Fariza graduan cemerlang Kolej Islam Antarabangsa
GOMBAK: Sarat mengandung lapan bulan dan sudah bekerja sebagai penyelidik kejuruteraan bioperubatan di Universiti Malaya bukan alasan untuk Fariza Ariffah Zabir (kanan), 27, berhenti mencari ilmu sehingga membolehkannya meraih Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang pada Konvokesyen kelima Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.
Beliau yang memiliki Ijazah Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat menyifatkan sudah menemui cinta baru sepanjang enam bulan mengikuti program sijil montessori.
Anugerah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Seramai 1,072 menerima sijil dan diploma masing-masing kepada bekas penuntutnya yang sepatutnya menjadi graduan, semalam.
Bagaimanapun, Muhamad Nur Salam Husin Salamon meninggal dunia Mac tahun lalu ketika menyelamatkan nyawa dua rakan sekelasnya yang hampir lemas dalam tali air berdekatan Taman Batu Muda. Anugerah itu diterima oleh bapanya Husin Salamon.
Bagi penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Keseluruhan, Muhammad Nabil Mohd Ghouse, 20 pula tiada kaedah pembelajaran khusus dipraktikkan bagi menamatkan pengajian dalam Diploma Pentabdiran Perniagaan yang diikutinya.
Kaedah pembelajarannya sama seperti rakan-rakan lain, malah mengakui dia kerap mengulang kaji di saat-saat akhir.
Buat kali pertama tahun ini, kolej itu menganugerahkan Hadiah Kemanusiaan kepada bekas penuntutnya yang sepatutnya menjadi graduan, semalam.
“Bagaimanapun saya kerap mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan dan belajar bersama. Selain itu saya sangat berminat dalam bidang ini mungkin ia lebih memudahkan proses pembelajaran,” katanya.
Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata keseimbangan ilmu dunia dan akhirat yang ditekankan dalam silibus pengajian di kolej berkenaan mampu melahirkan golongan Muslim profesional.
“Saya percaya dengan adanya golongan muslim profesional begini, ia akan mengubah persepsi negatif dunia barat khususnya mengenai Islam,” katanya.
tamat
5 comments:
Tahniah Fariza! You have done your parents and the whole AB proud.
Bravo effa...
Ifa al bajuri is very proud of u.mesti baby kat dalm terseyum lebo coz uminya excelent.keep it up n up.
congrats!
congrats!
Post a Comment