Tuesday, October 2, 2012

Tragedi Oktober

Alhamdulilliah.. setiap ujian yang datang daripadaNya sudah pasti ada hikmah. Namun kita sebagai hambaNya, perlu redha dan percaya dengan Qada dan Qadar.
Awal bulan Oktober 2012,keluarga Al-Bajuri telah menerima dua berita yang sudah pasti membuatkan kita berada dalam keadaan duka. Di awal pagi, kita telah dikejuttkan dengan berita Hjh Saerah (Wak Iti) telah dikejarkan ke Hospital Banting dan sehinga kini beliau berada di wad 3 kerana tekanan darah beliau tinggi. Manakala, selepas Maghrib, kita sekali lagi mendapat khabar bahawa adinda kepada Hjh Aminah telah kembali ke rahmatullah.
Apa jua yang berlaku,kita harapkan agar keluarga Wak Iti serta Wak Minah tabah hadapi dugaan tersebut, kami hanya mampu mendoakan agar Wak Iti kembali sihat seperti sediakala manakala roh Allahyarham adik Wak Minah, ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh dan beriman. InsyaAllah. 






Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

No comments: