Saturday, January 31, 2009
Friday, January 30, 2009
Sekadar Renungan - Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Monday, January 26, 2009
Get well soon, baby Faaiq ♥♥♥
Yummy yummy...
Alhamdulillah, Faaiq dah pun discharged pada 27 Januari 2009 - 12.45pm...
ps : for more info, report n such, kita tunggu Azhan buat posting ya... ;)
Wednesday, January 21, 2009
SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA (bahagian akhir)
-Mempunyai keyakinan diri dalam usaha membina kejayaan untuk dunia dan akhirat
-Tekun,rajin,bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah dan bertaqwa sepanjang hayat
-Percaya terhadap pembalasan Allah serta bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada
dirinya.
-Sabar,tabah dan berhati-hati membentuk isteri dan anak agar menjadi insan soleh
-Sentiasa berusaha dan bekerja kuat untuk membina ekonomi dan harta
-Tidakm mengenal erti putus asa apabila menghadapi kesulitan
-Sentiasa berakhlak mulia,yang tua dimuliakan,yang muda dihormati dan yang kecil
disayangi.
Kebaikan dan kebahagiaan yang diharapkan itu mustahil dicapai tanpa sebarang usaha.Islam mencadangkan langkah penting ke arah mencapai tahap yang diharapkan itu.
Satu daripada ialah memenuhi masa yang ada mencapai dengan sesuatu yang bermanfaat.Selain daripada itu,TIDAK MEMBEBANKAN HIDUP DENGAN HUTANG-PIUTANG.Langkah seterusnya ialah kuat beribadah agar umur dan harta benda diberkati,tubuh sihat sejahtera,doa dimakbulkan dan jiwa serta fikiran sentiasa tenteram.Kerukunan rumah tangga juga perlu dipelihara.Ini menjadikan kehidupan suami-isteri,anak,cucu penuh dengan kasih sayang serta saling hormat menghormati serta saling bantu membantu.Kejayaan anak dapat menjadi pendorong kepada seseorang untuk menjalani kehidupan hari tuanya dengan lebih menyakinkan.Anak yang berjaya dalam bidang kehidupanmasing-masing berakhlak mulia dan bersopan santun senantiasa mampu membela ibu bapa sewaktuhidup dan sesudah mati,iaitu dengan mendoakan mereka agar mendapat keredaan dan kerahmatan Allah.
SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA (BAHAGIAN 2)
SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA
(Bahagian Dua)
Alhamdulillah,saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk meneruskan apa yang tergendala pada bahagian pertama lalu,apa pun suka saya ingatkan catatan saya ini TIDAK bermaksud untuk bermegah-megah mahupun menyindir sesiapa..malah ianya adalah SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA...ampun dan maaf saya pohonkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki....
Baiklah saya teruskan sambungan dari bahagian yang lalu.
Dalam hadis lain,Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya, ‘Barang siapa umurnya 40 tahun dan tidak bertukar kejahatan kepada kebaikan maka hempaskanlah mereka ke dalam api neraka.’(Riwayat Ahmad)
Sepatutnya waktu tua dilalui dalam suasana yang penuh kebahagiaan.Dalam hubungan ini,Islam memberikan beberapa gambaran mengenai kebahagiaan ketika menjelang usia tua.Antaranya termasuklah badan yang sihat sejahtera,ekonomi yang mantap,rumah tangga yang aman harmoni dan rezeki yang dikumpul secara halal.
Gambaran lain yang seiring dengan gambaran itu termasuklah ketika usia tua,kekuatan beribadah semakin teguh,berakhlak mulia,mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaaan serta berbakti kepada ibu-bapanya.Di samping itu,anak dan menantu hidup rukun damai dan saling hormat menghormati serta bantu membantu antara satu sama lain.Fikiran juga harus waras sementara hati,jiwa dan minda sentiasa dalam suasana tenteram.Amatlah baik pada masa tua jika hartanya dapat digunakan ke arah sedekah jariah.Hidupnya boleh menjadi contoh kepada anak cucu serta masyarakat seluruhnya.
Mengikut Islam,kebahagiaan pada masa tua juga lebih berharga jika dilengkapi dengan cara hidup yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.Janganlah semakin tua hidup semakin tidak berguna,mala pada waktu tertentu menyusahkan orang lain semata-mata.
Memang tidak dinafikan banyak perkara yang harus dihadapi oleh seseorang manusia menjelang usia tua.Antaranya dia harus bersedia menerima hakikat bahawa usianya semakin menungkat dan kesihatan tubuh badan semakin lemah.
Disamping itu,zaman kegemilangan dan kesenangan akan semakin luput.Kita juga harus reda dan sedar bahawa zaman kegemilangan serta kemewahan tidak akan selamanya berkekalan.Pembalasan dari suami atau isteri,anak,cucu,cicit mahupun sahabat handai juga harus diterima dengan penuh keredaan.Perlu kita ingat,hidup kita ini ibarat roda..Janganlah mengeluh atau sebal dihati mengenangkan segala yang berlaku ketika usia semakin tua.Dalam menjalani kehidupan,kita juga seharusnya sedar bahawa masa muda yang berlalu TIDAK sesekali akan kembali.Janganlah dikesali jika masa muda yang dilalui itu penuh dengan kejelekkan atau tidak wajar juga bermimpi mengulanginya lagi jika yang berlaku dulu penuh dengan keindahan,sebaik-baiknya waspada bahawa hari kematian TETAP akan tiba tanpa dapat dihalang walau sesaat pun...
Bersambung
TIPS KESELAMATAN MINGGU INI (PART 1)
TYRE EXPIRY
Vehicle tires have a 4-year validity period from their Date of Manufacture (DOM). Thereafter, the tire
expires and may burst whilst in use. How to find out whether your tire has expired? Check for a
stamp like this: (*2603*) There is an asterisk at the beginning and at the end of this serial number.
The first two numbers 2 6 will tell which week of the year has it been manufactured.
NB: One year has 52 weeks. The last two numbers represent the year of make. Therefore, *2603*
shows that the said tire is manufactured in the 26th week of the year 2003. *2699* this shows that the
tire is made in the 26th week of 1999.
Check all your tires for safety purposes. Do not use expired tires. They are likely to burst (especially
when running in hot weather) because the rubber component may have hardened and cracked.
.4002. means
DOM is Week 40
of year 2002
Sunday, January 18, 2009
ultraman telah ditawan
SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA...
Sejauh manapun kebenaran dan kesahihan pendapat ini tidaklah dapat dipastikan kerana sehingga kini belum ada satu kajian yang menyeluruh dan terperinci pernah dilakukan mengenai perkara ini.Begitupun,ia tidaklah wajar diterima mahupun ditolak begitu sahaja kerana kenyataan atau pendapat seumpama itu elok juga direnungkan dengan penuh keinsafan,lebih-lebih lagi dalam konteks menilai diri dalam menjalani kehidupan itu sendiri…Dalam renungan itu,kita sepatutunya mengaitkan segala pandangan kita kepada beberapa garis panduan yang diberikan oleh Islam,kerana dalam Islam banyak garis panduan berhubung perkara ini.
Bagi mengukuhkan lagi perjalanan hidup kita ini,terutama menjelang usia 40 tahun atau bolehlah disebut sebagai menjelang usia tua,cubalah kita perhatikan beberapa firman Allah swt sebagai pertimbangan,
Allah berfirman maksudnya,”Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat kebaikan kepada ibu-bapanya,ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan juga melahirkannya dengan susah payah.Mengandungkannya sampai menceraikan (menyusu) 30 bulan.Sehingga ketika dia mencapai umur dewasa dan cukup umur 40 tahun,dia berdoa : “wahai Tuhanku berikanlah aku kesanggupan supaya mensyukuri kurniaan-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu-bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai dan perbaikilah keturunanku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang menyerahkan diri(memeluk Islam)”-(Al-Ahqaf:15)
Bersambung….
Friday, January 16, 2009
KEMBALI MENYUMBANG
Rasa rindu pada blog ni kerana dah lama tak menjengok & menyumbang. Kali terakhir post pada 10.11.2008 dan satu melalui sms dari Madinah pada 16.112008.
Alhamdulillah malam ni ada kesempatan nak jengok dan menulis sikit dalam blog ni :
1) Terima kasih kepada semua AlBajuri atas doa sehingga saya (dan keluarga) selamat menunaikan ibadah haji tempohari. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. InsyaAllah saya cuba untuk posting secara ringkas (ringkasan 'Salam Baitullah' tempohari) dalam blog ini sedikit masa lagi untuk berkongsi pengalaman
2) Sepanjang 2 bulan yg lalu, banyak peristiwa yang saya dapat ketahui dari blog ini dan tak dapat sertai spt pernikahan ajun-aris, kejayaan g3 dalam peperiksaan dsb, di sini secara jama' saya ucapkan tahniah dan selamat dalam semua urusan kepada semua untuk tahun 1430H/2009M.
3) Pengendalian & sambutan acara qurban HKAB 2008 oleh Sdr. Achon & d'gang yg mendapat respon dan pujian yg begitu menggalakkan dari warga AlBajuri. Pujian ini memberi mandat kepada Sdr. Achon untuk mengendalikan acara-acara keluarga yg akan datang. Syabas...
4) Kemeriahan blog yang semakin menjadi-jadi terutama penyumbang2 baru spt drafz, darnaaurora, zawal dll yg memberi nafas baru 2009 pada blog kita. Wow.....!!! tak rugi invite zawal jadi contributors. Dato' YDP pun aktif kat c-box.
Semoga blog ini menjadi penghubung kepada warga AlBajuri .....
Sekian.. wassalam
INFO & TIPS MINGGU INI
Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi anak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamt rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.
Bagaimana boleh berlaku
Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
Menggunakan kunci pendua
Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
Nasihat apabila berlaku pecah rumah
Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
-SUMBER RAKAN COPS,KUALA LANGAT-
Thursday, January 15, 2009
LANGIT GAZA JADI GAWAT
Langit Gaza jadi gawat
Gegar bumi,gegar langit,gegar alam
Cahaya merah,merah membakar bumi..
Bumi Gaza dibasahi dibanjiri darah,darah merah darah bangsa,
darah seagama..
Berlari mencari realiti yang sudah punah ditelan kecelakaan,kekejaman,
Manusia Zionis yang KEJAM,BIADAP...pemusnah peradaban..
Dimana bangsa yang bermaruah?Dimana Insan seagama?Dimana Iman?Dimana semangat juang?
Segalanya hanya nyanyian semata,
Petah berbicara namun berdusta,
Semangat yang berkobar hanya nada,
Menanti,pasrah,lemah dan ternoda...
Di Gaza,
Hilang kaki,hilang tangan,hilang mata,hilang telinga,hilang segala...
Hilangnya nyawa,hilang maruah satu bangsa...
Hilang bangsa seagama
Wednesday, January 14, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Wak Kemat as at 11 Januari 2009
Selepas pulang dari majlis pertunagan Abob, kami terus menuju ke Hospital Banting untuk menziarahi Wak Kemat di Wad 6. Saya pun dengan senyap2 telah mengeluarkan camera dan mengambil gambar - takut kena marah dgn misi bertugas... Oleh itu, sorry x dpt amek gambar family yang lain...
Berikut merupakan gambar-gambar Wak yang diambil - sorry x banyak & xde caption. Sebenarnya xtaw nak cakap/type apa, hanya mengharap dan berdoa yang terbaik buat Wak... Amin...
So bagi warga AB yang ingin mengulas, sila la guna pakai ruangan komen pada posting ini... (Nak promote ruangan comment sebenanya...)
Sunday, January 11, 2009
Tahniah Abob & Harlina - updated
Tahniah & Selamat Bertunang
kepada
Azwar Mustaffa Supuan & Harlina
11 Januari 2009
Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil sewaktu majlis tersebut :
By Pn. Mariam Kamad, Abob & company :)
Rombongan dari Olak Lempit
Awok & Aya memastikan tiada cap jari pada hantaran...
Saturday, January 10, 2009
we have a choice
Wednesday, January 7, 2009
Update on Wak Kemat as at 7th Jan 09
-dzb-
Tuesday, January 6, 2009
MAJLIS PERTUNANGAN AZWAR MUSTAFFA SUPUAN (ABOB)
Dengan penuh hormat dan penuh besar hati kami ingin menjemput semua ahli keluarga Al-Bajuri untuk hadir ke Majlis Pertunangan putera sulong kami, Azwar Mustaffa bin Supuan.
Tarikh : 11 January 2009
Venue : Rumah Pn. Masripah Bajuri & En. Supuan Ramlan
Aturcara majlis :
- 12:00 : Ketibaan jemputan (ahli keluarga)
-12:30 : Jamuan makan tengahari
-13:30 : Solat Zohor
-14:30 : Rombongan bergerak ke rumah pihak perempuan di Banting
Semoga dengan kesudian ahli AB semua untuk hadir , akan memeriahkan lagi majlis kami.
for details pls contact: Pn. Masripah (Ucu Pah) : 014- 6265399
*msg from bonda Ucu Pah via Awok :-)