Monday, August 2, 2010

SEPETANG BERSAMA PENGHUNI RUMAH ASNAF AL-BARAKH

Salam seluruh warga AB.Seperti yang telah diwar-warkan 1 program amal akan diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu).Sehubungan dengan itu SELURUH ahli keluarga AB dijemput untuk menghadirkan diri.

Untuk makluman juga,seluruh warga AB dikehendaki berkumpul di Masjid As-Syariff sebelum masuknya waktu Asar.Ia bertujuan agar SELURUH ahli keluarga AB dapat bergerak serentak.Kerjasama SELURUH warga AB adalah amat diharapkan demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Bersama ini saya lampirkan tentetif acara untuk panduan kita bersama.


Masa/ Program

4.35 petang -Berkumpul di Masjid As-Syariff,Taman Seri,Telok Datok


4.45 petang -Solat Asar berjemaah


5.00 petang -Bergerak ke Rumah Asnaf Al-Barakh


5.10 petang -Bacaan doa oleh :-

Adik Faqqrul Razzi bin Mat Yatim


5.15 petang -Ucapan dari:-

Ybhg Dato’Dr.Hj.Zabir bin Haji Bajuri

( Yang Dipertua Keluarga Al-Bajuri/Pengerusi Zetcom)


5.30 petang -Ucapan dari:-

( Tuan Haji Yusuf bin Hj.Noordin,Timbalan Presiden)


5.45 petang - Upacara penyerahan van dan sumbangan oleh

Pengerusi Zetcom kepada Pengurusan rumah Asnaf


5.50 petang -Jamuan ringan dan sesi beramah mesra


6.30 petang -Bersurai


Kepada ahli keluarga yang ingin menyampaikan sumbangan wang ringgit,bolehlah berbuat demikian dengan memberikan kepada Pengerusi G2 sebelum waktu Asar pada hari berkenaan.Juga sekiranya warga AB yang ingin menyerahkan buku-buku ilmiah,pakaian yang tidak dipakai lagi,bolehlah berbuat demikian.



Sekian,saya yang menjalankan tugas


Penyelaras Program Al-Bajuri-Rumah Asnaf Al-Barakh

5 comments:

EILA said...

tq zawal.. jumpa disana..nak juga buat sedikit sumbangan.insyaallah..

Anonymous said...

suesam:
welcome.Insya Allah kita jumpa disana.alhamdulillah,walaupun sikit bagi kita,namun besar ganjarannya..Insya Allah.

Jam 5:45 petang tadi,saya berkesempatan kunjungike rumah asnaf serta melihat apa lagi yang boleh dibantu.alhamdulillah,kunjungan saya disambut gembira oleh anak2 asnaf.
salah seorang anak telah datang menghampiri saya lalu berkata:

"Acik,bagaimana rupa Dato' tu ye (YDP) baik sungguh orangnya,suka tolong orang kan acik..adik bila besar pun nak jadi macam dia,tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni"..

Anonymous said...

alahai, teringat aku cam citer labu labi.... kesah hj Bakhil try ushar Cikgu Manisah.... harap2 tiada hidden agenda..... tahniah & bangga dgn usaha murni korang semua.....semoga berjaya & diberkati...

Has_mimi said...

Salam warga AB,

InsyaAllah, jumpa d sana...sana

Anonymous said...

mangkuk laa ko ni ko nie ANONYMOUS...orang nak buat aml pon ko nak kecoh...ko kalu x nak buat amal ko diam2 sudah..apsal laa ko boleh jadi keluarga albajuri...lepas ni kalu baca apa2 ko x yah komen laa...nyakitkan hati orang...sory laa aku cakap kasar skit nie...BODOH NAK MAMPOS...