Tuesday, June 23, 2009

ANDA ADA WANG LEBIH?

Hujung minggu yang lalu Paman ditanya oleh seorang member apa nak buat kalau ada duit
lebih dan selamat untuk dilabur,disamping boleh beri pulangan yang lumayan.

Ada dua faktor penting disini.Pertama Kita mesti ada wang lebihan itu.Keduanya kemana hendak
dilaburkan?.

Ok,Kalau nak ada wang lebih,kita mesti ada pendapatan dan selepas ditolak semua perbelanjaan
maka lebihnya boleh dilabur.Kita perlu mempunyai sifat jimat berbelanja melalui perancangan berbelanja dan punya semangat berkobar untuk menabung(lawan berbelanja boros).Cari dan usahalah dengan baik dan halal untuk mendapat pendapatan dan sentiasa waras dan beriltizam
nak simpan untuk "masa depan" atau menabung.Wajibkan diri supaya 10% atau lebih pendapatan
diketepikan untuk tujuan menabung.Jangan tangguh dan jangan tergoda oleh godaan untuk
berbelanja benda yang tak mustahak dan tak mendesak sangat.Masuk tabung,beli insuran,simpan di bank,sorok bawah katil,adalah sebahagian dari cara nak ketepikan sedikit wang untuk ditabung.Yg afdalnya ia WAJIB di ketepikan sebahagian dari income kita.Rasa berdosa kalau tak buat.....

Kemudian bila ada peruntukan wang lebihan untuk disimpan,apa nak buat dengan wang itu supaya kita boleh guna bila nak pakai,ia berada dalam keadaan selamat dan boleh beri pulangan yang lumayan pulak?

Paman cuba senaraikan sedikit ruang untuk mencapai tujuan ini.Antaranya:

-Simpanan Tetap/mudharabah di bank.Ia selamat,boleh diguna bila nak pakai tapi pulangan tak berapa menarek.

-Beli insuran takaful.Ia selamat,tapi pulangan mengambil masa(mengikut tujuan) dan susah bila nak kita gunakan.

-Melabur dalam ASB/ASN/SAHAMDIDIK/UNIT TRUST.Ia selamat,pulangan agak lumayan,tapi agak sukar nak keluarkan bila nak pakai dan tertakluk pada naik turun pasaran saham.

-Beli saham di Bursa Malaysia.Ia perlu kepakaran,masa dan dana yang banyak.Pulangannya agak lumayan tapi berisiko tinggi.,prestasi bergantung kepada ekonomi semasa.

-Simpan dibawah tilam.Ia tak selamat walaupon boleh guna bila2masa,dan tidak bei pulangan yang lumayan,macam to nenek dulu aje,koman lah...

-Buat masa ini Paman cadang melaburlah dalam Koperasi Anak Selangor (KOSAS),yang selamat,boleh pakai bila perlu dan yang pentingnya ia memberi pullangan yang amat lumayan.
Ia relevant kepada kita semua kerana ia KHAS UNTUK ANAK2 SELANGOR SAHAJA.Dengan pelaburan minima RM1000.00 +RM20 yuran masuk,anda layak jadi ahli K0sas.

Cukuplah bu masa ni,dengan ingatan supaya anda semua kerja kuat untuk mendapat rezeki yang baik dan halal(jangan buat kerja yang mimpi disiang hari),Mesti untukkan sedikit untuk tabungan,Berbelanja secara berancang dan berjimat,Jangan berhutang(nanti kena rantai dan dikurung),dan laburlah dengan bijak demi masa depan kia sendirii dan anak2kita,InsyaAllah.Paman.

-

4 comments:

Anonymous said...

Salam, istilah 'amat lumayan' tu agak2 brape ye...

Anonymous said...

Untuk makluman,ini bukan skim cepat kaya.Jadi,pastikan anda layak dan memenuhi syaratyg diperlukan.Amat lumayan itu nilainya berbeda2 mengikut individu.Nak detail kena tanya taukey lah.

Anonymous said...

Sebagai tambahan,cubalah teliti hasrat penulis dan sikap kita terhadapnya.Pulangan yang lumayan ialah lebih baik dari institusi kewangan yang sedia ada.Fikir dan bertindaklah dengan bijak.

Anonymous said...

Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Melayu selalu nak jalan mudah untuk cepat "kaya". Bangsa lain boleh sambar tawaran baru ASM ASD ratusan juta dalam SEHARI. Fikir-fikirkan lah..
drafz