JANGAN MARAH1.Sifat MARAH amat dibenci Allah Dan Rasulullah.2.Dari Abu Hurairah mengatakan Ada seorang lelaki berkata kpd Nabi saw "berpesanlah kepada ku".Lalu baginda bersabda"Jangan MARAH,Jangan MARAH,...Jangan MARAH".Riwayat Bukhari.3.Walaupun MARAH tidak salah,kalau kena tempatnya,dengan tujuan baik,seperti menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah Dan Rasulnya,TETAPI yang sebaik baiknya ialah elakkan dari MARAH,KERANA ia menimbulkan keburukan Dan permusuhan,bukan sahaja kepada orang lain malah kepada diri sendiri.4.Oleh itu,jika MARAH,cepatlah ambil wuduk supaya tenteram Dan tenang.Amalkan sifat SABAR Dan berilah MAAF kepada orang lain.5.Rasullah bersabda "Sesungguhnya MARAH itu daripada syaitan,Dan syaitan itu dicipta dari API,Dan API terpadam dengan air,dari itu apa Ada orang MARAH,hendaklahnia berwuduk".Riwayat Abu Daud.6.Menjauhkan diri dari MARAH,punya hikmah,antaranya,mengamalkan sifat dengki,dendam,buruk sangka,memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dll.7.Menjauhkan diri dari MARAH juga bermakna kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah seperti bersopan santun Dan bersedia memaafkan orang yang bersalah.Ia Akan menimbulkan perasaan kasih sayang Dan kemesraan.8.Orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat MARAH,akan mendapat balasan syurga.9.Dari Abi Darda,yang bertanyakan Rasullulah suatu amalan yang boleh menyebabkan kita masuk syurga.Rasulullah bersabda "Jangan MARAH,nescaya engkau Akan masuk syurga".Riwayat AtTabarani.10.Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran,133-134 bermaksud "Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu Dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit Dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa ia itu orang orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah Dan orang orang yang menhan kemarahannya Dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan ingatlah Allah mengasihi orang orang yang berbuat PERKARA PERKARA yang baik.Waullahu A'lam.
Dipetik dari tazkirah: Ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir Bajuri
Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment