Rasa rindu pada blog ni kerana dah lama tak menjengok & menyumbang. Kali terakhir post pada 10.11.2008 dan satu melalui sms dari Madinah pada 16.112008.
Alhamdulillah malam ni ada kesempatan nak jengok dan menulis sikit dalam blog ni :
1) Terima kasih kepada semua AlBajuri atas doa sehingga saya (dan keluarga) selamat menunaikan ibadah haji tempohari. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. InsyaAllah saya cuba untuk posting secara ringkas (ringkasan 'Salam Baitullah' tempohari) dalam blog ini sedikit masa lagi untuk berkongsi pengalaman
2) Sepanjang 2 bulan yg lalu, banyak peristiwa yang saya dapat ketahui dari blog ini dan tak dapat sertai spt pernikahan ajun-aris, kejayaan g3 dalam peperiksaan dsb, di sini secara jama' saya ucapkan tahniah dan selamat dalam semua urusan kepada semua untuk tahun 1430H/2009M.
3) Pengendalian & sambutan acara qurban HKAB 2008 oleh Sdr. Achon & d'gang yg mendapat respon dan pujian yg begitu menggalakkan dari warga AlBajuri. Pujian ini memberi mandat kepada Sdr. Achon untuk mengendalikan acara-acara keluarga yg akan datang. Syabas...
4) Kemeriahan blog yang semakin menjadi-jadi terutama penyumbang2 baru spt drafz, darnaaurora, zawal dll yg memberi nafas baru 2009 pada blog kita. Wow.....!!! tak rugi invite zawal jadi contributors. Dato' YDP pun aktif kat c-box.
Semoga blog ini menjadi penghubung kepada warga AlBajuri .....
Sekian.. wassalam
No comments:
Post a Comment