Tuesday, June 30, 2009
ANDA MENGHADAPI KRISIS?
Kita sering bertemu dengan Krisis.Samada sedar atau tidak;kecil atau besar;berani atau tidak menerima hakikat;atau mungkin tak sedar bahawa itu adalah krisis.
Secara mudahnya,bila kita berada dalam keadaan serba salah untuk melakukan sesuatu;atau kita merasa resah gelisah bila berhadapan dengan masaalah tak tahu apa nak buat;atau kita menghadapi kebuntuan dan tak tahu nak tanya/kongsi dengan siapa apa dan bagaimana nak buat;atau pun terlalu banyak masaalah kita hadapi dan tak ada rujukan atau kaunselor utk diminta nasehat dan panduan nya...Saya kira orang ini sebenarnya sedang berhadapan dengan krisis.
Orang tua2 kata sesat dihujung jalan,balek ke pangkal jalan.Dalam Agama kita pun kata bahawa setiap penyakit mesti ada ubatnya.Atau dimana ada kemahuan,di situ ada jalan.Mari kita bersama mencari jalan merungkai isu ini.Namun ini bukanlah penyelesaian yang total,malah adalah usaha serta ikhtiar insaniah/zahiriah yang pada akhirnya hanya Allah swt jua yang melimpahkan kasih sayang dan hidayahnya untuk dapat penyelesaian,Insya Allah.
1.Pertamanya,bila krisis tiba,kita perlu tenang dan SABAR.Jangan salahkan sesiapa pun.
2.Lantas kita perlu kenalpasti punca nya dan sebab ia berlaku.Lakukan dengan akal yang waras dan
fikiran yang rasional BUKAN dengan perasaan atau emotional.Jangan terburu2 dan pilih masa yang tenang dan aman untuk mencari punca/sebab krisis.
3.Bila kita puas hati mengetahui punca/sebab berlaku,cubalah buat beberapaPILIHAN untuk mencari jawapan mengatasinya.Jangan tertumpu pada satu sahaja,upayakan mencari beberapa options yang sesuai.Pada ketika ini amat penting tersemat dan mantap dalam hati kita bahawa kita mesti rational,kita penuh sedar bahawa keputusan kita boleh mempunya kesan/implikasi yang berbagai dari banyak sudut,jatidiri kita kukuh bahawa kita dilahirkan kedunia ialah untuk jadi Khalifah bagi PENYELESAI MASAALAH BUKAN PENYEBAB MASAALAH.,Perlu juga diingat semua masaalah ada penyelesaiannya dan jangan lupa bawa berunding dengan orang terdekat dengan kita.Kalau dalam kajian ahli ekonomi-kita kena buat cost-benefit analysis,atau pun dalam kancah pengurusan kita perlu buat SWOT analysis.Hasilnya,Insya Allah akan tercerna dan boleh selesaikan masaalah.
4.Kalau item 3 di atas dah dilakukan,dan kita masih berdepan dengan beberapa pilihan dan tidak yakin samada pilihan itu tepat atau sebaleknya untuk menyelesaikan krisis,kita dengan kuatnya menyarankan supaya menunaikan SOLAT ISTIKHARAH untuk mendapat restu ,hidayah dan Kemakbulan dari Allah SWT bagi mencari pilihan yang tepat dan mendapat redha dari Allah jua.
Sekian dulu buat kali ini,yang baik dan terpuji dari Allah,yang jelek dan dhaif dari penulis.Salam.
Sunday, June 28, 2009
CARI MAKAN PON ADA CARANYA
Nampak posting pasal Wang Lebih kurang dpt sambutan lansung.Hanya 2 member respond.
Tak apalah.Cuma yang terlintas di hati ialah,macam nak labur kalau cari makan pun susah.Ini adalah persoalan amat penting,kerana ia survival pd individu.Samada memang tak ada wang lebih
untuk dilabur,ada tapi tak terfikir untuk melabur,atau tak ada wang untuk dilabur.Pelaburan sebenarnya sama dengan tabungan.Tapi biasa melabur punya tanggapan sbb ada duit lebih,tapi kalau disebut menabung atau menyimpan ia punya conotasi yang lebih soft,kerana ia dianggap
berjimat untuk masa kecemasan.Akhirnya,tabungan dan pelaburan adalah sama aje,ia itu mengenepikan sebahagian dari pendapatan kita untuk kegunaan masa depan bila diperlukan.
Nak cari makan?Memang bukan senang nak senang,dan bukan susah nak susah!.
Ada banyak cara nak cari wang untuk makan,belanja rumah,pendidikan,kesihatan dll keperluan hidup.Ada yang makan gaji(kerajaan/swasta),ada yang berniaga,bertani,perkhidmatan(catering,bengkel,event management dll),pelajaran (Pensyarah ,Guru,Ustazah,Guru Tadika)
Ada juga bidang professional(peguam,doktor,jurutera,QS,akauntan dll).Pendek kata macam2 ada dalam dunia ini kalau nak berusaha dan niat nak cari makan untuk kehidupan,sky is the limit.
Namun semua memerlukan KRITERIA DAN PRA-SYARAT yang sama atau hampir sama untuk seseorang itu berupaya ,mendapat dan berjaya dalam bidang cari makan yang diceburinya.Saya cuba sedikit sebanyak senaraikan ciri2 itu:
1.Kita mesti punya NIAT DAN TUJUAN YANG IKHLAS DAN JELAS untuk melakukannya.Untuk menampung keluarga,menyara hidup,mendapat pulangan atau untuk amal jariah.Seterusnya kita perlu fokus dan berusaha bersungguh kearah mencapai tujuan.
2.Pastikan ia adalah BAIK dari segi undang2,peraturan dan HALAL dari segi Agama.
3.Kita mesti ada ILMU mengenainyanya.Jangan ikut apa orang lain buat,kita pun nak buat juga.Ilmu ini boleh belajar dari buku,universiti,kolej,pengalaman dll.Jangan sembrono main terjah aje walau nampak amat mengancam dan menarek.Ramai dah terperangkap di sini.
4.Kita mesti punya MINAT DAN ISTIQOMAH yang mantap.Apa pun kerja kalau kita minat,kita akan seronok melakukannya dan jangan buat sambil lewa sahaja.Buat secaraa istiqomah(berterusan,bersungguh2 dan consistent).Kerja susah pun kalau kita minat,akan jadi senang dan enjoyable.
5.Tanam dan sematkan dalam hati dengan bersungguh2 bahawa kita tidak mudah berpuas hati dengan apa yang kita sedia ada.Ini melibatkan semua aspek berkaitan dengan ciri2 diatas.Kita mesti bertekad untuk terus upgrade/MEMPERTINGKAT DAN MEMPERBAIKKI apa kita sudah ada.Perlu ada semangat juara,mahu beri yang terbaik,mahu lebih unggul dari orang lain,ada semangat bertanding ,be positive dan bercita2 mulia dan tinggi.JANGAN mudah puas,muudah putus asa,tak bertenaga untuk bersaing,mudah mengalah,jangan kata orang lain bolehlah!,cukuplah setakat ini....Perkara seperti ilmu,networking,pasaran,peluang untuk berkembang,luaskan bidang yang diceburi,sikap dan sahsiah diri wajib ditingkatkan danterus digilap untuk terus maju kehadapan.
6.Berkaitan dengan item 5 diatas,Kita mesti kental dan jelas untuk KELUAR DARI KEPOMPONG hidup yang membelenggu hidup kita masa kini.Keluar dari zon selesa,keluar dari zon negatif,boloskan diri dari sifat rendah diri dan rasa terpinggir,perkasa dan kuatkan semangat juang dan ingin maju.Contoh,kalau sekarang kerani maka berazamlah jadi Pegawai Tadbir;Kalau sekarang berniaga gerai maka usaha buka restoran;kalau sekarang guru maka usahalah jadi Pengetua atau PPD;kalau bertani,maka jadilah petani yg luas tanahnya,yg tanam macam2 tanaman,yang ada lori untuk angkut hasil keluarannya;yang jual roti canai boleh buat restoran dan jual macam2 lagi....list ni panjang lah...
Rasanya cukuplah buat ingatan di pagi minggu ni.Tapi ingatlah,Allah berfirman dalam AlQuran yang makksudnya,"ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU,MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI MENGUBAH NASIBNYA.".Dan kita boleh menunjukkan seekor kuda bahawa ada tasek mengandungi air yang jernih,tapi kita tak boleh paksa kuda itu minum air itu.
Alhamdulillah,semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayahnya kepada kita Semua.SalamUntuk Semua Warga AB.
Tuesday, June 23, 2009
ANDA ADA WANG LEBIH?
lebih dan selamat untuk dilabur,disamping boleh beri pulangan yang lumayan.
Ada dua faktor penting disini.Pertama Kita mesti ada wang lebihan itu.Keduanya kemana hendak
dilaburkan?.
Ok,Kalau nak ada wang lebih,kita mesti ada pendapatan dan selepas ditolak semua perbelanjaan
maka lebihnya boleh dilabur.Kita perlu mempunyai sifat jimat berbelanja melalui perancangan berbelanja dan punya semangat berkobar untuk menabung(lawan berbelanja boros).Cari dan usahalah dengan baik dan halal untuk mendapat pendapatan dan sentiasa waras dan beriltizam
nak simpan untuk "masa depan" atau menabung.Wajibkan diri supaya 10% atau lebih pendapatan
diketepikan untuk tujuan menabung.Jangan tangguh dan jangan tergoda oleh godaan untuk
berbelanja benda yang tak mustahak dan tak mendesak sangat.Masuk tabung,beli insuran,simpan di bank,sorok bawah katil,adalah sebahagian dari cara nak ketepikan sedikit wang untuk ditabung.Yg afdalnya ia WAJIB di ketepikan sebahagian dari income kita.Rasa berdosa kalau tak buat.....
Kemudian bila ada peruntukan wang lebihan untuk disimpan,apa nak buat dengan wang itu supaya kita boleh guna bila nak pakai,ia berada dalam keadaan selamat dan boleh beri pulangan yang lumayan pulak?
Paman cuba senaraikan sedikit ruang untuk mencapai tujuan ini.Antaranya:
-Simpanan Tetap/mudharabah di bank.Ia selamat,boleh diguna bila nak pakai tapi pulangan tak berapa menarek.
-Beli insuran takaful.Ia selamat,tapi pulangan mengambil masa(mengikut tujuan) dan susah bila nak kita gunakan.
-Melabur dalam ASB/ASN/SAHAMDIDIK/UNIT TRUST.Ia selamat,pulangan agak lumayan,tapi agak sukar nak keluarkan bila nak pakai dan tertakluk pada naik turun pasaran saham.
-Beli saham di Bursa Malaysia.Ia perlu kepakaran,masa dan dana yang banyak.Pulangannya agak lumayan tapi berisiko tinggi.,prestasi bergantung kepada ekonomi semasa.
-Simpan dibawah tilam.Ia tak selamat walaupon boleh guna bila2masa,dan tidak bei pulangan yang lumayan,macam to nenek dulu aje,koman lah...
-Buat masa ini Paman cadang melaburlah dalam Koperasi Anak Selangor (KOSAS),yang selamat,boleh pakai bila perlu dan yang pentingnya ia memberi pullangan yang amat lumayan.
Ia relevant kepada kita semua kerana ia KHAS UNTUK ANAK2 SELANGOR SAHAJA.Dengan pelaburan minima RM1000.00 +RM20 yuran masuk,anda layak jadi ahli K0sas.
Cukuplah bu masa ni,dengan ingatan supaya anda semua kerja kuat untuk mendapat rezeki yang baik dan halal(jangan buat kerja yang mimpi disiang hari),Mesti untukkan sedikit untuk tabungan,Berbelanja secara berancang dan berjimat,Jangan berhutang(nanti kena rantai dan dikurung),dan laburlah dengan bijak demi masa depan kia sendirii dan anak2kita,InsyaAllah.Paman.
-
Monday, June 22, 2009
eB's Ramblings
Bagi pihak Bonda Sabariah Zainuddin serta keluarga, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Warga AB yang telah hadir ke majlis tahlil Abah. Sesungguhnya kehadiran kalian amat bererti buat kami sekeluarga.
Semoga Allah menerima doa kita semua buatnya... Amin...
Akhir sekali, I hope it's not too late 2 wish HAPPY FATHER'S DAY 2 all Father of AB :)
Thursday, June 18, 2009
Apa yang Aku Cari Dalam Hidup Ini
Banyak hal telah diperbuat, namun kekosongan hati itu tetap berjalan, sampai suatu saat timbul pertanyaan dalam dirinya: “Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin aku capai? Apa yang ingin aku perbuat?” bertubi-tubi pertanyaan itu datang yang membuat dirinya bertambah bingung.
Sejenak mereka sempat merenung. Tiba-tiba muncul jawaban pada dirinya bahwa mereka jarang sempat untuk melihat dirinya sendiri, jarang sempat berbuat untuk dirinya sendiri, jarang sempat menikmati dirinya sendiri. Selama ini yang mereka lihat adalah orang lain. Ia ingin bersaing dengan orang lain. Ia ingin berbuat untuk orang lain. Dan ia ingin mengabdi untuk orang lain. Yang mereka lihat, yang mereka cari adalah yang jauh dari dirinya.
Dalam merenung itu ia mulai merasakan betapa ia kehilangan dirinya sendiri, kehilangan kontak dengan sumber kehidupan, sumber kekuatan, sumber pengetahuannya sendiri, yakni atma. Dalam merenung, ia merasakan bahwa dirinya jarang berguru dengan asalnya sendiri yang memberikan kehidupan, yang memberikan kasih sayang, yakni Tuhan Yang Maha Esa. Dalam merenung, ia mulai bangkit, bangkit untuk maju menghadapi kehidupan.
Sekarang ia telah mantap untuk mengarungi samudra, maju ke alam lepas, menghadapi kehidupan yang penuh tantangan, cobaan, dan rintangan. Ia tidak kehilangan arah lagi. Walaupun kehidupan ini seperti kehidupan di dalam rimba: “Siapa yang kuat ia yang menang, siapa yang kuasa ia yang benar,” namun ia tidak ragu-ragu lagi. Keseimbangan antara kebutuhan material dan spiritual merupakan langkah pasti yang akan ia jalani. Kebahagiaan merupakan awal mulainya perjuangan itu tanpa mengikatkan diri pada hasilnya. Atma dan Tuhan Yang Maha Esa akan selalu menuntun dan menerangi dirinya untuk selangkah demi selangkah maju, tanpa melihat ke belakang lagi. Jalan terang terbentang di depannya.
Dikutip dari Meditasi Mencapai Hidup Bahagia, Penerbit BP (1-4), 1999
Wednesday, June 17, 2009
TOMBO ATI(UBAT HATI)
Dalam kehidupan yang serba sebuk dan tak ada masa ni,kita sering perlu ingat mengingatkan
antara satu sama lain.Terutama nengenai perkara2kebaikan.Pada masa yang sama,sementara
kita terlalu asyik dengan kerja,keluarga,masyarakat dan tubuh badan sendiri,kita kadangkala terlupa bahawa kita ada segumpal daging dalam tubuh kita yang dipanggil HATI.
Hati ini cermin kehidupan kita.Kalau hati baik dan sehat,maka ia terpancar dlam wajah dan perlakuan kita.Sebaleknya,kalau hati kurang sehat atau sakit,maka wajah dan tindakan kita pun turut murung dan tidak bersinar.
Posting hari ni cuba mencari APA UBAT HATI YANG SAKIT melalui sebuah lagu JAWA.Kalau kita masih ingat,ugama Islam berkembang diNusantara,terutama diIndonesia telah disebarkan melalui nyanyian lagu dakwah..mari kita sama layarinya.
Tombo ati Iku limo pekarane
Kaping Pisan Moco Quran Lan Maknane
Kaping Pindo,Solat Wengi Lakonono
Kaping Telu,Wong kang Soleh Kumpulono
Kaping Papat,Kudu Weteng Ikang Luwe
Kaping Limo,Zikir Wengi Ingkang Suwe.
Salah sakwijine,sopo biso ngelakoni
Mugi mugi Allah Taala nyembadani
Jangan risau,ini dalam bahasa Melayu...
Ubat Hati itu Lima Perkara
Yang Pertama Baca Alquran dan makanya
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah
Yang Ketiga Berkompollah Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa
Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga moga Allah Taala mencukupi
Lirik dan lagu ini kalau dinyanyikan bersama,bisa menegakkan bulu roma kita.Insya Allah nanti kita nyanyi dan amalkan Bersama.Salam DZB165.
Tuesday, June 16, 2009
Di sebalik tabir...apa yang kita tak tahu...
APA YANG SERONOK DILIHAT......
(blogger juga ni...kiranya blogger vs bloggerlah ni)
(patutlah kanak-kanak tiada..kat sini rupanya mereka...santai)
(aduhh...letihnya...team rumah hijau berhenti rehat seketika)
( perhh..lama tak dengar abang ayem menyanyi..mutu vokalnya tetap hebat...)
( artis jemputan : Meet Uncle Hussin....)
( Terpegun Kak Imang dan Abang Rahim bila anaknya menyanyi)
(alamak...menangiske ni...aduhhhh..orang suruh nyanyi dia nangis pulak)
(menangis kebendanya...ooo..tadi tu cover linelah ye....)
(kata abang DJ :"aku suruh budak ni nyanyi..tapi dia ngorat pulak anak aku....")
(nilah dinamakan persidangan meja bulat...tak caya?tengoklah orang2nya)
(aikkk...takkan pengantin perempuan aje..mana pengantin lelakinya...)
(achon: Mied agak2 kalau kita buka kedai jual bubur som-som ok tak?,Mieds : bagus gak idea kau tu..kita letak kat Zetshop..mesti laku..hahahaha..kaya-kaya...)
( kak ana ni senyum aje..budak kat sebelah tu nak nasilah kak)
(antara orang kuat)
(nampak letih aje tuan doktor)
BERSAMBUNG
(DODOL BANTING?? 100% ASLI DAN TULEN..wah!menarik ye..sapa pula lak tokei nya)
(hahaaaa..nilah tokeinya...sapa yang berkenan bolehlah call adood)
HA..GAMBAR NI CANDID TAU..HEHEE
OKLAH..SETAKAT ITU SAHAJA PAPARAN DARI SAYA.AMPUN DAN MAAF DIPINTA.
wassalam
Monday, June 15, 2009
SABRINA + HEFNI
Salam..maaf lewat posting..agak sibuk sedikit dengan urusan kerja mahupun urusan sukarela. nak siapkan persediaan majlis Rakan-Cops Kuala Langat yang dianjurkan oleh pihak JP (Jaksa Pendamai dan IPD Kuala Langat)..aku telah diberi tanggungjawab yang amat berat sekali bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar sekali..banyak nak kena siapkan..tu belum bab persidangan tahunan lagi...adehhh..pening kepalaku..namun aku sempat publish dalam blog aku dulu...manalah tahu kot-kot ada orang nak publish dulu kat sini...hahahaha..ok..
Dalam kesibukan urusan ku itu,aku sempat luangkan masa hadir ke majlis ini..aku juga terlebih dahulu pohon maaf andaikata aku lewat hadir..bukan taknak hadir awal tapi aku terikat dengan program-program yang telah diatur..mahu tak mahu aku terpaksa bergegas ke sana kemari..untuk raknyatlah katakan..hahahaha..macam yb pula...ok jom layan...
Tanggal 13 Jun 2009,majlis yang dinanti-nantikan oleh warga Al-Bajuri terutama keluarga Wak Minah telah selamat diadakan.Walaupun hujan turun,namun ia sebagai tanda hujan rahmat..
Tema : warna hijau..seluruh kaum keluarga Wak Minah memakai pakaian warna hijau,dari yang besar sampailah yang muda.sampaikan air pun hijau gak....Makanan yang disajikan pun memang sedap..terutama kambing...nak tempah bolehlah pergi ke Sarah Restaurant & Catering (depan Ole Futsal)..Memang teratur majlis ini..Cayalah..Karaoke pun ada gak..rupanya ramai ahli AB boleh nyanyi..tak sangka Adood...meleleh air mata wo....apa pun penulis sempat ambil gambar untuk tatapan kita semua...jom layan..
(apa pun..mestilah gambar aku dulu..ni tengah fikir apa yang nak aku buat kat dlm blog)
(isteri kesayanganku serta puteraku sedang enak menjamu selera)
(post istimewa dari artis merangkap tokey dodol)
(Apalah yang dibincangkan tu...Wak Minah dan Hj. Fathul)
(senyum semacam aje..yelah sorang dapat biras sorang lagi dapat adik ipar)
(hairan nampak Abang Ndol....mana tak..majlis belum habis Epong dah hantar bil..hahahaha)
(post istimewa dari Yasmin...puteri sulong Abg Ndol...)
(go..go..fight..fight..win..win...kacau jangan tak kacau..go team 30)
(tengok ni..aku pakai sebelah tangan aje...handal tak?)
(kau lainlah Epong..guna sebelah tangan aje..aku lain...baru kahwin leee)
(romantiknya)
(gaya ayah mithali....)
(nescafe 1....hahahaha..pandai anak hj fathul buat air..tapi kat sebelah tu sapa yer?)
(paman kemat pun hadir juga.)
(bondaku..walaupun kurang sihat..tapi digagahkan juga)
(kezutannnn..adood nyanyi wooo..lagu romantis tu...)
(sekali pandang macam meet uncle hussin..tapi...silap pulak..ni anak kak imang sedang menyampaikan lagu..boleh tahan jugak suaranya)
(wahhh..anak sulung hj fathul ni..boleh tahan gak ye..berduet lagi tu..ayak tak marah ke?)
(tak marah kau kata...aku suruh basuh pinggan..kat sini pulak dia..tembak kang)
(siap panggil lawyer tu..pasal anak nyanyi dengan "awek")
(bakal-bakal pengantin tahun 2010)
(akhirnya Kak Imang menyanyi juga)
tamat
DEMIKIAN TADI SERBA SEDIKIT CORETAN PENULIS..
SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DARI ALLAH
YANG KURANG dan LEMAH ITU DARI SAYA SENDIRI,
SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN BUAT PASANGAN PENGANTIN
Friday, June 12, 2009
PRIORITY VS DECISION MAKING
Pagi ni terpanggil nak menulis pasal priority vs decision making.Atau memberi keutamaan/
membuat keputusan.
Lumrahnya kita manusia berhadapan dengan keterbatasan sumber(limited resources).Kita
punya masa yabg terbatas,tenaga yang terbatas dan sumber yang terbatas.Semua orang hanya
ada 24 jam sehari semalam.Itulah masa untuk berkerja,beribadat,berehat untuk diri,keluarga
dan agama serta negara.
Lantas bagaimana boleh kita melakukan berbagai aktibiti untuk memenuhi keperluan jasmani,rohani,dalaman,luaran,diri,keluarga,Allah swt agar kesinambungan dalam kehidupan
kita berterusan dalam keadaan baik,terkawal,tanpa melintasi batasan,amalan murni dan terpuji,
dapat memuaskan pelbagai pihak(mustahil dapat memuaskan hati semua orang),amar maaruf,nahi mungkar,hebat sesama manusia dan mendapat berkat dan redha Allah..........Subha
nallah.
Justeru,dengan keterbatasan sumber berbanding dengan keperluan yang tanpa sempadan/infiniti,maka kita perlu mempunyai priority(keutamaan)dalam membuat sebarang keputusan.
Pertimbangkanlah aspek-aspek berikut untuk memberi keutamaan,antara lain.
-Kepentingan untuk Allah.
-Faktor masa yang ada pada kita.
-Tahap kesihatan diri kita,
-Kepentingan sesama manusia/masyarakat
-tahap kepentingan untuk diri/keluarga
-Sumber peribadi kita spt wang ringgit,tenaga,pertalian darah dsb
Setelah memberi pertimbangan dan analisa yang sesuai dan berpatutan dengan kemampuan
dan kebolehan diri kita,buatlah keputusan yang sebaik mungkin berdasarkan keutamaan yang kita telah senarai dan beri pertimbangan sewajarnya.Insya Allah,Allah akan memberi petunjuk dan lorong yang memudahkan kita membuat keputusan,apatah lagi kalau ia dilandaskan kepada niat yang suci murni kerana Allah swt.
Perlulah di ingatkan agar seberapa yang mungkin dan boleh dilakukan,kita boleh pertahankan keputusan yang telah kita buat,kerana kita ada sebab dan justifikasi kita sendiri dalam membuat keputusan itu.Rasa yakin dan tawakal bahawa keputusan kita adalah yang terbaik dan punya
sebab yang hanya kita dan Allah swt yang mengetahuinya.
Disamping kita juga perlu menghormati dan kurang mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh orang lain,kerana psati mereka punya sebab dan justifikasi mereka sendiri berdasarkan kepada pertimbangan dan sebab musabab yang hanya mereka dan Allah saja yang tahu.
Cukuplah setakat ini nukilan di pagi Jumaat ini,semoga ada memberi menafaatnya.Insya Allah.
Wednesday, June 10, 2009
NAK BUAT MAJLIS KAHWIN?
Saja nak share sempena banyaknya majlis walimatulurus tahun ni.
Walau nampak mudah dan boleh dan telah dilakukan oleh ramai orang,namun bagi
yang mengendali dan merancangnya,pasti berat lagi bahu memikul.Dari A hingga Z kalau
disenaraipendekkan apa nak buat memang tak cukup tangan dibuatnya.Ada faktor dalaman
dan faktor luaran dan macam faktor lagi.
Antara lain faktor adat,agama,masyarakat,masa,tempat,Jurunikah,dll.
Begitu juga dalam checklist termasuk jamuan,menu,pakaian lelaki,pakaian pengantin
perempuan,menu,khemah,pelamin,kompang,bunga manggar,bunga telor,goodies utk kanak2,
sinoman, kad jemputan,hiburan,baca doa,penyambut tetamu,rumah persinggahan,bertandang,
senarai jemputan(anak,emak,ayah,kawan dll),pengangkutan,wow!...
Bayangkan kalau benda2ni nak buat seorang diri,tak ada yang bantu...kesiankan.
Itulah sebabnya kena ada orang tolong,ada jawatankuasa,ada sanak saudara,jiran dll yang diperlukan utk berkongsi pengalaman ini.
Itu belum masuk "ongkos" yang amat2 diperlukan untuk menjalankan enjin.
Sekian dulu,buat renungan yang bakal nak jadi orang tua menguruskan kerja kahwin.
Salam buat semua.
Thursday, June 4, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN SABRINA&HEFNI
Majlis Doa Selamat
Tarikh : 11.06.2009 (Khamis)
Masa : lepas Maghrib
Tempat : rumah Hjh Aminah
Majlis Akad Nikah
Tarikh : 12.06.2009 (Jumaat)
Masa : 4.30pm
Tempat : Pejabat Agama Sg. Manggis
Majlis Kondangan
Tarikh : 12.06.2009 & 13.06.2009
Masa : lepas Maghrib sehingga selesai
Tuesday, June 2, 2009
Informasi
2. Kami anak beranak akan berada di A Farmosa Melaka dari 5 ~ 7/6 - menghadiri Hari Keluarga Tourism Malaysia. Dijangkakan, pengantin baru sensasi Olak Lempit akan turut serta.
3. ummifaarisnfaaiq akan berkursus 'induksi' dari 11 ~ 25/6 (2 minggu) di luar kawasan (TBA). Dengan yang demikian, abifaarisnfaaiq akan menjadi Mr. Mama lagi sekali. Harap maaf sekiranya kami gagal memenuhi sebarang undangan. Doa2kan, agar kami sekeluarga - sihat2 belaka. Amin.
4. Faaiq Adnan - dah nampak 4 batang giginya. Mula 'bertatih' disamping speed crawling.
Faaris Aqeel - semakin cerdik dan terserlah sifat 'keabang'nya. Lagu kegemaran: "Apet" (Wonder Pet); "Tingky wingky" (Teletubbies); "Atar" (Twinkle-twinkle little star); "Roarry" (Roary the racing car); "Chu-chu train" (Thomas and Friends) dan Bertasbih (lullaby type)
Monday, June 1, 2009
Makluman Kenduri Arwah & Meeting
Butir-butir adalah seperti berikut :
Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Lokasi : Teratak kami di Desa Pinggir
Waktu : Selepas solat Maghrib
(Warga AB dijemput solat Maghrib berjemaah sebelum majlis bermula)
nota : perancangan awal adalah pada 20 Jun 2009 (Sabtu), seperti yang telah dimaklumkan sewaktu HKAB. Majlis ditunda ke hari Ahad kerana YDP ada majlis pada hari tersebut. Sebarang kesulitan amat dikesali.
YDP juga berhasrat mengadakan satu perbincangan mengenai majlis perkahwinan Cik Fariza Ariffah.
Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Lokasi : Villa DZB
Waktu : 4.00 pm
- G2 dijemput hadir...
masihkah kita ingat
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… kita seringkali bergaduh dengan kawan-kawan tanpa sebab musabab. Kadang-kadang bergaduh sehingga menangis. Tetapi keesokan harinya, kita kembali ke tadika bermain police sentry bersama kawan-kawan semalam. Kita mudah melupakan peristiwa yang berlaku dan tidak berdendam.
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… menangis kerana dikacau dek abang atau kakak yang kita tidak dikenali. Tetapi terus senyap apabila diberi ‘rasuah’. Kadang-kadang diberi gula-gula, jajan atau didukung. Kita amat mudah memaafkan sesiapa sahaja.
Masihkan anda ingat suatu ketika dulu… apabila diberi gula-gula kita menerima dan mengambilnya tanpa segan silu. Walaupun ia diberi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali. Kita mudah mempercayai orang dan tidak buruk sangka.
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… ketika ayah dan ibu membawa kita bermain di taman permainan. Bertemu dengan kawan-kawan baru, bermain pasir dan gelungsur bersama-sama. Walaupun tidak mengenali nama tetapi inilah kawan-kawan kita. Kita mudah bergaul dan mencari teman.
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… bagaimana perasan kita? sentiasa berasa gembira, tiada sebarang masalah, hanya penat bermain sana sini. Belajar pun terasa riang gembira. Kita tidak pernah berasa sedih terhadap apa yang telah berlaku dan tidak risau tentang perkara yang akan berlaku. Kita hanya memikirkan apa yang kita lalui ketika itu sahaja.
Malangnya, apabila kita dewasa segalanya berubah. Kita semakin cerewet dan hati semakin susah dipuaskan. Nak beli pakaian mesti berjenama Adidas, Nike atau Reebok. Barang cap ayam* dah tak layan. Handset mesti ditukar setiap tahun atau setiap kali handset baru keluar walhal handset yang lama masih elok. Semakin lama makin sukar untuk kita bergaul dan menyebabkan kita memilih kawan. Apabila bergaduh memang sukar untuk bermaafan kembali sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Adakalanya dendam terus disimpan di dalam hati. Kita berasa lebih mudah bersangka buruk dan prejudis terhadap orang-orang di persekitaran kita. Sehinggakan mengumpat menjadi tabiat biasa masyarakat. Perasaan risau dan sedih yang keterlaluan mula menguasai diri kita menyebabkan kita lalai.
Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa gelisah dan sedih