Sunday, February 26, 2012

MINIT MESYUARAT KAB bil 1/12

PERKARA : MESYUARAT AL-BAJURI 01/2012

TARIKH : 28 Januari 2012

TEMPAT : RUMAH EN HAMID /PN SULASMIWATI

MASA : 9.30PM


AGENDA

BIL

PERKARA

TINDAKAN

1.0

Ucapan Pengerusi

Tuan Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir dan sama-sama memeriahkan majlis hari lahir Rauhah.


2.0

Kewangan

2.1 Cik Suraya telah membentangkan laporan kewangan KAB setakat 31 Disember 2011.

2.2 Ucapan terima kasih kepada YDP yang telah memberikan sumbangan sebanyak RM1000.00 setiap bulan kepada tabung KAB

2.3 70% daripada wang tabung KAB telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan pelbagai program KAB sepanjang tahun 2011.


3.0

Bengkel Pengurusan Wang dan Memulakan Perniagaan dengan Bijak

3.1 Pn Juariana telah membentangkan kertas kerja berkaitan.

3.2 YDP mengingatkan bahawa inilah masanya untuk warga AB berfikir dengan serius tentang kehidupan dan mengambil peluang yang diberikan.

3.3 Pengerusi juga berharap agar lebih ramai usahawan dilahirkan dalam keluarga Al-Bajuri ini kelak.

PESERTA

4.0

Karnival Sukan KAB 2012

4.1 Pembentangan kertas kerja oleh Penyelaras Sukan 2012, En. Khamiszan.

4.2 Pengerusi mencadangkan agar diwujudkan kumpulan-kumpulan yang tetap bagi semua acara sukan pada tahun ini dan dikekalkan sehingga Hari Keluarga 2012.

4.3 Kejohanan Bowling Tertutup KAB telah ditetapkan pada 25 Februari 2012 pada jam 10am di Banting Superbowl.

4.4 YDP mencadangkan agar acara sukan dijalankan di Zetcom agar kos dapat dikurangkan.

Khamiszan

5.0

Sayembara 2012

5.1 Saudara Sihabudin mencadangkan Sayembara 2012 diadakan pada 26@27 Oktober 2012 bersempena dengan 11 Zulhijjah dengan tema ketuhanan di Dusun Warisan AB, Villa DZB.

5.2 AJK yang dilantik ialah Khamiszan,Halimaton,Shaharim,Zawiah,Atan Samat,Mukmin, Wardah dan Farhanna.

Sihabudin

6.0

Warkah kepada YDP

6.1 Atas sebab sambutan pada tahun 2011 yang kurang memberangsangkan, ia akan didisambung pada tahun 2012.

Naz Azwa

7.0

Kembara Penyucian Jiwa KAB 2013

7.1 Bayaran ansuran bermula Januari 2012 dan bayaran lumpsum boleh dibuat sehingga Jun 2013.


8.0

Rewang

8.1 Majlis Pernikahan Saudara Amirul Azmi akan dijalankan pada 25 Mei 2012 Jumaat malam Sabtu dengan tema warma Ungu.(Terengganu)

8.2 Keluarga pengantin ada menyediakan bas dan penempatan bagi rombongan daripada Olak lempit. Bas bertolak pada Khamis malam Jumaat.

8.3 Majlis di Olak Lempit akan diadakan pada 1 dan 2 Jun 2012 (Jumaat dan Sabtu) dengan tema warna Turqoise.

MBH

9.0

Perkara-perkara Berbangkit

9.1 Hj.Zawal memohon slot mesyuarat bulan Mac diadakan di rumah Hjh Mariamah pada 24 Mac 2012 (Sabtu).

9.2 Hj. Zawal memohon peruntukan sebanyak RM600 untuk keperluan Biro Maklumat bagi tahun 2012.

9.3 Periwiro II masih ada 21 naskah lagi.Boleh dapatkan daripada Cik Suraya atau Cik Zawiah.

9.4 Cadangan YDP :

9.4.1 Mohon agar Suara AB diteruskan kerana ia seperti satu keperluan.

9.4.2 Mohon agar semua warga AB lebih pro aktif. Semua mesti maklum tentang apa jua aktiviti yang berjalan dan yang akan dijalankan.

9.4.3 Kem Tombo Ati 2 akan diadakan lanjutan daripada sambutan yang memberangsangkan pada Kem Tombo Ati yang lalu.

9.4.4 Akan membina bangunan 3 tingkat disebelah Shell dan bercadang untuk mengusahakan perniagaan seperti One Stop Centre untuk barang-barang perkahwinan, barang-barang keperluan berkaitan pembinaan dan berkaitan perguruan.

9.4.5 YDP amat berharap agar peserta Bengkel Pengurusan Wang dan perniagaan mengambil serius tentang apa yang akan diperbincangkan semasa bengkel tersebut.

9.5 En.Hamid selaku tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua dan amat gembira kerana ramai yang dapat menghadirkan diri.

9.6 Pengerusi menyatakan bahawa Suara AB akan diterbitkan secepat yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.20pm dan mesyuarat seterusnya adalah pada 25 Februari 2012 (Sabtu) selepas maghrib dirumah Pn Mariam Kamad/En Atan Samat.

Semua

Suraya

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

__________________ ____________________

SUHAILA SAMSURI HJ FATHULMUBIN SAJADI

No comments: