Wednesday, July 13, 2011

dari seorang insan...

Syukur kehadrat Ilahi,program yang dirancang sejak dari awal tahun ini,iaitu program kem 1harapan 1keluarga,sudah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu.program yang dirancang pada 2 dan 3 julai 2011 ini walaubagaimanapun terpaksa ditunda berikutan anak-anak terpaksa bersekolah pada hari berkenaan.dan 9 julai ianya telah direalisasikan,Alhamdulillah.Hujan lebat yang turun diawal pagi diibarat hujan rahmat buat kami jawatankuasa serta para peserta kem.Tahniah dan syabas semua para peserta yang begitu bersemangat menghadirkan diri tepat pada masanya,walaupun saya gagal untuk menghadirkan diri pada masa,tarikh dan tempat yang telah ditetapkan oleh saya sendiri,ini bukan bermakna saya sengaja mengelak untuk menyertai kem ini,namun faktor kesihatan yang tidak mengizinkan yang membuatkan ketidakhadiran saya.namun segala perjalanan aktiviti dapat saya ikuti dengan baik sekali,samada melalui laman facebook mahupun bbm yang dihantar kepada saya.
tahniah diucapkan kepada HJ.MUBIN yang bertindak selaku penyelaras sepanjang program ini dijalankan.tidak saya lupakan buat MAMAT,IDHAM,ADOOD,AGUS,YANTO,EILA,ADY,HJH HANIM,AYIM,SURAYA,ARIF FIRDAUS,CIKGU HAMID,KAK TON..dan tak lupa juga buat kem komanden,EN.SIHABBUDIN,di atas khidmat yang telah anda berikan serta berjaya menjalankan amanah yang telah digalas di bahu anda.moga Allah memberkati anda semua,insyaAllah.Ternyata sekali,pemilihan jawatankuasa saya pada program kedua saya tahun ini adalah jawatankuasa yang begitu baik,berdisiplin dan mampu jalankan peranan masing-masing.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih buat ayahanda Dato’Dr.Hj.Zabir Bajuri yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk kendalikan program-program sebegini.Moga Allah Ta’ala sahaja dapat membalas budi-baik ayahanda itu.
Program-program motivasi sepanjang 9 Julai tersebut juga mantap!tak perlu panggil pakar luar,kerana KAB sememangnya ada pakar-pakar motivasi yang hebat.Program “bersama Tok-Abin”,”bersama Dr.Azmil”dan “siapa saya” adalah program-program motivasi yang disusun khas untuk para peserta.Ternyata para penceramah ini mampu menarik perhatian peserta..Tidak ketinggalan juga hebat dan menariknya program berkumpulan.Di sini para peserta akan didedahkan dengan semangat berpasukan,tekankan betapa pentingnya bersatu dalam segala permasalahan yang timbul dan banyak lagi acara yang telah disusun untuk mereka ini.Kredit buat team Sukan dan Riadah..Mamat,Yanto,Daam,Ayim,dan Ady..Selain daripada itu,pengisian jasmani juga ada diterapkan,solat berjemaah,khatam Quran serta tazkirah..Alhamdulillah..Tidak kurang hebatnya,bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Ariff Firdaus,menusuk qalbu setiap yang mendengarnya..Yang menariknya,makan secara ambeng..sudah pasti memeriahkan lagi suasana pada hari berkenaan dan mungkin ianya menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh setiap peserta.Lihat sahajalah gelagat mereka didalam gambar-gambar yang telah dimuat turun oleh Hjh Hanim tu,nampak sangat anak-anak ini begitu ceria dan bersemangat..
Sejurus tamatnya program,saya telah mendapat respon yang baik diterima melalui laman facebook,antaranya daripada:
Raihan Farhana Rizal (11/7/2011 @ 10:23pm) kem g3 memang best bro!!
Hjh Zawiah Kamad (11/7/11 @ 7:04pm) haji:fahda n freida kate...'seronok giler n x boleh lupekan"......
Husna Fazira ( 10/7/11 @ 1007pm) Best :D . Nak lagi nak lagi ! ♥

Kem ini juga telah mendapat respon yang baik dari kalangan rakan-rakan hjh hanim sendiri..secara sedar atau tidak,program-program KAB telah menjadi buah mulut pihak luar yang begitu tertarik dengan KAB,lihat sahajalah dilaman blog KAB,pengunjung dari masa kesemasa bertambah,begitu juga dilaman facebook KAB,ramai yang ingin menjadi rakan..Alhamdulillah,satu perkembangan yang sihat.
Akhirkata,dikesempatan ini,saya secara peribadi,ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang teribat samada secara langsung atau tidak di dalam program ini,terutama para ibu-bapa yang memberikan kepercayaan kepada saya dan para ajk lain member,mencurahkan segala ilmu yang ada untuk dikongsi bersama.Sesungguhnya,yang baik dan indah itu datangnya dari Allah Ta’ala dan yang buruk serta lemah itu,datangnya dari pentadbiran saya.dan ingatlah,kepada para peserta kem sekelian,anda hadir ke kem ini bukanlah bertujuan untuk bersuka-ria atau satu tiket kepada anda untuk membuktikan bahawa kalian telah dewasa,anda hadir ke kem tersebut adalah kerana anda perlukan ilmu dan kemahiran,tanpa ilmu dan kemahiran,anda tidak akan kemana-mana,sabda Rasulullah SAW:
“Kebaikan di dunia dan di akhirat adalah dengan ilmu dan kemuliaan di dunia dan di akhirat juga dengan berilmu.Seseorang “alim (berilmu) adalah lebih besar keutamaannya di sisi Allah Ta’ala daripada 1000 pejuang yang mati syahid”-riwayat (Malik ibn Anas)
tanpa kerjasama dan penglibatan anda…maka ianya tidak akan Berjaya…
Sekian..

Ikhlas daripada saya:
Hj.Zawalajam Hj.Mashod
Penyelaras KEM G3 KAB 2011

2 comments:

EILA said...

Perancangan yang baik insyaallah diberkati dan dirahmati Allah..jadi kejayaan kita ini rentetan drpd perancangan yg baik dan keberkatan yg diberikan..diharap pada masa depan, jika kem sebegini diadakan, ibubapa(G2)dapat memberikan sokongan yang lebih padu dan jitu dengan menghantar anak2 mengikutinya..insyaallah kita sam-sama akan dapat manfaatnya..

Unknown said...

memang benar apa yang dikatakan Eila..perancangan yang baik sewajarnya diperlukan,Insya Allah,kalau diberi mandat akan perbaiki segala kelemahan yang ada,tambah baik mana yang kurang,secara dasarnya,program yang ringan tapi padu..harap,para peserta dapat mencari apa yang tersirat sebalik apa jua xtiviti yang dijalankan.