Monday, June 1, 2009

masihkah kita ingat

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu… ketika kita mahukan kasut baru, ayah membelikan kasut Bata atau cap ayam* sahaja tetapi boleh berlampu-lampu ketika berjalan. Kita berasa amat terpesona dan gembira. Hati ketika itu tidak cerewet dan mudah dipuaskan.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… kita seringkali bergaduh dengan kawan-kawan tanpa sebab musabab. Kadang-kadang bergaduh sehingga menangis. Tetapi keesokan harinya, kita kembali ke tadika bermain police sentry bersama kawan-kawan semalam. Kita mudah melupakan peristiwa yang berlaku dan tidak berdendam.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… menangis kerana dikacau dek abang atau kakak yang kita tidak dikenali. Tetapi terus senyap apabila diberi ‘rasuah’. Kadang-kadang diberi gula-gula, jajan atau didukung. Kita amat mudah memaafkan sesiapa sahaja.

Masihkan anda ingat suatu ketika dulu… apabila diberi gula-gula kita menerima dan mengambilnya tanpa segan silu. Walaupun ia diberi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali. Kita mudah mempercayai orang dan tidak buruk sangka.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… ketika ayah dan ibu membawa kita bermain di taman permainan. Bertemu dengan kawan-kawan baru, bermain pasir dan gelungsur bersama-sama. Walaupun tidak mengenali nama tetapi inilah kawan-kawan kita. Kita mudah bergaul dan mencari teman.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… bagaimana perasan kita? sentiasa berasa gembira, tiada sebarang masalah, hanya penat bermain sana sini. Belajar pun terasa riang gembira. Kita tidak pernah berasa sedih terhadap apa yang telah berlaku dan tidak risau tentang perkara yang akan berlaku. Kita hanya memikirkan apa yang kita lalui ketika itu sahaja.

Malangnya, apabila kita dewasa segalanya berubah. Kita semakin cerewet dan hati semakin susah dipuaskan. Nak beli pakaian mesti berjenama Adidas, Nike atau Reebok. Barang cap ayam* dah tak layan. Handset mesti ditukar setiap tahun atau setiap kali handset baru keluar walhal handset yang lama masih elok. Semakin lama makin sukar untuk kita bergaul dan menyebabkan kita memilih kawan. Apabila bergaduh memang sukar untuk bermaafan kembali sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Adakalanya dendam terus disimpan di dalam hati. Kita berasa lebih mudah bersangka buruk dan prejudis terhadap orang-orang di persekitaran kita. Sehinggakan mengumpat menjadi tabiat biasa masyarakat. Perasaan risau dan sedih yang keterlaluan mula menguasai diri kita menyebabkan kita lalai.




Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa gelisah dan sedih

3 comments:

Anonymous said...

BETUL! BETUL! BETUL! Nak berubah la.... InsyaAllah

Zaid said...

Cik Uji setiap bulan tukar HP

Anonymous said...

TUKAR HANDPHONE TAKPE..USAHA SENDIRI DAN GUNA DUIT GAJI SENDIRI..TU PUN KENA KUMPUL2 SIKIT2..JANJI TAK SUSAHKAN SAPA2..JIKA BERKEHENDAKKAN SESUATU KENALAH USAHA.BARULAH BERJAYA..JANGAN IKUT RENTAK ORANG.UKUR BAJU KAT BADAN KITA SENDIRI YE ZA8..