Wednesday, October 24, 2012

Nak hapus dosa tahun lepas dan tahun depan tak?

Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" – (Hadith riwayat Tirmidzi)

 

Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

 

Lautan Manusia di Padang Arafah

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, "Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?". Ada dua pendapat tentang niat. Satu kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, "Sahaja aku puasa sunat". Ataupun satu lagi, dengan cara khusus, contoh "Sahaja aku puasa sunat hari arafah". Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

Untuk penerangan lanjut, sila lawati entri di blog ini 

Tarikh Hari Arafah Di Malaysia

Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Ahad 6/11/2011, maka hari Sabtu 5/11/2011 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya. Dan jangan lupa share post ni ye. 

Update untuk tahun 2012:
InsyaAllah tahun ini kita akan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012.

p/s : Kalau ada salah info dekat atas ni, sila komen/bagitau aku laju-laju.:)

pss : Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik kakak puasa sunat. InsyaAllah kita pun akan dapat pahala extra kalau dorang puasa jugak.

 




Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

No comments: