Saturday, January 10, 2009

we have a choice




Melihat kekejaman rejim Yahudi Zionist terhadap anak-anak Palestin amat menyayat hati. Saban hari puluhan menjadi korban, ribuan cedera dan ramai lagi yang terseksa. Kesengsaraan yang mereka tanggung tak mungkin terpikul dibahu kita.




Sebagai saudara seagama, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat senjata bersama dimedan peranguntuk syahid fisabilillah. Belum mampu meninggalkan keluarga untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Tidak mampu menyumbang wang berjuta untuk mereka.




Apalah daya kita untuk berjihad menentang yahudi dan kekuatan Amerika?




Tidak susah..




Hidup ini banyak pilihan. Tiada siapa memaksa kita menolong mengkayakan yahudi di Amerika. Tiada siapa menyuruh kita membeli barangan buatan mereka. Kita yang terhegeh-hegeh cari benda murah di Tesco, makan di McDonalds, minum di Starbuck, pakai seluar Dockers & baju Ralph Lauren, berhibur tengok cerita Steven Spielberg & Mel Gibson dan berbagai lagi.




We have a choice.




Mungkin kerajaan bak kata Tun Dr.M "scared stiff" untuk secara terang-terangan melaknat sokongan Amerika keatas Israel. Mungkin kerajaan tidak berani keluar statement untuk boikot barangan mereka kerana implikasi ekonomi negara.




Apa perlu boikot? Kita cuma perlu exercise our rights to make a choice. I make a choice not to buy your products. My choice.. not boycott.. rather choose to buy from others (who do not murder children, butcher women & elderly, barbaric, inhuman etc)








Sekiranya, sekecil-kecil pertolongan to make a correct choice ini pun tak mampu kita beri, sekurang-kurangnya, berdoalah untuk mereka. Untuk saudara seagama. Untuk keselamatan anak-anak mereka.




Demi Palestin.


No comments: