Tuesday, March 30, 2010

JOM BERAMAL-FASA 1



Salam warga Al-Bajuri yang saya kasihi..petang tadi sekitar jam 6 petang saya berkesempatan sekali lagi untuk berkunjung serta menyampaikan sumbangan wang tunai yang telah dikumpul sejak 2 hari yang lalu.Syukur alhamdulillah,kedatangan saya disambut baik oleh pihak pengurusan Rumah Asnaf.Lantas saya menerangkan tujuan saya hadir pada petang ini,disamping meninjau-ninjau kawasan rumah yang penuh dengan memori ini,saya juga sempat berbual-bual dengan para pelajar di sana.sedar atau tidak hampir 45 minit saya habiskan masa di sana.
Warga Al-Bajuri sekelian,selaku pemegang amanah,saya telah menyalurkan sumbangan anda kepada pihak Rumah Asnaf pada hari ini.Rasanya tak perlulah saya memaklumkan siapa yang menyumbang ini kerana posting saya tempoh hari saya telah memaklumkan bahawa segala maklumat adalah SULIT,dan biarlah para dermawan,saya dan Allah sahaja yang mengetahuinya,namun sekiranya para dermawan hendak saya memaklumkan,saya akur dan saya akan publishkan,setakat 2 hari ini,walaupun saya pohon hanya RM500 sahaja namun sebanyak RM 900.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus sahaja) telah saya terima.RM 500 (berbentuk cek),RM100 (cek juga),RM200 (tunai) dan RM 100 (tunai).
Pada hari ini saya hanya menyerahkan RM 300 tunai sahaja(rujuk resit di atas),memandangkan ada 2 cek lagi yang belum clear.Insya Allah akan saya serahkan semuanya bila semua urusan telah selesai,dan saya difahamkan selepas ini pihak pengurusan akan membeli kelengkapan lain yang bersesuaian seperti sejadah juga Al-Quran.Untuk makluman juga,sebahagian baki wang sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli pek permulaan broadband bagi kegunaan guru serta para pelajar disitu.


Sebelum saya beredar...petikan ucapan penghargaan khas buat warga Al-Bajuri...

"pihak pengurusan rumah amal asnaf,merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan dan seluruh ahli warga Al-Bajuri,dan menyampaikan salam buat semua warga Al-Bajuri dan berharap agar warga Al-Bajuri dapat meluangkan masa bersantai bersama penghuni-penghuni di sini..Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian semua.."
Tuan Haji Yusof Bin Hj.Noordin (Timbalan Presiden Rumah Amal Asnaf Al Barakah)

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi G1 juga G2 serta AJK kerana telah memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan program ini..semoga kita semua perolehi kebahagian dunia akhirat serta mendapat kerahmatan daripada Nya.Insya Allah

Saya yang menjalankan amanah,kerana Allah swt
"SEGALA USAHA AKAN DIBERKATI..BAHAGIA KAMI AL-BAJURI"

Hj.Zawalajam Hj.Mashod
************************************************************
walaupun tarikh tutup sumbangan pada 31 Mac 2010,namun sekiranya warga AB ingin menyalurkan sumbangan lagi,bolehlah berbuat demikian dengan cara yang sama,tetapi harus diingatkan,sila sms @ e-mail kepada saya nama dan jumlah bagi tujuan keselamatan

6 comments:

Anonymous said...

hingga berita ini disiarkan:kutipan mencecah 1000 RM..terima kasih,alhamdulillah

Anonymous said...

a'fwan..

Anonymous said...

salam..terkini..jumlah sumbangan sehingga jam 7.00 malam tadi berjumlah RM1050.00

Fasa 2 penyampaian sumbangan akan diadakan bulan April ini.Insya Allah

Anonymous said...

RUMAH YG BYK TERLALU BYK MEMORI UTK DIKENANG...N MENGAJAR AKU ERTI HIDUP...

mubin said...

alhamdulillah

Anonymous said...

rm seriban lebeh tu, buat la bowling h... huhuhuhu