Sunday, January 30, 2011

IDEA SPONTAN DAN PELAKSANAAN SEGERA...

Salam sayang kepada semua warga Al Bajuri...

  • Terima kasih kepada semua warga KAB yang sudi berkunjung ke Gunung Ledang Resorts semalam.
  • Terima kasih kepada semua yang murah dengan puji-pujian.
  • Tahniah kepada kita semua yang telah berbincang, memberi idea dan merancang aktiviti dengan jayanya.
  • Tahniah kepada Tn Hj Zawalajam yang sangat "efficient" dalam memberikan "updates" dalam blog.
  • Tahniah kepada En Sihabudin yang telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi KAB.
  • Ampun dan maaf daripada Abg Rahim dan Kak Imang sekeluarga atas apa-apa kekurangan yang ada kerana ianya tidak disengajakan.

Tahniah dan kalungan terima kasih kepada sidang redaksi PERIWIRO II yang berjaya menerbitkannya dengan begitu padat dan indah. Kak Imang cukup teruja apabila mula menyelak dan membaca lembaran-lembaran di dalamnya.

Sehubungan dengan itu juga tercetus satu idea spontan untuk menyambung semula penerbitan Suara Al Bajuri pada tahun ini. Kak Imang merancang untuk mengumpulkan artikel-artikel daripada warga Al Bajuri dalam tempoh terdekat (dari hari ini hinggalah 15.2.2011) untuk diterbitkan dalam Suara Al Bajuri Bil 1 / 2011 sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dirintis oleh arwah abang saya yang dikasihi dan dirindui, Tn Hj Basuki b Hj Sajadi @ abang Ali.

Kak Imang bercita-cita untuk mencetak dan mengedarkan Suara Al Bajuri Bi. 1/2011 ini semasa kita berjumpa di Seksyen 6 Shah Alam pada 26.2.2011 kelak sempena Bengkel ICT dan mesyuarat bulanan keluarga yang kedua kelak, insya Allah..

Harapan Kak Imang juga ialah supaya ahli-ahli keluarga sekalian dapat menyumbangkan artikel @ peristiwa-peristiwa penting (hari kelahiran, sakit atau apa sahaja) dalam bentuk tulisan yang boleh dikirimkan melalui emel Kak Imang iaitu mardimang@gmail.com.

Kita lihat nanti hasilnya pada hujung Februari ini dan akan sama-sama memberikan idea untuk menambah baik terbitan seterusnya, insya Allah. Kak Imang dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi memberi sokongan kepada usaha ini.

Salam persaudaraan dari Ledang, Johor.


No comments: