Wednesday, January 21, 2009

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA (bahagian akhir)



Beberapa kesukaran atau kecelakaan sewaktu usia tua tidak wajar dianggap remeh.Kita perlu bersedia menghadapinya.Antaranya ialah kemiskinan dan kehampaan.Selain itu,menjelang usia tua,seseorang mungkin diabai atau dilupakan anak cucunya.Pada ketika itujuga harta dan kemegahan tidak berguna lagi kepada pemiliknya.Tubuh badan akan lemah dan sering berpenyakit.Pada masa yang sama,kehidupan yang dijalani semakin tidak tenteram,sentiasa dalam kegelisahan dan mungkin juga diganggu kenyanyukan.Jesteru,beberapa langkah persiapan diri wajar dilakukan menjelang usia tua.Antaranya:-

-Mempunyai keyakinan diri dalam usaha membina kejayaan untuk dunia dan akhirat
-Tekun,rajin,bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah dan bertaqwa sepanjang hayat
-Percaya terhadap pembalasan Allah serta bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada
dirinya.
-Sabar,tabah dan berhati-hati membentuk isteri dan anak agar menjadi insan soleh
-Sentiasa berusaha dan bekerja kuat untuk membina ekonomi dan harta
-Tidakm mengenal erti putus asa apabila menghadapi kesulitan
-Sentiasa berakhlak mulia,yang tua dimuliakan,yang muda dihormati dan yang kecil
disayangi.

Kebaikan dan kebahagiaan yang diharapkan itu mustahil dicapai tanpa sebarang usaha.Islam mencadangkan langkah penting ke arah mencapai tahap yang diharapkan itu.
Satu daripada ialah memenuhi masa yang ada mencapai dengan sesuatu yang bermanfaat.Selain daripada itu,TIDAK MEMBEBANKAN HIDUP DENGAN HUTANG-PIUTANG.Langkah seterusnya ialah kuat beribadah agar umur dan harta benda diberkati,tubuh sihat sejahtera,doa dimakbulkan dan jiwa serta fikiran sentiasa tenteram.Kerukunan rumah tangga juga perlu dipelihara.Ini menjadikan kehidupan suami-isteri,anak,cucu penuh dengan kasih sayang serta saling hormat menghormati serta saling bantu membantu.Kejayaan anak dapat menjadi pendorong kepada seseorang untuk menjalani kehidupan hari tuanya dengan lebih menyakinkan.Anak yang berjaya dalam bidang kehidupanmasing-masing berakhlak mulia dan bersopan santun senantiasa mampu membela ibu bapa sewaktuhidup dan sesudah mati,iaitu dengan mendoakan mereka agar mendapat keredaan dan kerahmatan Allah.
Sekian...Wassalamm..
Catatan : ZAWALAJAM / FAUZI HAJI MASHOD
H/P: 019-2033585 / 012-9044317
E-MAIL : zam3585@yahoo.com

No comments: