Friday, February 26, 2010

sekitar Mesyuarat 01/2010


Syukur alhamdulillah,baru sahaja pulang dari menghadiri mesyuarat Keluarga Al-Bajuri kali 01/2010.Seperti yang sedia maklum,mesyuarat pada hari ini dijalankan dirumah Bonda Hajjah Aminah..Alhamdulillah juga,walaupun cuaca kurang baik pada mulanya,tapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk berkumpul.Bukan sahaja untuk bermesyuarat tapi pada pemikiran serta pandangan saya ianya merupakan suatu aktiviti kekeluargaan,dimana yang jauh didekatkan,dan yang dekat kita dekatkan lagi..
Sepert yang telah diwar-warkan,agenda pada malam ini berkisar tentang bengkel "Kenali Al-Bajuri"yang telah dibentangkan oleh Cikgu Hamid,peraduan "warkah untuk YDP" yang akan dikendalikan oleh saudari Awok..juga trip ke Langkawi yang dibentangkan oleh saudara Yanto.
Banyak juga perkara yang dibincangkan pada malam ini..Banyak juga juadah yang ada..termasuklah grem-breng-seng...(salah eja,beritahu ye)..apa pun syabas pada Tuan Pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat dan kepada semua tahniah juga diucapkan,keterangan lanjut butiran mesyuarat,kenalah tanya Pengerusi,saya hanya boleh ulas sikit-sikit aje..apa pun keputusan mesyuarat pada malam ini telah menetapkan mesyuarat kali 02/2010 pada 27hb Mac 2010,(SABTU) jam 8.30malam bertempat dikediaman Bonda Hajjah Sabariah (Wak Yah) di Shah Alam...SEMUA warga AL-BAJURI..dijemput hadir..lagi ramai..lagi bagus...
(Cikgu Hamid sedang membentangkan kertas kerjanya..SYABAS!)
(Wak Mon pun turut hadir)
(sesi penyerahan cenderahati)
(ucapan aluan Pengerusi)
(nilah kek yang Yasmin@Melor war-warkan dalam FB Al-bajuri..sedap)

5 comments:

EILA said...

ish..tak suka..tak suka..tak dpt meeting malam td...look happening jer..

mubin said...

tau tak per.. mmg kita nak ramai lg yg rasa x suka mcm suesam, sbb tu kita buat happening2, tima kasih santa.....

Has_mimi said...

Salam 1M'sia warga AB,

Suesam: don't worry dear, bole lipat gandakn happening on next meeting!

Team 1st meeting : TAHNIAH

KAK IMANG said...

Salam dan tahniah buat adikku dan semua warga AB yg tlh berjaya mengadakan mesy yg "happening". Kk Imang pun "x suke" sbb x dpt hadir.. Ade aral.. Afiq accident pd mlm itu (11.30 mlm).. Dh ditakdirkan..

Anonymous said...

hi

i am trying to insert a [url=http://www.getapoll.com/]pol[/url]l intro this forum and i can't add the code from the page to this forum.
Is there a tutorial so i can add a poll?
i wan't to make a financial poll to know which services are better to apply payday loans or [url=http://www.usainstantpayday.com/]bad credit loans[/url]

thanks
AsydayGrearne