TERPANGGIL DI KESEMPATAN INI UNTUK BERKONGSI SEDIKIT PENGALAMAN
MENJALANI KEHIDUPAN SELAMA LEBIH ENAM ABAD INI.KALAU MUNGKIN,,AMBIL LAH JADI BAHAN RENUNGAN DAN IKTIBAR DIMANA YANG RELEVAN.SEMOGA MENDAPAT REDHA ALLAH JUA.
SEBAGAI MANUSIA BIASA,KITA SERING TAK MENYEDARI ATAU TERLEPAS PANDANG BEBERAPA PERKARA ASAS DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI. "HAMBA ALLAH" DAN JUGA SEBAGAI "AHLI DALAM MASYARAKAT".ADA KALANYA,TUNTUTAN SEBAGAI HAMBA ALLAH DILAKSANAKAN SECARA KHUSUS TANPA MEMBAWA IMPAK PADA KITA SEBAGAI AHLI MASYARAKAT,ATAU SEBALEKNYA,NAMUN SERING KALI JUGA PERLAKSANAAN SEBAGAI HAMBA ALLAH PUNYA IMPAK YANG DIRECT DAN SERING PULA BERHUBUNGKAIT DENGAN PERANAN KITA SEBAGAI AHLI MASYARAKAT.CONTOH YANG BIASA,UMPAMANYA,KALAU KITA BERSOLAT SECARA BERJEMAAH DI SURAU ATAU DI MASJID SEBAGAI HAMBA ALLAH,IA JUGA BERPERANAN SEBAGAI PERJUMPAAN DAN BERSILATURRAHIM DENGAN AHLI MASYARAKAT LAIN YANG TURUT SERTA BERJEMAAH.ATAU PUN,KALAU KITA MEMENUHI UNDANGAN KEMAJLIS WALIMATUL URUS JIRAN KITA,IA ADALAH SATU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI MASYARAKAT,NAMUN PADA MASA YANG SAMA IA ADALAH SATU TUNTUTAN YANG WAJIB DALAM HIDUP KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH DI ATAS MUKABUMI INI.
LANTAS,PERLULAH KITA RENUNGKAN DAN AMBIL PERHATIAN YANG SERIOUS SEMASA KITA MENJALANI KEHIDUPAN KITA SEHARIAN,MANA YANG KATEGORIKAN SEBAGAI IBADAH KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH,SEPERTI SOLAT FARDHU,SOLAT JUMAAT,BEEPUASA,BERZAKAT,BERSEDEKAH DLL;DAN MANA YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI AHLI MASYARAKAT,SEPERTI MEMENUHI UNDANGAN KHENDURI,JEMPUTAN PERKAHWINAN,MENZIARAH YANGSAKIT ATAU KEMATIAN,BERBUAT BAIK DENGAN JIRAN TETANGGA,MEMBANTU. MEREKA YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN DLL.APATAH LAGI KALAU DENGAN MELAKSANAKAN YANG SATU,KITA DAPAT PULA PAHALA ATAU KEBAJIKAN SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN PADA MASA YANG SAMA SEBAGAI AHLI MASYARAKAT.
BEGITULAH DALAM MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN SEHARIAN,DALAM KESEMPATAN YANG TERBATAS INI,PENULIS CUBA MENTARBIAH DAN MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN SELURUH WARGA KAB BERKAITAN DENGAN PERKARA2BERIKUT:
1.ADAKAH KITA TELAH DAN AKAN TERUS MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH UNTUK SOLAT WAJIB SEHARI SEMALAM ?ADAKAH KITA (YANG LELAKI) MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT SETIAP MINGGU?
ADAKAH KITA BERSOLAT BERJEMAAH DI SURAU ATAU SI MASJID YANG BERHAMPIRAN/DALAM QARIAH KITA?DI SURAU ALBAJURI,MASJID AS SYARIF TELOK DATOK,SURAU DI PUCHONG,MASJID DI KLANG GATE,SURAU SI SHAH ALAM,SURAU HAJI YAASIN,MASJID OLAK LEMPIT,...CUBA TANYA DAN ADILI DIRI SENDIRI.ORANG LAIN TAK BOLEH JAWAB,KITA KENA JAWAB SENDIRI KEPADA ALLAH.SUBHANALLAH ,SEMOGA WARGA KAB SEMUA RENUNGKANLAH...
2.SEBAGAI AHLI MASYARAKAT,SELAMA INI ADAKAH TELAH MEMENUHI UNDANGAN JIRAN KITA ATAU AHLI QARIAH KITA,DI OLAK LEMPIT,TELOK DATOK,SALAK TINGGI,PUCHONG,KLANG GATE,SHAH ALAM ,TAMANMELAWATI
BANGI,BAGANDA LALANG,ATAU DI PAPAR,UNTUK MENGHADIRI MAJLIS KHENDURI,MAJLIS PWRKAHWINAN,ZIARAH YANG SAKIT ATAU KEMATIAN,
KHENDURI TAHLIL,MAJLIS PERTUNANGAN.KALAU TAK HADIR,ADAKAH KITA SENGHAJA TAK HADIR,CARI EXCUSE TAK HADIR SEPERTI SIBUK ATAU ADA HAL YANG LEBIH PENTING,ATAU TAK KISAH SANGAT,ATAU PUN HADIR DENGAN IKHLAS DAN TERBUKA KERANA IA ADALAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI MASYARAKAT,ATAU PENUHI UNDANGAN SAMBIL MENYUMBANG MATERIAL ATAU TENAGA DAN SENYUM IKHLAS,.PERSOALAN INI PUN HANYA A NDA SENDIRI YANG BOLEH MENJAWABNYA.TEPUKLAH DADA ANDA...
POLIMIK YANG BEGINI BOLEH JUGA DI APPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN KITA DALAM SEBUAH KELUARGA,HUBUNGAN ANTARA ANAK-ANAK DENGAN IBU BAPA,KEHIDUPAN KITA SEBAGAI PEKERJAAN DENGAN MAJIKAN,KEHIDUPAN KITA SEBAGAI AHLI DALAM SEBUAH ORGANISASI DLL.
RENGKAS CERITA MARILAH KITA BERSAMA MEMAHAMI,,MENGHAYATI,MENGAMALKAN DAN MELAKSANAKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN KEPADA KITA SEBAGAI "HAMBA ALLAH",SEBAGAI "AHLI MASYARAKAT", DALAM ERTIKATA YANG SEBENARNYA SUPAYA HIDUP KITA BAHAGIA,SEJAHTERA,SERONOK,BARAKAH ALLAH,RAHMAT ALLAH YANG BERTERUSAN,MENDAPAT KASIH SAYANG KELUARGA DAN MASYARAKAT DAN SETERUSNYA RAHMAT,REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH YANG BERKEKALAN DI DUNIA DAN AKHIRAT,INSYA ALLAH.
MUDAH MUDAHAN TAZKIRAH RENGKAS INI ADA MANAAFAATNYA.AMIIN.
SALAM SAYANG YDP
SHAH ALAM
3.julai,11.jam 10.53mlm
Zabir Bajuri
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone
1 comment:
terima kasih YDP
Post a Comment