Salam Ramadan Warga AB yang dikasihi,
Walaupun kadangkala isu ini agak remeh dan diambil mudah,namun ada juga baiknya
kalau sesekali melihat kembali dan merenung peranan yang boleh kita mainkan dalam sesebuah organisasi yang kita menjadi ahlinya.Cuma,ia juga bergantung kpd jenis organisasi,jawatan yang kita pegang dan sejauh mana kita mahu menjadi ahli yg baik demi masa depan organisasi kita.
Melalui pengalaman sebagai ahli berbagai organisasi,sukalah Paman berkongsi sedikit ilmu ini untuk,kalau difikirkan relevant,dijadikan panduan kearah menjadi ahli organisasi yang baik:
1.Pilihlah organisasi yang sesuai dengan kerjaya,lokasi,bakal sumbangan,peranan yg nak kita mainkan,sebelum kita jadi ahli.Seperti PIBG,Politik,Sukan,Keluarga dll.
2.Perlu ada fikiran yg positif untuk memain peranan dan memberi sumbangan yg bermakna kpd organisasi itu.Berilah pandangan dan sumbangan yg membina demi membaiki dan melancarkan perjalanan organisai itu.
3.Belajarlah menjadi pendengar yang baik,hormati pandangan ahli lain,dan yg penting jua ialah cara penyampaian pandangan dan sumbangan kita biarlah berhemah,berhikmah dan sopan,esp utk menjaga perasaan orang lain.
4.Elakkan dari menyampaikan pendapat atau idea secara emosional dan bijak melihat suasana ketika itu.Kalau tidak rational dan tidak kena pada konteknya,ia boleh mencerminkan peribadi dan tahap keintelekcualan kita.
5.Ahli yg baik selalu punya niat yg murni,tidak emosi,tidak sinis,bersangka baik,berhujah membina dan punya daya meyakinkan pendengar yg lain(bukan syok sendiri),berani akui kesilapan dan memandang kehadapan utk kebaikan.
6.Ahli yang baik,akan memberi pandangan,pendapat dan berhujah sebaik mungkin,walaubagaimana pun sekiranya ia tidak diterima oleh majlis/mesyuarat apa yg disarankannya,dia wajib menghormati,akur dan memberi sokongan kpd keputusan yang dipersetujui oleh organisasi(jauhkan bercakap buruk di belakang pertikai keputusan).Ini agak sukar dipraktik,tapi ia jadi pengukur tahap kebijaksanaan atau wisdom seseorang dikaca mata ahli yg lain.
7.Ahli yg baik,tidak akan mensiasiakan tenaga,waktu,sumbangan orang lain,malah menghargai,mengucapkan terima kasih dan menyanjung sumbangan mereka dgn cara2 yang tertentu.Berilah pujian bila perlu(give credit when its due),pujian yg kita hamburkan tak perlu bayarpon,tapi kesan yg mendalam kepada penyumbang.
Rasanya,cukup dulu buat pagi minggu ini leteran dari Paman yang otai ni.Mudah2an ada faedahnya kpd warga yang di kasihi.Segala pujuan dan kebesaran hanya bagi Allah swt.
Salam hormat Paman./YDP
3 comments:
Salam Abg Zabir dan semua warga AB.
Saya tumpang baca dan mengambil pengajaran dan panduan dari n3 ini. Harap dihalalkan.
Sdr YB,Salam Ramadan.Agak teruja juga kerana YB sudi layari blog kami.Rasa syukur kehadhrat Allah,kalau ada content nya yg boleh dikongsi bersama.Saya pun selalu ikuti coretan anda yg menarek dan lively tu.Salam Abg.Zabir
Terima kasih YDP / Paman. Sesuatu yang perlu diambil pedoman untuk diamalkan.
Post a Comment