Wednesday, January 21, 2009

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA (BAHAGIAN 2)



SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA
(Bahagian Dua)


Alhamdulillah,saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk meneruskan apa yang tergendala pada bahagian pertama lalu,apa pun suka saya ingatkan catatan saya ini TIDAK bermaksud untuk bermegah-megah mahupun menyindir sesiapa..malah ianya adalah SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA...ampun dan maaf saya pohonkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki....
Baiklah saya teruskan sambungan dari bahagian yang lalu.

Dalam hadis lain,Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya, ‘Barang siapa umurnya 40 tahun dan tidak bertukar kejahatan kepada kebaikan maka hempaskanlah mereka ke dalam api neraka.’(Riwayat Ahmad)
Sepatutnya waktu tua dilalui dalam suasana yang penuh kebahagiaan.Dalam hubungan ini,Islam memberikan beberapa gambaran mengenai kebahagiaan ketika menjelang usia tua.Antaranya termasuklah badan yang sihat sejahtera,ekonomi yang mantap,rumah tangga yang aman harmoni dan rezeki yang dikumpul secara halal.
Gambaran lain yang seiring dengan gambaran itu termasuklah ketika usia tua,kekuatan beribadah semakin teguh,berakhlak mulia,mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaaan serta berbakti kepada ibu-bapanya.Di samping itu,anak dan menantu hidup rukun damai dan saling hormat menghormati serta bantu membantu antara satu sama lain.Fikiran juga harus waras sementara hati,jiwa dan minda sentiasa dalam suasana tenteram.Amatlah baik pada masa tua jika hartanya dapat digunakan ke arah sedekah jariah.Hidupnya boleh menjadi contoh kepada anak cucu serta masyarakat seluruhnya.
Mengikut Islam,kebahagiaan pada masa tua juga lebih berharga jika dilengkapi dengan cara hidup yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.Janganlah semakin tua hidup semakin tidak berguna,mala pada waktu tertentu menyusahkan orang lain semata-mata.
Memang tidak dinafikan banyak perkara yang harus dihadapi oleh seseorang manusia menjelang usia tua.Antaranya dia harus bersedia menerima hakikat bahawa usianya semakin menungkat dan kesihatan tubuh badan semakin lemah.
Disamping itu,zaman kegemilangan dan kesenangan akan semakin luput.Kita juga harus reda dan sedar bahawa zaman kegemilangan serta kemewahan tidak akan selamanya berkekalan.Pembalasan dari suami atau isteri,anak,cucu,cicit mahupun sahabat handai juga harus diterima dengan penuh keredaan.Perlu kita ingat,hidup kita ini ibarat roda..Janganlah mengeluh atau sebal dihati mengenangkan segala yang berlaku ketika usia semakin tua.Dalam menjalani kehidupan,kita juga seharusnya sedar bahawa masa muda yang berlalu TIDAK sesekali akan kembali.Janganlah dikesali jika masa muda yang dilalui itu penuh dengan kejelekkan atau tidak wajar juga bermimpi mengulanginya lagi jika yang berlaku dulu penuh dengan keindahan,sebaik-baiknya waspada bahawa hari kematian TETAP akan tiba tanpa dapat dihalang walau sesaat pun...

Bersambung

No comments: