Saya ingin memaklumkan bahawa satu Tabung Kebajikan AlBajuri akan dilancarkan pada 30hb April 2011 semasa Bengkel Tombo Ati dijalankan. Idea penubuhan tabung ini antara lain ialah bagi menyediakan satu dana bagi membantu dan meringankan beban kewangan warga AlBajuri jika ditimpa musibah atau bencana.
Tabung Kebajikan AlBajuri ini akan dikendalikan oleh Puan Zubaidah Kamad dan sebagai permulaan, satu kutipan secara spontan akan dilakukan pada hari tersebut dan memohon sumbangan ikhlas dari warga AlBajuri yang hadir. Oleh yang demikian, jika warga AlBajuri yang hadir pada hari tersebut dan berhasrat untuk menyumbang, sila bawa bersama sumbangan anda. Sumbangan dalam bentuk idea bagi pengisian tabung pada masa akan datang juga dialu-alukan.
Semoga hasrat murni ini akan mendapat sokongan dari warga AlBajuri serta mendapatkan keredhaanNya.
Terima kasih.
Yang menjalankan tugas
Fathulmubin Sajadi
1 comment:
sokong 101% n jom menyumbang.
Post a Comment