Sunday, July 31, 2011
3 minit sahaja..
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..
...... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????
Wallahualam…
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone
Rumahku..Syurgaku
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 30, 2011
warkah YDP- siri III
Kategori Dewasa : 0
Kategori Sek.Men : 0
Kategori Sek.Ren : 0
Sila klik TAJUK & SYARAT warkah dan IKLAN warkah untuk maklumat terdahulu.
mohon diwar-warkan kepada semua ahli mengenai perkara ini.
Selamat menyambut Ramadhan
dari pihak penyelaras.
Thursday, July 28, 2011
alhamdulillah
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.
Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami solat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.Selamat hari Lahir,Ariff Firdaus...
Wednesday, July 27, 2011
Insya Allah....
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau daripada lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau daripada pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Kata Abu Umamah R.A., ”Setelah membaca do’a tersebut, Allah ta’aala berkenan menghilangkan kesusahanku dan melunaskan hutangku.”
5 hari lagi
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone
Tuesday, July 26, 2011
ramadhan semakin hampir
Ramadhan datang lagi
bersimpuh malu antara bulan mulia
dan aku menyahut cintamu
membersih noda dan dosa
aku lihat kau tersenyum berseri
memberi nikmat dan syafaat
terangmu membawa cahaya
dimalam suci menanam taqwa
menyubur jiwa
aku ingin tersenyum padamu, ya Ramadhan
terimalah senyuman tulus ikhlasku
moga hati ini dekat padaNya
ramadhan semakin hampir
Ramadhan datang lagi
bersimpuh malu antara bulan mulia
dan aku menyahut cintamu
membersih noda dan dosa
aku lihat kau tersenyum berseri
memberi nikmat dan syafaat
terangmu membawa cahaya
dimalam suci menanam taqwa
menyubur jiwa
aku ingin tersenyum padamu, ya Ramadhan
terimalah senyuman tulus ikhlasku
moga hati ini dekat padaNya
Saturday, July 23, 2011
WhatsApp Messenger: BlackBerry + iPhone + Android + Nokia
I just downloaded WhatsApp Messenger on my BlackBerry.
It is a Smartphone Messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multi-media!
WhatsApp Messenger is available for BlackBerry, iPhone, Android and Nokia and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan.
Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tahniah Hamimah dan Nazri
22 Julai 2011 sekitar jam 5 petang merupakan saat yang indah buat pasangan ini apabila dikurniakan seorang putera yang telah diberi nama Ahmad Eijaz Shah..Syukur alhamdulillah,bertambah lagi umat Nabi Muhammad saw..juga bertambah besar lagi keluarga Al-Bajuri..
Wednesday, July 20, 2011
KAMI AMAT BERBANGGA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada HAFIZUL HAZIQ b. HJ BASUKI..warga Al-Bajuri amat berbangga dengan pencapaian anda.Semoga ianya menjadi contoh buat warga Al-Bajuri yang lain.
Tuesday, July 19, 2011
Monday, July 18, 2011
Sunday, July 17, 2011
sampaikanlah walaupun.....
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…
PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
pasport dah ada?
wahh..dah pasport nampak..bukan apa..senang sikit nak kemana-manakan..luar negara pun boleh,kalau ada bajet ler,kalau tak..hehehe..
tapikan..walaupun pasport itu amat diperlukan sebagai dokumen pengenalan diri kita di setiap perjalanan kita,namun ianya TERHAD dimuka bumi ini sahaja..di akhirat pun ada "pasport"juga,cuma ianya sah digunakan untuk semua tempat KECUALI tempat-tempat maksiat kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
serba sedikit mengenai pasport ini,
- Maklumat Peribadi: pembawa pasport ini bernama manusia.Sejenis makhluk yang banyak lupa dan lalai.Makhluk yang bersifat lemah dan kerdil.Namun Allah swt,telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat.
- Asal: Pembawa pasport ini berasal dari tanah,juga berasal daripada saripati air mani yang hina.Tanah adalah unsur bawahan yang dipijak-pijak dengan kaki oleh segala makhluk TERMASUK binatang yang melata.Itulah asal pembawa pasport ini.
Saturday, July 16, 2011
Yaasin dan Tahlil
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone
Friday, July 15, 2011
‘Saiyyidul ayyam’
SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.
Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.
Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)
Wednesday, July 13, 2011
Boleh buat maksiat,tapi dengan syarat...
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat,iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk lakukan maksiat,lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"Kamu boleh lakukan maksiat dengan syarat:
1) JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
2) JANGAN KAU TINGGAL DI BUMI ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya.
3) BUATLAH MAKSIAT ditempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4) SEKIRANYA MALAIKAT MAUT DATANG hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat lakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk membuat maksiat.
5) SEKIRANYA MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA DATANG hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya.Sekiranya engkau dapat lakukan demikian,maka,dipersilakan untuk melakukan maksiat."
Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerna dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk lakukan.maksiat kepad-Nya.
Akhirnya,lelaki iti menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia segera menuntut ilmu dan beramal dengannya sera menjadi hamba Allah yang soleh.
Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126
dari seorang insan...
tahniah diucapkan kepada HJ.MUBIN yang bertindak selaku penyelaras sepanjang program ini dijalankan.tidak saya lupakan buat MAMAT,IDHAM,ADOOD,AGUS,YANTO,EILA,ADY,HJH HANIM,AYIM,SURAYA,ARIF FIRDAUS,CIKGU HAMID,KAK TON..dan tak lupa juga buat kem komanden,EN.SIHABBUDIN,di atas khidmat yang telah anda berikan serta berjaya menjalankan amanah yang telah digalas di bahu anda.moga Allah memberkati anda semua,insyaAllah.Ternyata sekali,pemilihan jawatankuasa saya pada program kedua saya tahun ini adalah jawatankuasa yang begitu baik,berdisiplin dan mampu jalankan peranan masing-masing.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih buat ayahanda Dato’Dr.Hj.Zabir Bajuri yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk kendalikan program-program sebegini.Moga Allah Ta’ala sahaja dapat membalas budi-baik ayahanda itu.
Program-program motivasi sepanjang 9 Julai tersebut juga mantap!tak perlu panggil pakar luar,kerana KAB sememangnya ada pakar-pakar motivasi yang hebat.Program “bersama Tok-Abin”,”bersama Dr.Azmil”dan “siapa saya” adalah program-program motivasi yang disusun khas untuk para peserta.Ternyata para penceramah ini mampu menarik perhatian peserta..Tidak ketinggalan juga hebat dan menariknya program berkumpulan.Di sini para peserta akan didedahkan dengan semangat berpasukan,tekankan betapa pentingnya bersatu dalam segala permasalahan yang timbul dan banyak lagi acara yang telah disusun untuk mereka ini.Kredit buat team Sukan dan Riadah..Mamat,Yanto,Daam,Ayim,dan Ady..Selain daripada itu,pengisian jasmani juga ada diterapkan,solat berjemaah,khatam Quran serta tazkirah..Alhamdulillah..Tidak kurang hebatnya,bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Ariff Firdaus,menusuk qalbu setiap yang mendengarnya..Yang menariknya,makan secara ambeng..sudah pasti memeriahkan lagi suasana pada hari berkenaan dan mungkin ianya menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh setiap peserta.Lihat sahajalah gelagat mereka didalam gambar-gambar yang telah dimuat turun oleh Hjh Hanim tu,nampak sangat anak-anak ini begitu ceria dan bersemangat..
Sejurus tamatnya program,saya telah mendapat respon yang baik diterima melalui laman facebook,antaranya daripada:
Raihan Farhana Rizal (11/7/2011 @ 10:23pm) kem g3 memang best bro!!
Hjh Zawiah Kamad (11/7/11 @ 7:04pm) haji:fahda n freida kate...'seronok giler n x boleh lupekan"......
Husna Fazira ( 10/7/11 @ 1007pm) Best :D . Nak lagi nak lagi ! ♥
Kem ini juga telah mendapat respon yang baik dari kalangan rakan-rakan hjh hanim sendiri..secara sedar atau tidak,program-program KAB telah menjadi buah mulut pihak luar yang begitu tertarik dengan KAB,lihat sahajalah dilaman blog KAB,pengunjung dari masa kesemasa bertambah,begitu juga dilaman facebook KAB,ramai yang ingin menjadi rakan..Alhamdulillah,satu perkembangan yang sihat.
Akhirkata,dikesempatan ini,saya secara peribadi,ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang teribat samada secara langsung atau tidak di dalam program ini,terutama para ibu-bapa yang memberikan kepercayaan kepada saya dan para ajk lain member,mencurahkan segala ilmu yang ada untuk dikongsi bersama.Sesungguhnya,yang baik dan indah itu datangnya dari Allah Ta’ala dan yang buruk serta lemah itu,datangnya dari pentadbiran saya.dan ingatlah,kepada para peserta kem sekelian,anda hadir ke kem ini bukanlah bertujuan untuk bersuka-ria atau satu tiket kepada anda untuk membuktikan bahawa kalian telah dewasa,anda hadir ke kem tersebut adalah kerana anda perlukan ilmu dan kemahiran,tanpa ilmu dan kemahiran,anda tidak akan kemana-mana,sabda Rasulullah SAW:
“Kebaikan di dunia dan di akhirat adalah dengan ilmu dan kemuliaan di dunia dan di akhirat juga dengan berilmu.Seseorang “alim (berilmu) adalah lebih besar keutamaannya di sisi Allah Ta’ala daripada 1000 pejuang yang mati syahid”-riwayat (Malik ibn Anas)
tanpa kerjasama dan penglibatan anda…maka ianya tidak akan Berjaya…
Sekian..
Ikhlas daripada saya:
Hj.Zawalajam Hj.Mashod
Penyelaras KEM G3 KAB 2011
Monday, July 11, 2011
Selamat Datang..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone