Sunday, January 18, 2009

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA...

Sesetengah orang berkata “kehidupan bermula pada usia 40”Ada juga yang berpendapat usia 40 tahun adalah titik tolak perubahan atau turning point dalam kehidupan peribadi seseorang.Seiring itu,ada pula pendapat menyatakan jika perangai seseorang semakin jahat,terutama sesudah 40 tahun,dia tidak akan berubah atau sukarlah baginya untuk berubah menjadi baik sampai bila-bila pun.
Sejauh manapun kebenaran dan kesahihan pendapat ini tidaklah dapat dipastikan kerana sehingga kini belum ada satu kajian yang menyeluruh dan terperinci pernah dilakukan mengenai perkara ini.Begitupun,ia tidaklah wajar diterima mahupun ditolak begitu sahaja kerana kenyataan atau pendapat seumpama itu elok juga direnungkan dengan penuh keinsafan,lebih-lebih lagi dalam konteks menilai diri dalam menjalani kehidupan itu sendiri…Dalam renungan itu,kita sepatutunya mengaitkan segala pandangan kita kepada beberapa garis panduan yang diberikan oleh Islam,kerana dalam Islam banyak garis panduan berhubung perkara ini.
Bagi mengukuhkan lagi perjalanan hidup kita ini,terutama menjelang usia 40 tahun atau bolehlah disebut sebagai menjelang usia tua,cubalah kita perhatikan beberapa firman Allah swt sebagai pertimbangan,
Allah berfirman maksudnya,”Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat kebaikan kepada ibu-bapanya,ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan juga melahirkannya dengan susah payah.Mengandungkannya sampai menceraikan (menyusu) 30 bulan.Sehingga ketika dia mencapai umur dewasa dan cukup umur 40 tahun,dia berdoa : “wahai Tuhanku berikanlah aku kesanggupan supaya mensyukuri kurniaan-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu-bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai dan perbaikilah keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang menyerahkan diri(memeluk Islam)”-(Al-Ahqaf:15)
Bersambung….

No comments: