Friday, June 12, 2009

PRIORITY VS DECISION MAKING

Salam pagi Jummat.

Pagi ni terpanggil nak menulis pasal priority vs decision making.Atau memberi keutamaan/
membuat keputusan.

Lumrahnya kita manusia berhadapan dengan keterbatasan sumber(limited resources).Kita
punya masa yabg terbatas,tenaga yang terbatas dan sumber yang terbatas.Semua orang hanya
ada 24 jam sehari semalam.Itulah masa untuk berkerja,beribadat,berehat untuk diri,keluarga
dan agama serta negara.

Lantas bagaimana boleh kita melakukan berbagai aktibiti untuk memenuhi keperluan jasmani,rohani,dalaman,luaran,diri,keluarga,Allah swt agar kesinambungan dalam kehidupan
kita berterusan dalam keadaan baik,terkawal,tanpa melintasi batasan,amalan murni dan terpuji,
dapat memuaskan pelbagai pihak(mustahil dapat memuaskan hati semua orang),amar maaruf,nahi mungkar,hebat sesama manusia dan mendapat berkat dan redha Allah..........Subha
nallah.

Justeru,dengan keterbatasan sumber berbanding dengan keperluan yang tanpa sempadan/infiniti,maka kita perlu mempunyai priority(keutamaan)dalam membuat sebarang keputusan.

Pertimbangkanlah aspek-aspek berikut untuk memberi keutamaan,antara lain.

-Kepentingan untuk Allah.
-Faktor masa yang ada pada kita.
-Tahap kesihatan diri kita,
-Kepentingan sesama manusia/masyarakat
-tahap kepentingan untuk diri/keluarga
-Sumber peribadi kita spt wang ringgit,tenaga,pertalian darah dsb

Setelah memberi pertimbangan dan analisa yang sesuai dan berpatutan dengan kemampuan
dan kebolehan diri kita,buatlah keputusan yang sebaik mungkin berdasarkan keutamaan yang kita telah senarai dan beri pertimbangan sewajarnya.Insya Allah,Allah akan memberi petunjuk dan lorong yang memudahkan kita membuat keputusan,apatah lagi kalau ia dilandaskan kepada niat yang suci murni kerana Allah swt.

Perlulah di ingatkan agar seberapa yang mungkin dan boleh dilakukan,kita boleh pertahankan keputusan yang telah kita buat,kerana kita ada sebab dan justifikasi kita sendiri dalam membuat keputusan itu.Rasa yakin dan tawakal bahawa keputusan kita adalah yang terbaik dan punya
sebab yang hanya kita dan Allah swt yang mengetahuinya.

Disamping kita juga perlu menghormati dan kurang mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh orang lain,kerana psati mereka punya sebab dan justifikasi mereka sendiri berdasarkan kepada pertimbangan dan sebab musabab yang hanya mereka dan Allah saja yang tahu.


Cukuplah setakat ini nukilan di pagi Jumaat ini,semoga ada memberi menafaatnya.Insya Allah.

3 comments:

Anonymous said...

Today dpt tips : Susunan keutamaan dlm mbuat keputusan. TQ Paman

Anonymous said...

Satu tips yang cukup berguna. Thank you to Paman. Selalunya terdapat 2 faktor dlm membuat keputusan 1- Keutamaan dan 2. keperluan. Jadi buatlah keputusan berdasarkan KEUTAMAAN terlebih dahulu......

-Achon

Mieds said...

Satu penulisan yang sangat berguna , yang sering diabaikan oleh orang ramai tq, Paman