PERKARA : MESYUARAT AL-BAJURI 02/2012
TARIKH : 25 Februari 2012
TEMPAT : RUMAH EN ATAN SAMAT /PN MARIAM
MASA : 9.00PM
AGENDA | ||
BIL | PERKARA | TINDAKAN |
1.0 | Ucapan Pengerusi 1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir. 1.2 YDP tidak dapat hadir kerana berada di Melbourne, Australia melawat Dr.Azmil dan keluarga. 1.3 Menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kertas, maka minit mesyuarat tidak akan diedarkan.Minit mesyuarat akan dipancarkan di skrin melalui projektor. | |
2.0 | Bengkel Pengurusan Wang dan Memulakan Perniagaan dengan Bijak 2.1 Akan diadakan pada 10 Mac 2012 (Sabtu) jam 9am di Villa DZB. 2.2 Setakat ini peserta seramai 48 orang dan penyertaan masih terbuka. 2.3 YDP amat berharap rentetan daripada bengkel ini nanti, peserta bengkel dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dan menggunakan segala ilmu yang didapati untuk memajukan perniagaan sedia ada atau membuka perniagaan baru. 2.4 Untuk makluman, YDP bercadang untuk membuka sebuah Bistro disebelah bangunan Shell untuk member peluang kepada warga AB untuk berniaga 2.5 Satu kertas kerja juga sedang diperbincangkan berkaitan usaha YDP untuk membuka perniagaan berkaitan penternakan lembu dalam skala besar @ Fidlot. Ini merupakan salah satu usaha YDP untuk menambah dana tabungan KAB. 2.6 Selain itu beberapa kertas kerja perniagaan baru sedang diusahakan oleh beberapa pihak untuk tujuan yang sama. | SIHABUDDIN/JUARIANA |
3.0 | Karnival Sukan KAB 2012 3.1 Telah berlangsung acara sukan yang pertama iaitu Bowling Tertutup pada jam 10am 25 Februari 2012 di Banting Superbowl. 3.2 Penyelaras, En Khamiszan mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan yang memberangsangkan dan berharap agar sambutan adalah lebih baik dimasa akan datang. 3.3 Penyelaras diminta untuk melihat semula senarai nama di dalam kumpulan kerana ada nama yang tertinggal. 3.4 Sukan futsal akan dimasukkan dalam senarai acara sukan yang akan diadakan pada tahun 2012 ini. | KHAMISZAN |
4.0 | Kembara Penyucian Jiwa KAB 2013 4.1 Setakat ini terdapat 24 peserta yang telah mendaftar. 4.2 Penyertaan masih dibuka. | HJH ZAWIAH |
5.0 | Sayembara 2012 5.1 Saudara Sihabudin mencadangkan Sayembara 2012 diadakan pada malam Hari Raya Aidil Adha iaitu 26 Oktober 2012( Jumaat) dengan tema ketuhanan di Dusun Warisan AB, Villa DZB. 5.2 Mengharapkan penglibatan yang lebih banyak daripada G3 dan persembahan khas akan diadakan olah G3. | SIHABUDDIN |
6.0 | Rewang 6.1 Majlis menyambut menantu Pn Masripah dan Hj Supuan akan diadakan pada 1 & 2 Jun 2012 (Jumaat dan Sabtu) 6.2 Pengerusi memohon agar pihak penyelaras Rewang dapat menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja penanggah (di khemah tetamu) kerana ia sering menjadi isu kerana kekurangan tenaga kerja di bahagian tersebut. | MBHARYANTO |
7.0 | Kem Tombo Ati 2 7.1 Penyelaras program adalah Hjh Zawiah dan Pn Juariana. 7.2 Dicadangkan diadakan pada 28 April 2012 (Sabtu) dengan antara pengisiannya ialah ceramah berkaitan Keluarga Harmoni dan praktikal Pengurusan Jenazah. | HJH ZAWIAH/JUARIANA |
8.0 | Biro Maklumat 8.1 Memohon agar sebarang maklumat berkaitan keluarga atau apa jua yang ingin disampaikan kepada warga AB dimaklumkan kepada Biro Maklumat agar ianya dapat diwar-warkan kepada semua warga AB melalui pelbagai media. Ini bagi memastikan semua warga AB tidak ketinggalan dalam apa jua perkembangan terkini yang berlaku dalam AB. 8.2 Penyelaras mengucapkan ribuan terima kasih atas respon yang diberikan oleh warga AB atas semua maklumat yang diwar-warkan melalui pelbagai media seperti sms, email, FB dan blog. 8.3 Bercadang untuk mengadakan 2 program : 8.3.1 Bengkel pertolongan Cemas di Rumah pada 5 Mei 2012 (Sabtu) di Villa DZB. 8.3.2 Bengkel G3 bersama Asnaf dalam bulan Jun 2012. Ia akan melibatkan biro Asnaf, Kebajikan, Motivasi dan Maklumat. | WARGA KAB HJ ZAWAL HJ ZAWAL/HAMID/ SHAMSHUL/ZAWIAH/ AGUS |
9.0 | Perkara-perkara Berbangkit 9.1 Hjh Sumiyati mencadangkan agar Periwiro II dapat dimiliki dengan bayaran ansuran memandangkan ada pihak yang ingin memilikinya tetapi kurang mampu untuk membuat bayaran sekaligus. 9.2 Hjh Sumiyati juga mencadangkan agar aktiviti KAB tidak diadakan ketika cuti sekolah kerana banyak undangan majlis perkahwinan. 9.3 Pn Sarah menawarkan diri sekiranya perlukan bantuan dari segi makanan untuk apa jua program KAB, sila rujuk beliau. Insyaallah beliau akan cuba memenuhi. 9.4 Hjh Zawiah mencadangkan agar Progam Tadarus Al-Quran diadakan sebelum majlis berbuka puasa seperti yang sering diadakan pada awal Ramadhan. Boleh buat 10 kumpulan dan dimulakan pada jam 3@4pm sehingga waktu berbuka. 9.5 Program Qurban akan diteruskan lagi pada tahun ini dan diselaraskan oleh Hjh Zawiah dan cikgu Hamid. 9.6 Pn Mariam cadangkan agar adakan satu program untuk melatih golongan G3 untuk membina keyakinan diri dan mampu berdiri dihadapan orang ramai dan memberikan ucapan @pandangan mereka. Untuk permulaan, mungkin dengan Kem G3 bersama Asnaf yang akan diadakan pada bulan Jun. 9.7 Sdra. Sihabudin mencadangkan agar salah satu program pada Hari Keluarga AB 2012 ialah Perkhemahan G3 di Villa DZB.Pengisian program Qiamullail/kuliah subuh dan lain2 acara pada hari tersebut.Ini adalah bertujuan untuk menjimatkan masa,peruntukan dan dapat memberikan impak yang positif kepada G3.. 9.8 Saudara Amirul Azmi akan menubuhkan AJK HKAB 2012.. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah yang sudi menjadi tuan rumah pada mesyuarat KAB 02/12 ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 10.30pm dan mesyuarat seterusnya adalah pada 24 Mac 2012 (Sabtu) selepas maghrib dirumah Hjh Mariamah di Taman Seri Telok Datok. | BENDAHARI SEMUA PENYELARAS SEMUA PENYELARAS WARGA KAB
WARGA KAB |
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
__________________ ____________________
SUHAILA SAMSURI HJ FATHULMUBIN SAJADI
No comments:
Post a Comment