syukur alhamdulillah,dapat sebuah buku yang bertajuk BICARA AD-DIN,hadiah daripada ayahanda YDP..agak tebal juga buku ini,sudah pastilah isinya pun tebal dan padat dengan segala ilmu-ilmu pengetahuan yang akan jadi pemangkin perjalanan kehidupan seseorang hamba Allah swt.
Benarlah kata YDP,bahawa buku ini menggunakan pendekatan bersepadu yang menggabungkan aspek ilmiah,pengalaman dan penyelidikan dan tak hairanlah kalau ianya disampaikan pada siri kuliah subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dalam kehidupan seharian kita,banyak perkara yang perlu dilakukan,baik untuk kepentingan diri-sendiri mahupun untuk kepentingan sesebuah organisasi.Namun adakala setiap apa yang dilakukan itu adakala mendapat hasil yang memberangsangkan dan ada kala juga merugikan.Namun,pernah atau tidak, setiap kali apa jua yang kita lakukan itu,kita bertawakkal kepadaNya?
Bertawakkal kepada Allah swt,dan menyediakan kekuatan adalah faktor kemenangan umat.Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 166 yang bermaksud:-
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan,maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu,dan jika Dia mengecewakan kamu,aka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)?Dan (ingatlah),kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri".
Sebelum ayat ini dlam ayat 159,Allah berfirman yang bermaksud,
"Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu)maka bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya Allah Mengasihani orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya".
*sumber:bicara ad-din-148*
Hj.Zawalajam Hj.Mashod
h/p:010-2318581 & 010-2762126
No comments:
Post a Comment