Salam semua warga AB yg dirahmati Allah,
Paman ucapkan selamat menyambut Ramadan almubarak kpd semua.Terimalah doa dan harapan dari Paman seklrga semua anda semua terus sehat,bertenaga dan berazam menunaikan ibadat puasa yang kita tunggu2 ini.Ia datang hanya sekali setahun,alangkah ruginya kalau kita lalai dan terlepas peluang keemasan ini.
Untuk kali ini,Paman petik sebhg Khutbah Rasulullah s.a.w mengenai Ramadan.Nabi berkhutbah sesungguhnya telah datang kpd kamu bulan Allah yg punya keberkatan,kerahmatan dan keampunan.Hari2nya adalah utama.Malam2nya paling utama.setiap detik jamnya paling utama.Inilah bulan yg kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakannya.Di bulan ini,nafas2mu adalah tasbioh,tidurmu ibada,amal2mu diterima dan doa2mu dimakbulkan.
Pohonlah kepada Allah dgn niat tulus ikhlas dan hati yg suci agar Allah bimbing kita beribadat puasa dan tilawah kitabNya.Celakalah orang yg tidak diberi keampunan Allah di bulan yg Agung ini.
Bersedekahlah pd golongan fakir dan miskin.Muliakanlah ibu bapamu,sayangilah yg muda,sambungkanlah silaturrahim,peliharalah lidahmu,tahanlah pandanganmu dari apa yg haram,hindarilah pendengaranmu dari yg haram didengar.Kasihanilah anak2yatim,bertaubatlah kpd Allah akan segala dosa kamu.Angkatlah tangan kamu berdoa kehadrat Allah.Bebaskan dosa kamu dengan banyak beristighfar.
Ramadan adalah bulan kesabaran.Sedang sabar itu pahalanya Syurga.
Sekian dulu dari Paman buat kali ini.Selamat berpuasa,beramal,berterawikh,bersedekah di bulan yang Agung ini.
Salam YDP seklarga.
2 comments:
salam ydp,terima kasih di atas peringatan ini.ianya amat berguna sekali buat bekalan di akhirat kelak.salam ramadhan juga diucapkan buat ydp sekeluarga
Salam YDP,
dpt tazkirah pagi jumaat, terima kasih byk2.
Post a Comment