Monday, May 31, 2010
JOM SERTAI ...
PENYERTAAN PERADUAN WARKAH KEPADA YDP BELUM DITUTUP...!!!
Jadi kepada yang masih mengarang.. anda masih boleh terus menghantarkan warkah2 anda..
- Mengemukakan nama sebenar dan alamat tempat tinggal·
HADIAH MENARIK SEDIA MENANTI !!!
Tempat pertama : RM 500
Tempat ketiga : RM 200
Tempat pertama : RM 300
Tempat kedua : RM 200
Tempat ketiga RM150
Tempat pertama RM 200
Tempat kedua RM 150
HADIAH PENYERTAAN :
BAUCAR menarik sumbangan YDP
HADIAH MISTERI menanti warkah yang paling kreatif dan membina
Sunday, May 30, 2010
Jemputan dari Semerah
Terima kasih.
Saturday, May 29, 2010
MULA-MULA DULU KITA MERIAH....
Salam sayang buat semua warga Al Bajuri di mana sahaja anda berada....
Kak Imang dah agak lama jugek tidak menulis di blog ini, macam-macam "alasan" yang mahu diutarakan, tetapi rasanya tak perlulah kerana bukan kena "denda" pun kalau tak tulis...
Rasa terpanggil untuk menulis di blog ini kerana malam semalam perasaan kak Imang tersentuh dengan komen daripada ahli-ahli keluarga yang saya amat sayangi...
Nak mula dengan tajuk pun kak Imang mengsambil masa lebih kurang 10 minit.....harap-harap tajuk yang tertera di atas tu sesuai dan tidak menimulkan isu... Lebih-lebih lagi hendaknya isi tulisan kak Imang akan selari dengan tajuk itu...
Kak Imang teringat kembali semasa blog keluarga kita ini dipelopori dan ditadbir oleh "adikku sayang" Amelia Basri .. begitu meriah dengan artikel seperti resepi, tazkirah (setiap Isnin oleh YDP), perkembangan keluarga kecil Azhan, Hj Zawal tak kurang juga mencoretkan sesuatu untuk tatapan kita, kak Imang sendiri "rajin" juga berkongsi perkataan-perkataan Jawa dan sebagainya.. Boleh dikatakan setiap hari ada saja posting baru yang menarik.... Hamid juga rajin berkongsi berbagai jenis tip dan motivasi yang boleh kita aplikasikan di dalam kehidupan harian kita...
Kebelakangan ini nampaknya terdapat sedikit "ketandusan" artikel dalam blog AB. Yang ada pun hanya pengumuman-pengumuman mengenai kenduri dan mesyuarat dsb.. Laporan-laporan aktiviti yang dijalankan juga menjadi kelaziman kebelakangan ini...
Daripada apa yang kak Imang baca di blog ini juga, sambutan terhadap program / peraduan Warkah buat YDP setakat ini belum berapa mendapat sambutan... Apa pun kak Imang juga perhatikan bahawa ahli keluarga lebih mirip / gemar untuk berkomunikasi di laman FB... Mungkin ianya lebih santai...
Kak Imang ingin menyeru ahli-ahli keluarga dan diri kak Imang sendiri untuk bersama-sama "mencurahkan idea dan ilmu" dalam i blog kita ini supaya ia kembali "meriah" seperti mula-mula dulu...FB diteruskan, blog jangan ditinggalkan...
Salam sayang daripada Kak Imang dan keluarga....
Sekitar Mesyuarat AB bil 04/2010
Selepas sahaja menjamu selera,(jamuan makan telah disediakan oleh pihak Tuan Rumah)
sesi mesyuarat dimulakan,atas keperihatinan Dato'YDP dengan cadangan "awok",sebelum mesyuarat dimulakan,seluruh ahli keluarga dikehendaki bersalam dan memeluk pasangan masing-masing(lelaki dengan lelaki perempuan dengan perempuan).Seperti yang telah dipraktikkan dalam ESQ 165.Tujuan...anda akan TAHU bila anda laksanakan..cubalah.
Mesyuarat dijalankan dengan begitu lancar sekali,ternyata Dato'YDP serta Tuan Pengerusi AMAT berpuas hati dengan kehadiran pada malam ini.SYABAS warga AB..Kehadiran Kak Imang sekeluarga amat memeranjatkan seluruh hadirin yang ada.
Sejenak bersama adalah salah satu acara dalam mesyuarat ini.Idea asal dari Dato'YDP dimesyuarat yang lalu,dan pada malam ini,ianya telah direalisasikan oleh Dato'YDP sendiri.Alhamdulillah,banyak suka dan duka yang dialami oleh Dato'YDP telah dikongsi bersama.Dan pada malam ini juga DRAF UNDANG-UNDANG TUBUH KELUARGA AL-BAJURI telah diedarkan..renung-renungkanlah.Syabas kepada Puan Peguam kita,kak Farah...
Monday, May 24, 2010
Sunday, May 23, 2010
NOTIS MESYUARAT ALBAJURI 04/2010
Saya ingin menjemput semua warga Al-Bajuri yang berkesempatan untuk hadir dalam Mesyuarat No. 04 tahun 2010 yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 28.05.2010 (Jumaat)
Masa : 0900pm
Tempat : Rumah Hjh Sumiati (Cik Itah)
Refreshment : sudah tentu tuan rumah sediakan semua, tak perlu bawa apa-apa
Agenda :
2) Bengkel Kenali AlBajuri (Cikgu Hamid)
4) perkara=perkara berbangkit
Mohon individu yang terlibat dalam agenda dapat membentangkan kertas kerja masing-masing. Pada yang mempunyai usul, sila juga bentangkan pada forum ini.
Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan aktiviti AlBajuri 2010.
Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Fathulmubin Sajadi
Saturday, May 22, 2010
22 Mei..2 acara berbeza namun 1 pengertian
Salam warga AB..sebentar tadi alhamdulillah kita sama-sama telah memenuhi undangan dari keluarga YDP.Bagi pihak seluruh ahli keluarga AB,kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas undangan ini.
22 Mei 2010,YDP telah menganjurkan 2 acara yang begitu bermakna sekali,walaupun 2 acara,saya rasa bagi pihak YDP serta keluarga,inilah 1 acara yang penuh dengan pengertian,acara "cukur jambul"cucu YDP serta yang paling istimewa sekali,menyambut hari kelahiran yang.........(still muda lagi) YDP.Kemaafan dipohon kerana agak terlewat sedikit dan TIDAK dapat buat liputan sempena majlis cukur jambul itu tadi,ini kerana saya serta keluarga telah tersangkut di Klang hampir 1 jam..jadi saya sampai ke kediaman YDP pun agak lewat,acara pada hari ini turut dihadiri oleh Ybhg Tan Sri Mohd B. Muhammad Taib serta Puan Seri.
Hidangan makan tengahari telah disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering,Kampung Olak Lempit..memang best lauk-pauknya..tetapi yang menhadi tumpuan utama tentulah KamBinG..perhhh
(menung jauh nampak Ijan)
(YDP sedang sibuk melayan para tetamu yang hadir)
(perbincangan sulit..antara isunya,hadiah utama bagi "warkah untuk YDP"..tv)
(ibu MitHali)
Thursday, May 20, 2010
Majlis Aqiqah Muhd Fatih Ilhan
Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Jalan Berlian, Shah Alam
Menu utama ialah 2 ekor kambing :)
Jemput datang yea....
Wednesday, May 12, 2010
Majlis Tahlil Allahyarham Dato' Hj. Basri
Pengumuman... Pengumuman....
Tarikh : 15hb Mei 2010 (Sabtu)
Lokasi : Teratak kami di Desa Pinggir, Olak Lempit
Masa : Selepas solat Magrib
Walau bagaimanapun, ahli keluarga AB dijemput solat Margrib berjemaah bersama-sama...
Kehadiran semua amat dihargai dan dialu-alukan... Sila war-war kan kepada semua yea...
Terima kasih...