Saturday, December 26, 2009

HARI KELUARGA KALI-36 (2009)

Syukur Alhamdulillah,sambutan hari keluarga kali ke 36 tahun dapat juga diadakan.Walaupun kehadiran amat kurang memberangsangkan,namun ianya tetap meriah.Syabas dan tahniah diucapkan buat seluruh AJK sambuatan kali ini.Acara wajib,ziarah pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia merupakan acara sulong diikuti dengan acara kanak-kanak.Pada kali ini,sambutan diadakan dirumah Ucu Pah dan Paman Wan..dan sebagai menghormati tuan/puan rumah,maka Ucu Pah telah memberi ucapan serta merasmikan sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ini.Memang padu,mantap ucapan Ucu Pah ni..

(Saudara Shahrim,selaku pengerusi majlis sedang memberi ucapan)
(Ucu Pah sewaktu memberikan ucapan)
(antara ahli AB yang hadir)
(Sesi mendengar taklimat dari YDP)
(Abg.Achon serta Paman Wan)
(Antara acara kanak-kanak yang dijalankan)

Seperti kebiasaan sesi petang akan diadakan acara untuk peringkat G1 dan G2.Kumpulan G1 dan G2 ini akan digabungkan dalam satu kumpulan.Pada tahun ini terdapat 4 buah kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 15-20 orang ahli.Permainan yang menarik dan amat menghiburkan.Tahniah kepada saudara Shahrizan dan isteri..berjaya menghidupkan suasana.Harap-harap tahun depan boleh rancang lebih banyak lagi game...Sesiapa yang ada idea tu bolehlah menyumbangkan kat AJK sambutan ye...
(antara "game" yang mendapat perhatian)
Acara sesi petang telah ditamatkan sekitar jam 4:30 petang dan akan bersambung selepas solat maghrib,dimana aturcaranya adalah seperti solat maghrib berjemaah,baca Yaa-Sin dan Tahlil serta Solat Isya berjemaah.Selepas itu,ada tayangan slide dari abang achon yang mengepalai sesi ahli baru dan saya sendiri kendalikan slide yang bertajuk "ketulusan hati"..namun saya amat rasa KECEWA yang amat sangat.Bayangkanlah saya dah sediakan slide ni hampir 2 minggu,namun mungkin bukan rezeki untuk dipertontonkan...Apa nak buat..terima ajelah..
Makan malam ni memang special..nasi ambeng..perh!!!Alhamdulillah..
Kemuncak sambutan hari keluarga ialah,ucapan penutup oleh YDP.Ringkas tapi PADAT.YDP menghuraikan satu-persatu maksud huruf B.A.J.U.R.I dan Y.A.T.I.M.A.H.Jadi kepada warga AB yang hadir..renung-renungkanlah ye..

(khusuk mendengar ucapan dan amanat dari YDP)
(YDP sedang memberi ucapan dan amanat)

Secara purata,memang seronok sangat hari ni..Syabas team AJK G2..Insya Allah tahun 2010 akan ada perubahan dan penambah-baikan..

Sebelum lupa:-
Antara yang menarik untuk aktiviti tahun 2010,
(1) Kejohanan Boling - sekitar Jan-Mac
(2) Trip ke Langkawi dengan keretapi-sekitar Jun/Julai 2010

4 comments:

achon said...

Salam. Alhamdulillah sambutan tahun dahpun selesai... Banyak yang tersurat dan tersirat. Oleh itu fikir-fikirkan dan selamat beramal.... Apapun bangga dengan Al-Bajurian!!!

Achon

Has_mimi said...

Salam 1 M'sia buat al Bajurian..

Sumbangan/peranan senior G2 : Abg Acon, Abg Dol, Abg Intan dan AJK yg lain lebih membanggakan kami!

Well done

RAIA said...

Trip itu kelihatannya menarek...

Anonymous said...

Terasa ader kelainan pada sambutan kali ini..lebih meriah dan penuh dengan pengajaran..
Aku akan sentiasa bangga menjadi warga Al-Bajuri seperti mana ABAH bangga dengan keluarganya..
Aku tidak akan jemu mencurah keringat demi utk AB seperti mana ABAH sentiasa berkorban utk keharmonian dan maruah AB..

-S/U AB forever??