditanggung oleh tabung KAB.

Jangkaan berlepas : 7.oo pagi (berkumpul di Zetcom)
Jangkaan sampai semula di Zetcom : 12.00 tghmalam

Bagi tempahan tempat duduk, sila berhubung dengan Puan Suhaila di talian 012-214 0228 & 010-334 1766 sebelum 20hb Januari 2011. Siapa cepat dia dapat.

Untuk aktiviti tambahan, sila bawa pakaian yg bersesuaian.

Jumpa disana.....

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

6 comments:

anim kasim said...

kali ni klu ada cenderahati tuk tuan rumah ok gak kan.....buat kenangan n bukti rumah tu telah diziarahi olih kluarga Al-Bajuri.....

Suraia.Ayani said...

Mohon mencemar duli, hamba yang hina dina ingin bertanya.
Adakah lokasi aktiviti Mesra OKU juga Warga Emas?

Patah jarum jgn disimpan,
Tertusuk jari sakit ditahan,
Sekadar bertanya xbermaksud nak menyulitkan,
Cuma nak stndby plan B jika xbersesuaian.

KAK IMANG said...

Salam buat Aya, kak Iamng masih dalam proses survey venue. I will make sure it has OKU facilities. Nanti kak Imang bagi tau yek...

mubin said...

Harap jawapan K.Imang bole diterima, Cik SUR x perlu risau sbb pengalaman di LAngkawi membolehkan OKU & warga Emas selesa dgn kehadiran PERIWIRO ALBAJURI yg sedia berkhidmat bila2 masa diperlukan.

EILA said...

info terkini kehadiran ke mesyuarat 01/2011 :
1.Sihabudin dan keluarga (5org)
2.A.Suandisekeluarga (4org)
3.Hj Zawal sekeluarga(4org)
4.Mubin sekeluarga (6 org)

itu shj setakat 11/1/11.

EILA said...

info terkini kehadiran ke mesyuarat AB01/11:
1.Suhaila dan Suri(2)
2.Agus Salim sekeluarga(4)
3.Suraya aiani(1)
4.Saiful H. sekeluarga(3)
5.Munawirah(1)
6.Idham Khalid(1)

itu shj sehingga 18/1/11