Wednesday, July 13, 2011

Boleh buat maksiat,tapi dengan syarat...

Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat,iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk lakukan maksiat,lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"Kamu boleh lakukan maksiat dengan syarat:


1) JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2) JANGAN KAU TINGGAL DI BUMI ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya.

3) BUATLAH MAKSIAT ditempat yang Allah tidak nampak akan kamu.

4) SEKIRANYA MALAIKAT MAUT DATANG hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat lakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk membuat maksiat.

5) SEKIRANYA MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA DATANG hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya.Sekiranya engkau dapat lakukan demikian,maka,dipersilakan untuk melakukan maksiat."

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerna dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk lakukan.maksiat kepad-Nya.
Akhirnya,lelaki iti menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia segera menuntut ilmu dan beramal dengannya sera menjadi hamba Allah yang soleh.

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126

No comments: