Sunday, October 7, 2012

KITA SEMAKIN MATANG UNTUK MELAKSANAKANNYA



Setelah sekian lama "terhenti"akhirnya Mesyuarat Bulanan Keluarga AL-BAJURI kali ke 6 telah pun selamat dilaksanakan.Kehadiran bolehlah admin katanya berada di dalam tahap yang "memuaskan",terima kasih kepada yang hadir dan dapat melapangkan masa seketika.Teima kasih juga diucapkan kepada,ayahanda YDP serta Naib Pengerusi KAB,yang sudi menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini.Terima kasih kepada para ahli keluarga yang telah membawa juadah untuk dinikmati bersama.
Aturcara pada malam ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang telah dipimpin oleh ayahanda YDP.Sebaik sahaja solat Isyak,maka bermulalah Mesyuarat.
Kepada warga KAB,berikut admin paparkan beberapa perkara penting yang harus kita ambil maklum.
  1. Malam Sayembara Puisi (berkonsepkan KETUHANAN) akan diadakan pada 27 OKTOBER 2012 (SABTU) bertempat di Villa DZB
  2. Hari Keluarga AL-BAJURI akan diadakan pada 22 DISEMBER 2012 (SABTU)
  3. Tarikh akhir untuk menjelaskan bayaran penyertaan Ibadah Qurban adalah pada 15 OKTOBER 2012 dan MASIH TERDAPAT 3 bahagian lagi yang kosong.
 p/s: JANGAN CAKAP BENDA YANG KITA TIDAK TAHU,KERANA MULUT BOLEH BAWA DIRI KITA SAMADA KE SYURGA ATAU KE NERAKA.
 
 
 
 

No comments: