Friday, April 22, 2011

dari meja penyelaras...


Syukur alhamdulillah,sehingga 19 APRIL 2011,penyertaan untuk Bengkel tombo ati ini masih lagi mendapat sambutan dari kalangan warga KAB..seramai 9 orang dari G1,45 orang dari G2 dan 23 orang dari G3 telah mengesahkan penyertaan.Alhamdulillah..
Namun begitu,kepada warga KAB yang mana namanya tiada dalam senarai ini,janganlah berkecil hati atau sebaliknya,kami warga Urusetia masih lagi menerima penyertaan anda pada hari berkenaan..saya secara peribadi mengalu-alukan kehadiran serta penyertaan anda,dengan hati yang terbuka..ni majilis ilmu..sesiapa sahaja boleh sertainya..sama-samalah kita perbaiki apa yang lemah agar kita menjai muslim/muslimah yang berkualiti di dunia mahupun diakhirat kelak.
Akhir kata,saya mewakili jawatankuasa penganjur,memohon ampun dan maaf,andaikata surat jemputan,jemputan sms,facebook atau bbm yang dihantar kepada warga KAB sekelian terlewat sampai,pohon maaf juga andaikata program yang bakal berlangsung nanti TIDAK memenuhi kehendak serta citarasa warga KAB,juga pohon maaf atas segala-galanya...anda ikhlas,kami lagi ikhlas...semoga kita semua berada di bawah lindunganNya serta mendapat keberkatan.Jutaan terima kasih saya ucapkan buat Ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir (YDP KAB)kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program ini,Pengerusi serta Timbalan Pengerusi,terima kasih di atas sokongan moral dan mental yang diberikan,juga kepada seluruh jawatankuasa bengkel tombo ati yang bakal melaksanakan tugas pada akhir bulan ini,hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda,terutama kepada saudara Amirul Azmi..dan terima kasih juga kepada keluarga arwah Paman Sam yang telah sudi menyumbangkan.........untuk jamuan makan tengahari..tidak ketinggalan juga kepada keluarga saya sendiri,mak serta adik-beradik yang menyokong program ini..serta TERIMA KASIH SEMUA WARGA KAB.

Saya yang benar dan ikhlas..
Hj.Zawalajam Hj.Mashod (Pengerusi Penyelaras Program Tombo Ati 2011)

No comments: