Saturday, August 21, 2010

Sinar Ramadhan-Syawal

(YDP sedang menandatangani surat watikah AJK KAB)
(sebahagian daripada peserta kelas pengajian)
(YDP bersama Tuan Nazir Masjid Kampung Olak Lempit)
(sebahagian daripada penerima sumbangan)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat At-Tarmizi)

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi seperti menyediakan makanan untuk berbuka kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Pada tanggal 11 Ramadhan 1431H (21 Ogos 2010) YDP Keluarga Al-Bajuri telah menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan golongan orang tidak berupaya.Alhamdulillah,mudah-mudahan Allah melipat gandakan lagi rezeki YDP serta ahli keluarga.
(Alhamdulillah)


1 comment:

DZB165 said...

Salam Warga AB,kepada semua yg telah bertungkus lumus bersama menjayakan majlis kasih ramadan bersama penduduk kampong Olak Lempit pagi ini,kami ucapka terima kasih dan penghargaan.Tanpa anda semua,pasti majlis tak dpt berjalan lancar dan kurang serinya.Semoga Ramadan memberi rahmat,keberkatan dan keampunan Allah swt pada kalian.Amin,Salam YDP./