Monday, December 28, 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA!

Salam buat semua warga Al Bajuri yang dikasihi.. Agak lama Kak Imang tidak menulis. Almaklumlah orang yang banyak "menyibuk" di tempat bertugas.  Buat makluman semua Kak Imang akan memulakan sesi persekolahan 2010 di sebuah sekolah baru iaitu SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor.  Ini merupakan sekolah ke-7 dalam jangka masa 22 tahun bertugas.  Kak Imang telah pun meletakkan jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan akan menjalani kehidupan sebagai seorang guru biasa... Insya Allah ini akan memberikan sedikit kelapangan untuk Kak Imang menulis sama ada di blog ini atau pun di blog sendiri..


Pertamanya, tahniah kepada AJK sambutan Hari Keluarga ke-36 khasnya dan semua warga Al Bajuri amnya atas kejayaan sambutan tahun ini.  Kak Imang kira sambutan kali ini berjaya kerana di samping kita berseronok, bersilaturrahim, makan sedap, kita juga telah di"sentap" dengan beberapa teguran yang agak "panas" oleh Ucu dan YDP.  Kak Imang harap semuanya akan mengambil iktibar daripada teguran itu.  Kak Imang juga ingin mengucapkan tahniah kepada individu yang telah "mencetuskan" emosi yang kurang disenangi itu.  Ini adalah kerana tanpa "cetusan" itu, kita tidak mungkin akan mencermin diri kita dan akan  perasan bahawa diri kita ini sentiasa "bagus".. "Cetusan" itu juga telah membuatkan Kak Imang secara peribadi ingin menyumbang beberapa idea kepada AJK agar keluarga kita ini akan lebih teratur dan pergerakan "persatuan" kita ini akan lebih "organised".  Terima kasih sekali lagi kepada indivudu tersebut.. Mungkin pada ketika itu anda merasa "sakit" kerana "dihentam" tetapi yakin dan percayalah bahawa anda adalah penyumbang besar kepada kami, agar kami bangun dan bergerak dengan lebih "bermakna" lagi di masa akan datang...  


Kak Imang yakin dan percaya bahawa individu yang telah "mencetuskan" emosi kurang senang kita itu tidak bermaksud seperti apa yang dikatakan.  Perkataan terungkap mungkin disebabkan perasaan yang "tertekan" kerana perkara yang hanya empunya diri sahaja yang tahu. Kak Imang menyeru kepada semua warga Al Bajuri yang terguris agar memaafkan keterlanjuran itu dan kepada yang empunya diri, Kak Imang harap akan menginsafi diri dan beringat untuk tidak mengulangi kesilapan ini di masa mendatang.  


Telah lama Kak Imang fikirkan untuk Al Bajuri mempunyai satu "data base" yang teratur supaya kita tidak perlu berulang kali mendapatkan makluman berkaitan ahli keluarga setiap tahun.  Kak Imang secara peribadi sedang membangunkan satu program yang ringkas untuk menyimpan maklumat-maklumat asas ahli AlBajuri sekalian.  Untuk memulakan itu, Kak Imang minta kerjasama daripada semua warga yang mengunjungi blog agar dapat memberikan maklumat keluarga masing-masing dan hantarkan ke emel Kak Imang (mardi_azlin@yahoo.com) pada bila-bila anda mempunyai kelapangan.  


Maklumat yang Kak Imang perlukan ialah nama (dengan ejaan seperti dalam MyKad @ MyKid), tarikh lahir, tempat lahir, anak ke berapa dalam keluarga, nama panggilan (nickname), no telefon (rumah dan @ mobile)*, pekerjaan (jika berkenaan), institusi pekerjaan (jika berkenaan), latarbelakang pendidikan (sekolah rendah, menengah @ universiti - jika ada).

*maklumat sangat diperlukan, yang lain-lain adalah voluntary

Semoga kita semua akan menjadi satu keluarga yang sentiasa "BAHAGIA"

Salam sayang buat semua!!




4 comments:

Has_mimi said...

Assalamualaikum K.Imang

Firstly, YEEZZZAA! welcome back.

Tunggu maklumat dr kami. TQVM

Anonymous said...

Salam,
Selamat kembali Kak Imang...

mubin said...

Salam,

Selamat bertugas di sekolah baru.
You are most welcome to contribute your idea pada AlBajuri.
For info, ada sedikit data base yang telah kami compile & akan diserah pada kakak utk meneruskannya.
tq.

achon said...

Selamat kembali K Imang!!! Begitu juga dgn Abg Ndul!!!! Harap sangat dapat sama-sama bantu curahkan idea-idea dan nasihat utk kesejahteraan dan keharmonian Al-Bajurian.