Monday, January 31, 2011

MAKLUMAT UNTUK PROJEK PENERBITAN YASIN

Salam sayang buat warga KAB yang dikasihi...

Kak Imang memerlukan maklumat mengenai tarikh kembalinya ke rahmatullah bagi beberapa orang warga KAB daripada waris terdekat untuk melengkapkan maklumat di dalam Penerbitan Yasin Keluarga yang akan Kak Imang kendalikan secepat mungkin. Kak Imang harap mana-mana ahli keluarga terhampir boleh tampil memberikan maklumat tersebut melalui emel Kak Imang :

mardimang@gmail.com.

1. Almarhum Hj Jumari b Hj Taib

2. Almarhum Hj Satari b Bajuri

3. Almarhum Dato' Hj Basri b Bajuri

4. Almarhum Hj Samsuri b Bajuri

5. Almarhum Mashod b Bajuri

6. Almarhumah Siti Noraihan bt Jauhar

7. Almarhum Hj Basuki b Hj Sajadi


Segala kerjasama Kak Imang dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam teramat sayang....

Sunday, January 30, 2011

IDEA SPONTAN DAN PELAKSANAAN SEGERA...

Salam sayang kepada semua warga Al Bajuri...

  • Terima kasih kepada semua warga KAB yang sudi berkunjung ke Gunung Ledang Resorts semalam.
  • Terima kasih kepada semua yang murah dengan puji-pujian.
  • Tahniah kepada kita semua yang telah berbincang, memberi idea dan merancang aktiviti dengan jayanya.
  • Tahniah kepada Tn Hj Zawalajam yang sangat "efficient" dalam memberikan "updates" dalam blog.
  • Tahniah kepada En Sihabudin yang telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi KAB.
  • Ampun dan maaf daripada Abg Rahim dan Kak Imang sekeluarga atas apa-apa kekurangan yang ada kerana ianya tidak disengajakan.

Tahniah dan kalungan terima kasih kepada sidang redaksi PERIWIRO II yang berjaya menerbitkannya dengan begitu padat dan indah. Kak Imang cukup teruja apabila mula menyelak dan membaca lembaran-lembaran di dalamnya.

Sehubungan dengan itu juga tercetus satu idea spontan untuk menyambung semula penerbitan Suara Al Bajuri pada tahun ini. Kak Imang merancang untuk mengumpulkan artikel-artikel daripada warga Al Bajuri dalam tempoh terdekat (dari hari ini hinggalah 15.2.2011) untuk diterbitkan dalam Suara Al Bajuri Bil 1 / 2011 sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dirintis oleh arwah abang saya yang dikasihi dan dirindui, Tn Hj Basuki b Hj Sajadi @ abang Ali.

Kak Imang bercita-cita untuk mencetak dan mengedarkan Suara Al Bajuri Bi. 1/2011 ini semasa kita berjumpa di Seksyen 6 Shah Alam pada 26.2.2011 kelak sempena Bengkel ICT dan mesyuarat bulanan keluarga yang kedua kelak, insya Allah..

Harapan Kak Imang juga ialah supaya ahli-ahli keluarga sekalian dapat menyumbangkan artikel @ peristiwa-peristiwa penting (hari kelahiran, sakit atau apa sahaja) dalam bentuk tulisan yang boleh dikirimkan melalui emel Kak Imang iaitu mardimang@gmail.com.

Kita lihat nanti hasilnya pada hujung Februari ini dan akan sama-sama memberikan idea untuk menambah baik terbitan seterusnya, insya Allah. Kak Imang dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi memberi sokongan kepada usaha ini.

Salam persaudaraan dari Ledang, Johor.


PENYELARAS PROGRAM KAB-2011

DEKLARASI KAB Ledang telah bersetuju serta merangka program-program sepanjang tahun 2011 ini.Banyak program telah di atur.Program yang seimbang.
Berikut adalah penyelaras-penyelaras yang telah dilantiik.

BENGKEL IT & KEMAHIRAN
(dijadualkan bulan Febuari 2011 di Shah Alam)


http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/syamelia
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/profile.php?id=521621029

PROGRAM BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AMAL ASNAF AL-BARAKH

(BULAN MAC 2011)
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/profile.php?id=1627639829

BENGKEL "TOMBO ATI"

(BULAN APRIL 2011)
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/zawalajam.mashod

KEM G3 "SAYA ADALAH SAYA"SERTA KARNIVAL SUKAN KAB

(MEI 2011)
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/zawalajam.mashod

TREASURE HUNT KAB

(BULAN JUN)
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/profile.php?id=660085613http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/profile.php?id=1574253536

PELANCARAN "KE MANA TUMPAHNYA KUAH,KALAU..."
(BULAN JULAI)
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/profile.php?id=100001239848660

PUISI/KARAOKE

(BULAN OKTOBER)
http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=660085613#!/profile.php?id=100000765559441

KAB DI LEDANG



Mesyuarat kali 1/2011..julung kalinya dilakukan diluar Olak Lempit/Shah Alam/Banting/Kuala Lumpur.Mantap!Terima kasih kak Imang sekeluarga...terima kasih YDP sekeluarga..terima kasih semua..

Saturday, January 29, 2011

Alhamdulillah dan Tahniah juga terima kasih..

Alhamdulillah telah tamat mesyuarat di Ledang,tahniah banyak program,dab tahniah Timbalan Pengerusi G2,En .Sihabudin dan terima kasih abang rahim dan kak imang sekeluarga..nantikan video dari ledang..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Live-Mesyuarat sedang dijalankan

Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Live-liputan 12 t/hari

Menikmati juadah makan tengahari
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Akhirnya-Ledang

Akhirnya..jam 11:00 pagi bas yang membawa warga KAB tiba dengan selamatnya..alhamdulillah..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Rehat seketika

Berhenti rehat di Hentian Rehat Seremban..menikmati mee-hoon yang telah disumbangkan oleh Sarah Catering..lazatnyaaa..kami juga dikejutkan dengan kunjungan YDP..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Trip ke Gunung Ledang-Mesyuarat KAB 1/2011

Live dari Zetcom:warga KAB tak sabar-sabar untuk bertolak ke destinasi.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 27, 2011

SELAMAT DATANG KE LEDANG, JOHOR

Salam sayang buat semua ahli KAB..

Abang Rahim dan Kak Imang serta seisi keluarga mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli KAB ke Mesyuarat Bulanan Pertama Keluarga Al Bajuri ( 1 / 2011) di

Tempat : Gunung Ledang Resorts

(Dewan Tun Mamat)

Tarikh : 29 Januari 2011

Masa : 10.30 - 12.30 Berkelah dan mandi-manda di Air Terjun Gunung Ledang

12.30 - 1.30 Makan tengahari (Dewan Tun Mamat)

1.30 - 2.00 Solat (Surau @ di dalam Dewan Tun Mamat)

2.00 - 4.00 Mesyuarat

4.00 - 4.30 Minum petang

4.30 - 5.00 Sambungan mesyuarat

5.00 petang Bersurai (tapi kalau nak sambung shopping kain di Bandar Tangkak pun boleh jugek...)

Kami sekeluarga sangat mengharapkan agar persediaan kami ini akan dapat memuaskan hati anda semua.... Segala kekurangan (yang tidak disengajakan), kami dahului dengan ribuan ampun dan maaf. Semoga kunjungan tuan-tuan dan puan-puan akan mencapai objektif mesyuarat.

Salam penuh persaudaraan daripada kami sekeluarga.

k.i.t.a

Semalam kita bermula dengan A
Dan kosa kata kita bertambah kian hari
Lalu seperti itu lahirnya kita
Bak kain putih tiada palitan warna


Dari huruf-huruf rapuh
Kita cipta bait-bait ayat yang penuh
Berkoma berseru biar lengkap
Biar sampai maksud
Lalu seperti itu hidupnya kita
Dari satu kita berdua
Berdua bersatu bertambah tiga
Suka duka tawa tangis
Menjadi rencah cukup rasa hidup berkeluarga

Dari sebuah perkataan bunyinya sumbang
Dan baris demi baris mencoret cerita
Sedap di baca
Dari keluarga kecil kita berkembang
Dan hari demi hari memupuk kasih
Teguh bersaudara

Wednesday, January 26, 2011

Kita?

Muhtadiin (orang-orang yang mendapat petunjuk). Itulah gelaran yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang memakmurkan masjid-Nya. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa bila kita termasuk orang-orang yang memakmurkan masjid dan mendapat anugerah gelaran muhtadiin.
Allah SWT berfirman, "Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah. Maka, merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." (Q.S. At Taubah: 18)
Untuk memperoleh gelaran itu dari Allah, kita harus memenuhi syarat yang tersebut dalam ayat Al Quran di atas. Pertama, kita harus beriman kepada Allah. Ertinya, kita mengakui dalam hati, mengikrarkan dengan lisan, serta membuktikannya dengan perbuatan bahawa hanya Allah SWT sajalah yang kita sembah selamanya.
Kedua, kita juga mengimani hari akhir itu pasti ada. Ertinya, kita harus meyakini sepenuhnya bahawa hidup tidak hanya di dunia ini saja, tapi masih ada kehidupan lain setelah mati, iaitu akhirat. Di sanalah amal perbuatan kita di dunia akan dihitung dan kemudian mendapat balasan yang sesuai dengan kadar amal itu. Jika dominan kebaikannya, maka surga imbalannya. Jika sebaliknya, maka neraka balasannya.
Kemudian, kita pun harus memenuhi syarat ketiga dan keempat, iaitu menunaikan solat dan membayar zakat. Yang terakhir, kita sebagai manusia tidak takut kepada siapa pun, kecuali kepada Allah SWT semata. Itulah lima syarat yang harus kita penuhi jika ingin disebut oleh Allah sebagai pemakmur masjid dan mendapat kurnia merupakan gelaran muhtadiin tadi.
⁠⁠
Selama ini, yang kita tahu memakmurkan masjid itu hanya membangun masjid semegah dan seindah mungkin. Setelah itu berhenti sampai di situ. Itu belum cukup kerana kita hanya memakmurkan masjid sesaat. Mana mungkin kita mendapat jolokan muhtadiin?

Kita harus melangkah lebih jauh dalam memakmurkan masjid. Kita menjaga fisikal masjid. Kita juga harus mengikuti kegiatan kerohanian di dalam masjid. Misalnya, melakukan solat berjemaah lima waktu di dalamnya, beriktikaf, mengaji, pengajian rutin, maupun pengajian akbar pada hari-hari besar Islam, dan sebagainya. Makin banyak aktiviti syiar Islam, makin makmurlah masjid itu kerana penuh dengan kegiatan yang padat dan manfaat bagi umat.

Takmir sebagai pengelola masjid memang mendapat tugas yang berat dalam hal ini. Mereka dituntut berfikir keras menemukan inovasi baru dalam berkhidmat kepada jemaah. Misalnya, tema-tema siraman rohani dan khutbah Jumat harus disesuaikan dengan keadaan nyata kehidupan jemaah dalam seharian sehingga ianya menjadi pedoman sentiasa. Mereka dituntut peka menyelami aspirasi jamaah, baik soal kualitas para dai, khatib, penceramah, maupun mutu pelayanan masjid terhadap umat.

Jadi, kita semua, baik jemaah maupun takmir masjid harus berlumba-lumba mencapai gelar muhtadiin tadi sesuai dengan posisi dan tugas masing-masing. Semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam memakmurkan masjid Allah.

Sekian...moga bermanfaat untuk semua.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

APA YANG KAU TAHU...

Secara tiba-tiba diri ini tertarik dengan lirik lagu dari kumpulan Rabbani..

Bacalah..sebutlah dengan nama tuhan yang menciptakan segala kejadian didunia...bacalah ..tulislah dengan penawahyu yang diutuskan,risalah kebenaran untuk insan..Seluruh kasihnya telah dia curahkan..tulus suci mengisi ruang hati bagai dalam dingin rindu berdakapan dengan kata syahdu kasih mesra bersatu...Apa yang kau tahu..Bacalah..lihatlah dengan mata..selami sanubari..putaran panorama hidup ini..Bacalah...tipuan mata hati.bisikan penuh mimpi..melamar kelalaian tidak henti suruhan larangan telah dia sampaikan jangan pilih haluan di murka ..kelak rebah diri duka menangisi tanpa belas kasih disiksa saban waktu..apa yang kau tahu..gua hira menggamit kisah silam..satu peristiwa nabi bersendiri..iqra` diturunkan muhammad ditabalkan..tersuratlah sudah kalam dari tuhan..sekian kalinya detik waktu berlalu..apa terus berbakti untuk dia membalasi kasih syukur dengan nikmat amal yang bertambah hikmahnya kan ketemu......apa yang kau tahu


(al-fatihah untuk arwah Ustaz Asri)

MESYUARAT KAB 01/2011

Alhamdulillah rancangan kita untuk bermesyuarat di Muar berjalan lancar. Bas yang disediakan telah dipenuhi dengan 45 peserta yang mengesahkan kehadiran.

Untuk makluman peserta yang menaiki bas, itternary perjalanan bas adalah seperti berikut :

Tarikh : 29.01.2011
Masa bertolak : 7.00pagi
Tempat berkumpul : Zetcom Business Centre
Masa balik : 12.00 tghmalam (jangkaan)

Sekian, terima kasih.



Tuesday, January 25, 2011

RENUNGAN...

ALLAH TIDAK MEMBEBANI seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah:286)

Friday, January 21, 2011

KERJASAMA AMAT DIPERLUKAN

KAMI SEDANG MENGEMASKINI BUTIRAN E-MAIL WARGA KAB UNTUK DIMUATKAN KE DALAM PANDUAN KAB ADALAH KAMI BERBESAR HATI AGAR ANDA DAPAT MEMBERIKAN ALAMAT E-MAIL ANDA.SILA EMAIL KE: keluargakualbajuri@gmail.com

Wednesday, January 19, 2011

Assalamualaikum - the DO's & DON'Ts

Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah...

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

>Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
>Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


>baik gunakan ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -
“Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud  'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

>Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Tuesday, January 18, 2011

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian
1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

Kehangatan Masih Membaraaaa..

Alhamdulillah....kehebatan serta kehangatan program tahun 2010 masih lagi segar diingatan setiap warga KAB.apa juga program,dilaksanakan dengan jayanya..ayuh kita tambahkan lagi kehangatan ditahun 2011 ini..cadangan anda warga KAB adalah amat dialukan..demi kebaikkan kita bersama..sumbangkanlah paling tidak 2 program..ayuhhhh..BAHAGIA KAMI AL-BAJURI.
Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 17, 2011

Dhuha...

Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.

CONTOH NAMA-NAMA WAKTU DALAM ISLAM

1. Maghrib : Sesudah tenggelam matahari dan permulaan hari
2. Isyak : Permulaan Malam
3. Lail : Pertengahan Malam
4. Sahur : Penghujung Malam
5. Fajr : Pancaran cahaya matahari semasa akan terbit
6. Syuruq : Semasa matahari terbit
7. Subuh : Pagi
8. Dhuha : Antara sesudah terbit hingga sebelum tertegaknya matahari
9. Istiwak : Matahari tegak di atas kepala
10. Zuhur : Setelah tergelincir matahari
11. Asar : Matahari condong ke barat
12. Ghurub : Tatkala matahari tenggelam

Islam menamakan setiap waktu-waktu ini untuk kemudahan umatnya dan agar mereka dapat mencari keistimewaan setiap waktu-waktu tersebut.

Antara kepentingan mengetahui waktu-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa untuk bertemu Allah . Bagi tujuan untuk menyembah Allah s.w.t , waktu itu terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Waktu Wajib

2. Waktu Sunat

3. Waktu Haram


WAKTU WAJIB

Waktu yang telah di tentukan bagi kewajiban solat iaitu Maghrib, Isyak, Subuj, Zuhur dan Asar


WAKTU SUNAT

Waktu-waktu yang mana padanya disunatkan kita melakukan solat-soalt sunat seperti Tahajud, Dhuha, Tasbih,Hajat,Istikharah, Gerhana dan lain-lain


WAKTU HARAM

Waktu-waktu yang di haramkan kita melakukan solat-soalt sunat adalah waktu-waktu tersebut adalah Syuruq, Istiwak dan Ghurub.

Kembali kepada Solat Dhuha, ia adalah antara waktu yang di berkati dan ditetapkan oleh Allah bagi hamba-hambanya yang mahu mendapat kekuatan jasmani dan kemurahan rezeki.


Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.

Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :


" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.

Firman Allah s.w.t

" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "

( Surah al-Maidah : 35 )

Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Mudahnyaaa..

Paparan kali ini,agak lain sikit,bukan aduan raknyat atau apa-apa..cuma nak ajak kita semua berfikir seketika..amaran kali pertama telah dibuat oleh tuan rumah..tapi malangnya..makin banyak dilonggokkan..tak tahan dengan situasi itu,maka dibuatnya lagi amaran..kali ni siap bahasa tamil lagi..nampak macam gurauan..tapi maksudnya mendalam.kesimpulannya; kita semua,telah dianugerahkan dengan akal dan fikiran,agar kita dapat bezakan yang baik atau yang buruk,disamping itu juga belajar untuk tidak menyusahkan orang lain dan yang paling utama,jangan buang sampah rumah anda ke rumah jiran anda..Mudahnyaaaa..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 16, 2011

Alhamdulillah..on line

Alhamdulillah..hari ni saya berkesempatan untuk mendaftarkan broadband untuk kegunaan rumah amal asnaf,dan payment bulanan 1 tahun juga telah saya lakukan,hasil dari sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun saya oleh warga KAB serta rakan-rakan saya.Kenapa saya berbuat demikian?Ini kerana,zaman sekarang pembelajaran serta pelajaran anak-anak melibatkan dunia IT.Hampir setiap minggu,boleh dikatakan,anak-anak ini akan ke pekan/cybercafe untuk mendapatkan info dari Internet.Bagi membantu mereka,maka saya mengambil keputusan untuk adakan broadband ini.Segala maklumat dihujung jari.Insya Allah..mudah-mudahan mereka semua dapat gunakan untuk kebaikan..Terima kasih semua dermawan.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Hulurkanlah..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:"Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?" Jawab anak Adam:"Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Firman Allah Taala:"Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?" "Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?" Jawab anak Adam:"Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Firman Allah Taala:"Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?" "Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?" Jawab anak Adam:"Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Firman Allah Taala:"Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku."
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 13, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Cara menunaikan Solat Jenazah


sekadar berkongsi bersama..sekadar peringatan..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Racun-racun yang rosakkan hati

Dalam kesibukkan dengan tugasan harian,sempat juga mentelaah buku yang ku terima pada Hari Keluarga AB lalu.belum khatam lagi..terus ke bab yang bicara tentang hati..menarik!al-maklumlah,diri ini bukannya terlalu sempurna,namun bertekad untuk jadikan ianya sempurna,walaupun tak 100%..namun ada juga kehendak untuk berubah dan mengubah.HATI..setiap makhluk kat dunia ini pasti mempunyai hati..terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menjaga hati itu.Dalam Al-Quran dan Al-Sunnah telah tersebut racun-racun hati.Antaranya,Cakap-cakap yang berlebihan,Rasulullah bersabda "Jangan banyak cakap selain Zikrullah kerana banyak cakap tanpa zikrullah akan mengeraskan hati dan bahawasanya,orang yang paling jauh dari Allah ialah yang keras hatinya"..Disamping itu,memandang secara berlebih-lebihan juga antara salah satu racun yang merosakkan hati.Ini kerana ianya membawa kepada ingin dibelaskasihan dan melekatnya gambaran apa yang dilihat dalam hati orang yang melihat yang akhirnya menyebabkan pelbagai keburukan.Jangan kita lupa,bahawa makan dan minum juga mengundang keburukan yang banyak.Akhir sekali,racun yang merosakkan hati ialah,bergaul secara berlebih-lebihan,ini juga akan membawa kepada pelbagai kejahatan..berapa banyak nikmat telah dirampas oleh pergaulan tanpa batasan dan berapa banyak pula tercetusnya perbalahan dan perseteruan..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 11, 2011

"Mohonlah kepada KU,nescaya akan ku makbulkan"

sebagai seorang hamba,kita sering kali diajak berdoa untuk memohon akan sesuatu hajat..namun adakah doa kita itu dimakbulkan Nya?Sering kali kita mengeluh,bila doa itu LAMBAT dimakbulkan..tapi ALLAH maha pengampun,setinggi mana pun dosa kita..Insya Allah doa kita itu dimakbulkannya.cuma lambat atau cepat sahaja..Tapi ada juga dikalangan kita,termasuklan diri ini,bila senang lupa untuk berdoa..tapi bila susah....paparan kali ini saya kongsikan bersama dengan seluruh warga KAB yang dikasihi...seperti biasa,terus-terang saya katakan ianya diambil dari salah seorang rakan blogger saya..apa yang saya baca,saya akan kongsikan bersama..Insya Allah mudah-mudahan kita mendapat rahmat...

SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib. Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa. Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya? Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji? Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya. Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:

Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

Monday, January 10, 2011

Dapatkan PERIWIRO II

Salam Ukhuwah Seluruh Warga Al-Bajuri
Seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri 2010.
Semua G2 yang telah bekerja dan berkeluarga DIWAJIBKAN membeli PERIWIRO II.
Sehubungan itu, Sidang Redaksi PERIWIRO II telah memutuskan untuk mengutip wang pendahuluan sebanyak RM50.00 bagi tujuan pembiayaan percetakan dan penjilidan naskhah tersebut. Untuk makluman semua, harga yang ditawarkan adalah RM100.00 senaskhah.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang sudi membuat bayaran penuh adalah amat dialu-alukan dan amat dihargai.
Bayaran pendahuluan boleh dibuat sebelum : 18 Januari 2011
dan bakinya hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 24 Februari 2011
kepada Bendahari KAB di akaun Maybank Berhad: 1620 5874 3281 (Suraya Aiani Jumari)
(Sebarang pembayaran yang telah dibuat hendaklah dimaklumkan secara SMS ke talian 016-6129057/012-9759721)
Naskhah PERIWIRO II akan diserahkan di Mesyuarat KAB Bil.01/2011pada 29 Januari 2011 nanti.
*Tawaran juga dibuka kepada SELURUH WARGA AL-BAJURI yang ingin memiliki PERIWIRO II dengan dikenakan syarat yang sama.

MESYUARAT KELUARGA AL-BAJURI 01/2011

Salam Warga Al-Bajuri,

Mengumumkan notis Mesyuarat AL-Bajuri 01/2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29hb. Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 3.00ptg
Tempat : Kg. Parit Sawah, Kundang Ulu, Muar Johor (Rumah En. A.Rahim & Puan M.Azlin)
Jamuan : Disediakan oleh tuan rumah (digalakkan membawa buah tangan)
Agenda : Perancangan aktiviti tahun 2011
Aktiviti tambahan : Mandi di kaki Gunung Ledang, tayangan video HAB tahun 80'an (jika berkesempatan)

Dimaklumkan bahawa pihak AJK akan menyediakan sebuah bas bagi tujuan pengangkutan yang berkapasiti 40 orang. Tambang minimum RM10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak. Perbelanjaan selebihnya akan ditanggung oleh tabung KAB.

Jangkaan berlepas : 7.oo pagi (berkumpul di Zetcom)
Jangkaan sampai semula di Zetcom : 12.00 tghmalam

Bagi tempahan tempat duduk, sila berhubung dengan Puan Suhaila di talian 012-214 0228 & 010-334 1766 sebelum 20hb Januari 2011. Siapa cepat dia dapat.

Untuk aktiviti tambahan, sila bawa pakaian yg bersesuaian.

Jumpa disana.....

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

Sunday, January 9, 2011

Awas!VIRUS!!

Perhatikan virus2 ini ditubuh anda...

i) semakin berusia semakin malas beribadat..
ii) semakin kuat tidur ..
iii) tak berminat nak berjemaah dimasjid atau dirumah..
iv) semakin rajin mengadap laptop dari tikar sembahyang..
v) semakin tidak berminat utk bercampur dgn oranglain..

Awas...itu bermakna...Virus Syaitan dan cucu cicitnya penuh bersarang didalam badan...MASA UNTUK BERUBAH... !!!Perhatikan virus2 ini ditubuh anda...


Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Berkumur-kumurlah SEBELUM kita solat

Paparan kali ini juga saya ambil dari laman blog rakan maya saya..sekadar berkongsi dengan warga KAB..Diriwayatkan daripada Suwaid bin al-Nu'man r.a: "Pada tahun terjadinya perang Khaibar aku pergi bersama Rasulullah SAW hingga kami tiba di Shahba, sebuah tempat dekat Khaibar, tempat Rasulullah SAW mengerjakan solat Asar dan meminta makanan. Tidak ada makanan lain kecuali sawiq. Nabi SAW menyuruh mencucinya terlebih dahulu. Kami semua memakannya dan tidak lama kemudian Nabi SAW berdiri untuk solat Maghrib, berkumur-kumur dan kami mengerjakan hal yang sama lalu mengerjakan solat dengan tidak mengulang wudhu'."

(al-Bukhari)

Huraian:

Makan dan minum bukanlah perkara yang membatalkan wudhu' tetapi ia adalah perkara yang membatalkan sembahyang jika berlaku dalam sembahyang. Justeru bagi sesiapa yang mengambil makanan dan ingin mengerjakan solat dengan wudhu' yang sedia ada digalakkan untuk berkumur terlebih dahulu sebagai langkah pembersihan mulut iaitu jika tidak berkesempatan memberus gigi kerana memberus gigi adalah cara yang terbaik untuk membuang sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.

Rasulullah SAW dalam hal ini pernah bersabda yang maksudnya, "Sekiranya tidak memberatkan umat ku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak (memberus gigi) setiap kali ingin bersolat." (Bukhari) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, "… Setiap kali hendak berwudhu'" (Bukhari)
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Kondangan..

(ni BUKAN penumbuk..cuma nak beri anda semua teka..siapakah gerangan empunya cincin ni...)

Alhamdulillah..ramai juga warga KAB yang hadir ke majlis walimatul-urus di rumah Embah Ju..


Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 6, 2011

SubhanAllah..tertarik dengan penulisan rakan blogger ku..maka,hasilnya ku kongsikan bersama..mudah-mudahan kita mendapat manfaat..cuma,kadang-kala kita lupa,termasuklah akan diri ini,moga Allah ampunkanku..3 pandangan ini,Insya Allah akan mendapat pahala. Pertama Wajah Ibu..
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)

Kedua : Al-Quran

Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati

Ketiga ; Memandang Kaabah

Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.

Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 5, 2011

Jika pondok mu terbakar..

Seseorang yang selamat daripada bot karam terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Tiada tempat perlindungan langsung tapi ada bahan-bahan yang membolehkan dia membuat sebuah pondok kecil untuk jadi tempat berlindung dari panas dan hujan.Setiap hari dia mendongak ke langit dan memandang jauh ke tengah laut mengharapkan bantuan tetapi tiada nampak bayang pun. Dia sentiasa memohon kepada Tuhan untuk keselamatannya dan meminta supaya ada orang yang menjumpainya.Satu hari ribut petir berlaku sehingga pondok kesayangannya disambar petir sehingga terbakar. Dia sangat kecewa dan mula kecewa dengan Tuhan yang kononnya tidak adil.Tetapi tidak lama kemudian sebuah kapal terbang berlegar-legar di udara dan turun menyelamatkannya.Apabila ditanya kepada pilot kapal terbang, bagaimana mereka mula menjumpainya.. pilot tersebut mengatakan mereka nampak kepulan asap daripada kebakaran pondok tadi.Moral:Kita seringkali merasa mudah sekali untuk menyerah dan menyalahkan takdir ketika keadaan yang tidak dingini berlaku kepada kita. Tetapi kita tidak boleh begitu, kerana Tuhan ada di dalam hidup kita ketika kita dalam kesakitan dan kesusahan.Ingatlah, ketika "pondok" kita terbakar, mungkin itu 'tanda asap' bagi kuasa Tuhan. Ketika ada kejadian negatif terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri bahawa Tuhan pasti mempunyai hikmah dan jawapan yang positif untuk kejadian tersebut
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 3, 2011

Majlis Aqiqah Aryana Fatima (sambungan)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Bila anak-anak ke sekolah

Hari ni sesi persekolahan bermula..maka bermulalah juga sesi mengambil cuti tahun bagi sebahagian besar ibu-bapa..termasuk diri ini..bila lagi kan..hehehe..selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua anak-anak warga KAB tak lupa juga yang bergelar guru..seronok juga lihat hari pertama anak-anak ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone