ASALAMUALAIKUM WBRT.
Nampak posting pasal Wang Lebih kurang dpt sambutan lansung.Hanya 2 member respond.
Tak apalah.Cuma yang terlintas di hati ialah,macam nak labur kalau cari makan pun susah.Ini adalah persoalan amat penting,kerana ia survival pd individu.Samada memang tak ada wang lebih
untuk dilabur,ada tapi tak terfikir untuk melabur,atau tak ada wang untuk dilabur.Pelaburan sebenarnya sama dengan tabungan.Tapi biasa melabur punya tanggapan sbb ada duit lebih,tapi kalau disebut menabung atau menyimpan ia punya conotasi yang lebih soft,kerana ia dianggap
berjimat untuk masa kecemasan.Akhirnya,tabungan dan pelaburan adalah sama aje,ia itu mengenepikan sebahagian dari pendapatan kita untuk kegunaan masa depan bila diperlukan.
Nak cari makan?Memang bukan senang nak senang,dan bukan susah nak susah!.
Ada banyak cara nak cari wang untuk makan,belanja rumah,pendidikan,kesihatan dll keperluan hidup.Ada yang makan gaji(kerajaan/swasta),ada yang berniaga,bertani,perkhidmatan(catering,bengkel,event management dll),pelajaran (Pensyarah ,Guru,Ustazah,Guru Tadika)
Ada juga bidang professional(peguam,doktor,jurutera,QS,akauntan dll).Pendek kata macam2 ada dalam dunia ini kalau nak berusaha dan niat nak cari makan untuk kehidupan,sky is the limit.
Namun semua memerlukan KRITERIA DAN PRA-SYARAT yang sama atau hampir sama untuk seseorang itu berupaya ,mendapat dan berjaya dalam bidang cari makan yang diceburinya.Saya cuba sedikit sebanyak senaraikan ciri2 itu:
1.Kita mesti punya NIAT DAN TUJUAN YANG IKHLAS DAN JELAS untuk melakukannya.Untuk menampung keluarga,menyara hidup,mendapat pulangan atau untuk amal jariah.Seterusnya kita perlu fokus dan berusaha bersungguh kearah mencapai tujuan.
2.Pastikan ia adalah BAIK dari segi undang2,peraturan dan HALAL dari segi Agama.
3.Kita mesti ada ILMU mengenainyanya.Jangan ikut apa orang lain buat,kita pun nak buat juga.Ilmu ini boleh belajar dari buku,universiti,kolej,pengalaman dll.Jangan sembrono main terjah aje walau nampak amat mengancam dan menarek.Ramai dah terperangkap di sini.
4.Kita mesti punya MINAT DAN ISTIQOMAH yang mantap.Apa pun kerja kalau kita minat,kita akan seronok melakukannya dan jangan buat sambil lewa sahaja.Buat secaraa istiqomah(berterusan,bersungguh2 dan consistent).Kerja susah pun kalau kita minat,akan jadi senang dan enjoyable.
5.Tanam dan sematkan dalam hati dengan bersungguh2 bahawa kita tidak mudah berpuas hati dengan apa yang kita sedia ada.Ini melibatkan semua aspek berkaitan dengan ciri2 diatas.Kita mesti bertekad untuk terus upgrade/MEMPERTINGKAT DAN MEMPERBAIKKI apa kita sudah ada.Perlu ada semangat juara,mahu beri yang terbaik,mahu lebih unggul dari orang lain,ada semangat bertanding ,be positive dan bercita2 mulia dan tinggi.JANGAN mudah puas,muudah putus asa,tak bertenaga untuk bersaing,mudah mengalah,jangan kata orang lain bolehlah!,cukuplah setakat ini....Perkara seperti ilmu,networking,pasaran,peluang untuk berkembang,luaskan bidang yang diceburi,sikap dan sahsiah diri wajib ditingkatkan danterus digilap untuk terus maju kehadapan.
6.Berkaitan dengan item 5 diatas,Kita mesti kental dan jelas untuk KELUAR DARI KEPOMPONG hidup yang membelenggu hidup kita masa kini.Keluar dari zon selesa,keluar dari zon negatif,boloskan diri dari sifat rendah diri dan rasa terpinggir,perkasa dan kuatkan semangat juang dan ingin maju.Contoh,kalau sekarang kerani maka berazamlah jadi Pegawai Tadbir;Kalau sekarang berniaga gerai maka usaha buka restoran;kalau sekarang guru maka usahalah jadi Pengetua atau PPD;kalau bertani,maka jadilah petani yg luas tanahnya,yg tanam macam2 tanaman,yang ada lori untuk angkut hasil keluarannya;yang jual roti canai boleh buat restoran dan jual macam2 lagi....list ni panjang lah...
Rasanya cukuplah buat ingatan di pagi minggu ni.Tapi ingatlah,Allah berfirman dalam AlQuran yang makksudnya,"ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU,MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI MENGUBAH NASIBNYA.".Dan kita boleh menunjukkan seekor kuda bahawa ada tasek mengandungi air yang jernih,tapi kita tak boleh paksa kuda itu minum air itu.
Alhamdulillah,semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayahnya kepada kita Semua.SalamUntuk Semua Warga AB.
4 comments:
Salam Paman ..
Pagi minggu yg amat memotivasikan diri.
TQ
Salam Paman,Juga PAGI..
Terima kasih di atas motivasi ini.Petua inilah yang uji lakukan dan akan terus lakukan..PEDULI apa orang nak kata...thanks paman
dear paman,
thx for yr advise...
semoga kita akan mendapat msg melalui apa yg paman post kali ini...
btw, pasal posting Wang terlebih dahulu, rasanya bukannya masalah kurang mendpt sambutan, tetapi mungkin ramai yg prefer menjadi 'silent reader' bila membaca posting tersebut.
ataupun, ada gak yg membincangkannya di ruangan chat instead of ruangan comment...
dat's y manpak mcm kurang tetapi i do fell that, sebenarnya mmg ada sambutan dari warga AB...
dear paman...
maybe u can write d pro. n con. psl pelaburan ni in details. like myself i'm interested tp x ilmu so takut gak nak melabur. if u can give us a clear picture on dis, i am sure ramai yg akan minta borang. for d future perlu utk menjadi jutawan...kata sorg pceramah kew. d 1 seminar yg dihadiri.
Post a Comment