Aslkm,ketemu lagi..
Kita sering bertemu dengan Krisis.Samada sedar atau tidak;kecil atau besar;berani atau tidak menerima hakikat;atau mungkin tak sedar bahawa itu adalah krisis.
Secara mudahnya,bila kita berada dalam keadaan serba salah untuk melakukan sesuatu;atau kita merasa resah gelisah bila berhadapan dengan masaalah tak tahu apa nak buat;atau kita menghadapi kebuntuan dan tak tahu nak tanya/kongsi dengan siapa apa dan bagaimana nak buat;atau pun terlalu banyak masaalah kita hadapi dan tak ada rujukan atau kaunselor utk diminta nasehat dan panduan nya...Saya kira orang ini sebenarnya sedang berhadapan dengan krisis.
Orang tua2 kata sesat dihujung jalan,balek ke pangkal jalan.Dalam Agama kita pun kata bahawa setiap penyakit mesti ada ubatnya.Atau dimana ada kemahuan,di situ ada jalan.Mari kita bersama mencari jalan merungkai isu ini.Namun ini bukanlah penyelesaian yang total,malah adalah usaha serta ikhtiar insaniah/zahiriah yang pada akhirnya hanya Allah swt jua yang melimpahkan kasih sayang dan hidayahnya untuk dapat penyelesaian,Insya Allah.
1.Pertamanya,bila krisis tiba,kita perlu tenang dan SABAR.Jangan salahkan sesiapa pun.
2.Lantas kita perlu kenalpasti punca nya dan sebab ia berlaku.Lakukan dengan akal yang waras dan
fikiran yang rasional BUKAN dengan perasaan atau emotional.Jangan terburu2 dan pilih masa yang tenang dan aman untuk mencari punca/sebab krisis.
3.Bila kita puas hati mengetahui punca/sebab berlaku,cubalah buat beberapaPILIHAN untuk mencari jawapan mengatasinya.Jangan tertumpu pada satu sahaja,upayakan mencari beberapa options yang sesuai.Pada ketika ini amat penting tersemat dan mantap dalam hati kita bahawa kita mesti rational,kita penuh sedar bahawa keputusan kita boleh mempunya kesan/implikasi yang berbagai dari banyak sudut,jatidiri kita kukuh bahawa kita dilahirkan kedunia ialah untuk jadi Khalifah bagi PENYELESAI MASAALAH BUKAN PENYEBAB MASAALAH.,Perlu juga diingat semua masaalah ada penyelesaiannya dan jangan lupa bawa berunding dengan orang terdekat dengan kita.Kalau dalam kajian ahli ekonomi-kita kena buat cost-benefit analysis,atau pun dalam kancah pengurusan kita perlu buat SWOT analysis.Hasilnya,Insya Allah akan tercerna dan boleh selesaikan masaalah.
4.Kalau item 3 di atas dah dilakukan,dan kita masih berdepan dengan beberapa pilihan dan tidak yakin samada pilihan itu tepat atau sebaleknya untuk menyelesaikan krisis,kita dengan kuatnya menyarankan supaya menunaikan SOLAT ISTIKHARAH untuk mendapat restu ,hidayah dan Kemakbulan dari Allah SWT bagi mencari pilihan yang tepat dan mendapat redha dari Allah jua.
Sekian dulu buat kali ini,yang baik dan terpuji dari Allah,yang jelek dan dhaif dari penulis.Salam.
4 comments:
memang tak dapat dinafikan..krisis memang wujud..betul kata paman,bahawa kita perlu kenal pasti apa puncanya dan perlu ada pilihan..mujurlah diri ini didedahkan dengan ESQ...syukur..tq paman
Salam
utk insan yg x ke ESQ, rsanya ayat seribu dinar pun memadai...
"Dan sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Allah ciptakan baginya jln keluar (dr segala kesusahan)"
InsyaAllah
dear paman,
thx 4 the advise.
x wonder u seemed so calm in facing any obstacles in life...
insya allah kite akn bahagia jika di jalan ALLAH..
=Khairul Azmi B. Bajuri
k.azmiBajuri@yahoo.com
http://azmimuslim.blogspot.com
Post a Comment