Wednesday, February 15, 2012

DOA YANG SEMPURNA-bahagian 3


5. KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH SWT

Seorang ahli sufi tersohor bernama Ibrahim Ibn Adham, ketika ditanya lelaki di bandar Basrah, Iraq, “Kenapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah SWT, padahal mereka selalu berdoa kepada Allah SWT ?” Jawab Ibrahim Ibn Adham “ Kerana hati kamu semua buta disebabkan oleh 10 perkara.”

1.- Kamu mengenali Allah SWT, tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya ( ramai tidak bersyukur, ramai melanggar perintahnya, ramai pula melakukan kejahatan & kemungkaran ).

2.- Kamu menyangka kamu cintakan Rasullallah SAW, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya ( bukan setakat menyambut Maulidul Rasul, marhaban, nasyid dan lain-lain, sedikit yang beramal dengan sunnah Rasullullah SAW, samada yang wajib, iaitu hadith-hadith Rasullullah, atau sunnah yang sunat termasuk tatacara kehidupan Rasullullah sebagai insan, contoh :

- Riwayat Muslim – Allah redha 3 dan benci 3 perkara.

Redha supaya ibadat tanpa syirikkan Allah, berpegang pada tali Allah dan jangan berpecah belah.

Benci pada orang yang suka mengata, orang yang banyak soal dan orang yang bazirkan hartanya,

- Riwayat Tarmizi – cara untuk dapat keselamatan diri ada 3 cara:

Jaga lidah mu, lapangkan rumah mu & tangisi kesalahan diri untuk muhasabah.

- 4 -

3.- Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya. (semua orang membaca Al Quran, berapa orang yang faham akan maknya ayat yang dibaca, fahami isi melalui tafsir, ramai tak baca, baca pun sambi lewa di bulan Ramadhan e.g Quran suruh lain kita buat lain.

Surah Al Ma’idah ayat 2 bermaksud – “hendaklah kamu bertolongan untuk buat kebajikan dan bertaqwa, jangan bertolongan melakukan dosa dan pencerobohan”. Dalam masjid khusuk, di luar dengki, fitnah, iri hati).

4.- Kamu makan nikmat Allah SWT, tapi kamu tidak bersyukur kerananya ( terlalu banyak nikmat Allah, Allah tak perlu balasan sebab Allah Maha Kaya, kita di minta taat perintah Allah, jauhi larangannya sebagai tanda bersyukur atas nikmatnya. Syukur, Allah akan tambah nikmatnya, Surah Ibrahim ayat 7 ). Bagaimana pamirkan syukur ?

- Takut apa yang Allah haramkan..kita akan jadi hamba paling mengabdikan diri padanya.

- Redha dengan apa yang Allah berikan, kita jadi orang paling kaya.

- Berbuat baik dengan jiran, kita jadi orang beriman.

- Gembirakan orang lain dengan apa yang menggembirakan kita, kita jadi mukmin sejati. (Riwayat Tarmizi, ibn Majah & ibn Hanbal).

- 5 -

5.- Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tapi kamu tidak menentangnya. (Gangguan syaitan berterusan sehingga nafas terakhir insan).

6.- Kamu tahu syurga itu benar, tapi kamu tak beramal untuknya.(Ramai kita dapat bayangkan hebat dan indahnya syurga, semua orang nak masuk, tapi bila sampai bab beramal..wait and see..Rasullullah mengingatkan jangan sampai terperangkap dalam situasi miskin di dunia, menerima azab pula di akhirat).

7.- Kamu berkata neraka itu benar, tapi kamu tidak lari darinya ( tiada siapa nak masuk Neraka, seksaan paling hebat dan paling menggerunkan).

8.- Kamu tahun mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya ( semua yang bernafas pasti menghadapi mati, pada bila-bila masa. Perbanyakkan persediaan dan bekal, yang terbaik ialah memelihara diri dan bertawakal pada Allah. Al Baqarah ayat 197- banyakkan amalan kebajikan dan ketaatan. Sentiasa muhasabah diri cari bekalan.

9.- Kamu bangun tidur, lalu kamu ceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri terlebih dahulu untuk diperbetulkan dan ditambahbaikkan. Teguran dan nasihat kepada orang lain bertujuan untuk memperelokkan dan menambahbaik diri orang lain.

10.- Kamu kebumikan jenazah saudara mara kamu tapi kamu tidak ambil iktibar dari mereka ( selalu berdoa agar Allah akhiri hidup kita dengan kebaikan dan janganlah akhiri hidup ini dengan akhiran yang buruk ).

No comments: