Thursday, October 28, 2010
GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 2
Tonggak kedua citanya tinggi,
Menuntut ilmu jadikan priority,
Sanggup gunakan penjaga pengganti,
Untuk menjawat hajat dihati,
Menjadi guru di sekolah Cina,
Pekan Banting mula bicara,
Tapi iltizam terus membara,
Ilmu dicari azam dipelihara,
Menjadi Penghulu merata Mukim,
Pasangan,Assam Jawa,Tanjung Karang dan Kajang,
Akhirnya jadi Penghulu Terkanan..
Falsafah hidup terus berkobar,
Kemenara gading pasti disambar,
Ku USM berhijrah diri,
Sambung belajar mearantaukan diri,
Sanggup tinggalkan anak dan isteri,
Demi ilmu bekalan abadi..
Zaman mudanya Mashod merantau,
Di Kampung Kuantan mula berlabuh,
Usah terkenang kisah yang lampau,
Gadis sunti puteri Pak Kadir bertemu jodoh..
Siapa sangka siapa menduga,
Bila takdir telah tercipta,
Dalam Masjid teruna dara bersua,
Kejinjang pelamin sepanjang usia,
Putera dan Puteri bilangnya tujuh,
Berjaya membesar dibimbing asuh,
Pesan ayah dihayati bersungguh-sungguh,
Suruhan ibu tak pernah tangguh..
Didikan sopan menjadi contoh,
Iltizam ayah tidak kan roboh,
Jasanya pada keluarga seluruh,
Tuturnya tersusun,bahasanya beralas,
Nasihatnya jelas,pengorbanannya tak terbalas..
Petah berhujah bijak berbicara,
Rajin menulis bersajak pun bisa,
Meniup clarinet tenteramkan jiwa,
Geraknya perlahan namun jiwanya kaya....
-sumber: Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir b.Bajuri,YDP KAB-23/10/10-Bagan Lalang-
Tuesday, October 26, 2010
bila Pak Achon berkarya....
dalam kesibukkan beliau bertugas,sempat juga beliau menghasilkan karya sebegini..sekali pandang tak macam puisi (lihat gambar di atas) setelah puas meneliti bait-bait puisinya,inilah dia hasilnya....
KAB….
Lahir dari rasa rindu yang membuku
Damba dan pilu yang menggetap kalbu
Ayah dan ibu bersanding tak berpelamin di pusara batu
Sembilan ( 9 ) anak bersatu membiduk kasih di angin lalu
KAB…
Teratak tua yang digayuti cerita pusaka
Bertatih di kebun kopi yang kini hilang dimamah usia
Dalam kenangan lantas sirah diabadikan
Kemuncak murni kemuliaan insan
KAB…
Jiwamu didewasakan oleh pengalaman
Tidak semua orang mencapai kekuatan sedemikian
Ketabahan yang unik, mempersonakan
KAB
Bersatu! Bermaruah! Bahagia! Laungan keramat
Bahagia Al-Bajuri sentiasa disemat
Untuk kukuh asasnya perlu teguh
Dilanda badai pasti utuh.
Nukilan Rasa:
Shamshul Ariffin @ Pak Achon
HADIAH-HADIAH BAGI PERADUAN WARKAH KEPADA YDP
Tempat ketiga : RM 200
Tempat kedua : RM 200
Tempat ketiga RM150
Tempat pertama RM 200
Tempat kedua RM 150
BAUCAR menarik sumbangan YDP
HADIAH MISTERI:
Monday, October 25, 2010
PANTUN TONGGAK SONGO
Salam buat semua warga Al Bajuri yang sentiasa disayangi.. Kak Imang ingin kongsikan di sini pantun yang telah menjadi johan pada Malam Sayembara Al Bajuri 2010 yang lalu. Pada Kak Imang semua karya yang dipersembahkan mempunyai keistimewaan masing-masing...
Mungkin telah ditakdirkan Allah yang Kak Imang dan Abang Rahim akan memenangi "Bantal" yang simbolik itu.. Kebetulan tajuk dan isi pantun yang kami karang ini adalah versi padat gurindam nukilan YDP..
Bagaimana pun ejaan yang diterakan tidak dapat menggambarkan sebutan sebenar..pandai-pandailah membunyikannya..
Nang buri omah nyimpeni sendok
Ditinggal lungo di oyok coro
Bajuri Yatimah Mbah Lanang Mbah Wedok
Anake songo, putune patang puluh ro
(Menyimpan sudu di belakang rumah
Ditinggal pergi dikejar lipas
Bajuri Yatimah Datuk Lelaki dan Perempuan
Anaknya Sembilan, cucunya 42)
Bayi meneng angger mengkurep
Mugo lekas dhadhi kepenak
Sajadi jeneng anak sing barep
Miogo keras ngedeke anak
(Bayi diam jika meniarap
Semoga cepat jadi selesa
Sajadi nama anak yang sulung
Berniaga keras membesarkan anak)
Metani beras kerjone nyenuk
Ngempani anak koyo belawong
Mashod lemu dicelok Nook
Dadhi penghulu disenengi wong
(Memilih beras kerjanya tekun
Memberi makan anak yang pelahap
Mashod gemuk dipanggil Nook
Jadi penghulu disukai orang)
Lepet pulut enak dipangan
Dipangan karo gereh teri,
Kamad gagah pande pencak-an
Waris perwiro Mbah Bajuri
(Lepat pulut sedap dimakan
Dimakan bersama ikan masin pari
Kamad gagah pandai bersilat
Waris pahlawan Datuk Bajuri)
Wajan kendil podo jengkangkang
Orak dikemas wes podo mangan
Jenengnge Satari dicelok Kakang
Awanne nukang bengi kompangan
(Periuk belanga bersepah-sepah
Tidak dikemas sudah mula makan
Namanya Satari dipanggil Kakang
Siang betukang malam berkompang)
Sendok mengkurep dijalok Wak Yah
Peranti ngudek kari nang belangah
Wedok barep dicelok Munjiah
Dhadi cikgu tapi orak sekolah
(Sudu terlangkup diminta Wak Yah
Digunakan untuk mengacau kari di dalam belanga
Perempuan sulung dipanggil Munjiah
Jadi guru tapi tak sekolah)
Jerone apik kulite ono ri
Mambune seger kui lah duren
Parabane Wik jenengnge Basri
Dhadhi YB cikgune leren
(Di dalam elok kulit berduri
Baunya harum itulah durian
Nama jolokan Wik namanya Basri
Menjadi YB berhenti menjadi guru)
Turi garing digawe keluban
Tempe teles gawe jambalan
Samsuri gering bojone Norehan
Tangane anyes pegawai tandhuran
(Daun turi kering dibuat kerabu
Tempe basah dibuat ratah
Samsuri kurus , isterinya Norehan
Tangannya ‘sejuk’ jadi pegawai pertanian)
Langit peteng muni kentong
Maknene Maghrib dicelok wong
Zabir ganteng duite sekantong
Wongnge loman nulungi wong
(Langit gelap bedok berbunyi
Maknanya Maghrib memanggil orang
Zabir kacak duitnya sekarung
Orangnya pemurah membantu orang)
Nampi beras nang jero tampah
Keterak angin matane lamor
Anak sing ragil Ucu Masrifah
Suorone apik ngalahke Adibah Nor
(Menampi beras di dalam nyiru
Ditiup angin matanya kabur
Anak yang bungsu Ucu Masrifah
Suaranya merdu mengalahkan Adibah Nor
Mari sak omah wes tekan wayah e
Podo loro mangan sego wes sayup
Bajuri Yatimah songo anak e
Mugo-mugo sing podo guyup
(Sembuh serumah dah sampai masanya
Sakit semua makan nasi basi
Bajuri Yatimah Sembilan anaknya
Moga-moga semuanya akrab)
GURINDAM 9 TONGGAK AL-BAJURI-Bahagian 1
Ayahanda Al-Bajuri berbondakan Yatimah,
Mula mastautin di Semerah,Johor,
Hinggalah 1935 berhijrah ke Olak Lempit yang termasyhur.
Anak sulungnya perwira Negara,
1928 tahun kelahirannya,
Rambut kerinting bertahi lalat,
Panggilan Jaguh telah melekat,
Kedai runcit penyambung rezeki,
Menggunting rambut menjadi hobi,
Mencari jodoh diatur kerabat,
Aminah Hj.Omar menjadi pasangan,
Lantas Sajadi berhenti berangan,
Enam zuriat di dalam genggaman,
Watak yang lembut jadi kenangan.
-sumber:Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri,YDP KAB,23/10/10-Bagan Lalang-
Al-Fatihah
Salam Takziah diucapkan kepada Saudara Mizan serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian nenda tersayang..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah
ALHAMDULILLAH - TERIMA KASIH
Sunday, October 24, 2010
Selamat berangkat..
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmu
Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu
Tidak ada sekutu bagimu
Musim haji muncul kembali,dan syukur kita kehadrat Ilahi,kerana Dia telah menjemput Encik Shaik Mohamed Imran serta isteri,Puan Farah Adriza Dato'Dr.Hj Zabir sebagai tetamuNya pada musim ini dan dijangka akan berlepas ke Tanah suci Mekah pada 30hb ini...Warga AB,mengucapkan selamat pergi dan pulang,serta mendapat haji yang mabrur,Insya Allah,sampaikan salam kami kepada Junjungan Mulia kita,Nabi Muhammad saw.Dikesempatan ini juga,ampun dan maaf kami pohon seandainya terdapat salah dan silap.kami di sini mendoakan yang terbaik buat kalian.
Gamat!!!!
Bagan Lalang pada 23 Oktober 2010 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri,apabila mesyuarat kali ke 8/2010 yang telah diadakan pada malam itu turut diserikan lagi dengan "Malam Sayembara Puisi"dimana ianya telah diilhamkan oleh Abang/Pak Ndol..turut menyaksikan penyertaan yang ramai,bukan sahaja dari G1,akan tetapi G3 juga telah menyumbangkan puisinya.Sememangnya warga KAB mempunyai bakat yang teramat istimewa.Syabas kepada semua...Tidak ketinggalan juga sejarah juga tercatat apabila Pengerusi G2 telah mengumumkan berkuatkuasa serta-merta G3 akan merangka aktiviti untuk perayaan hari keluarga nanti,ini adalah hasil komen dari laman sosial FB AB yang telah mendapat maklumbalas yang begitu menggalakkan,maka dengan itu putera sulong kak Imang dan abang Rahim telah diberi mandat untuk menjadi penyelaras G3..Syabas...